Al's|32

257 13 2
                                    

Iphonenya sedari tadi bising dengan notifikasi whatsapp dan juga panggilan. Semakin bising iphone itu semakin malas untuk dilihat. Bukannya dia tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada lelaki itu untuk menunggunya di kampus. 

Beg galas dan kasutnya di capai. Namun, langkah kakinya mati di muka pintu sejenak membukanya.

"Macam mana Dr masuk?" Alis menyoal apabila melihat lelaki itu di depannya. Pandangan di ubah ke arah pagar yang tertutup sebelum kembali kepada lelaki di hadapannya itu.

Aldrey tersenyum melihat Alis yang kebingungan. Tanpa meminta izin, Aldrey pantas memasuki kamar itu.

"Dr, apa benda ni?" Alis mengikuti langkah lelaki dari belakang dengan harapan dapat menghalangnya.

Mata Aldrey meliar di sekitar kamar itu. Ternyata kamar itu kecil sahaja berbeza jika dilihat dari luarnya. Ianya hanya dapat memuatkan sebuah katil bersaiz queen, tandas, meja solek berserta kerusi dan ampaian untuk menyangkut baju. Dari penglihatannya meja solek itu dijadikan meja untuk belajar.

"How much you pay for this room?" Aldrey menyoal tanpa menoleh.

"Lebih kurang RM300 Malaysia per month."

"Awak kena scammed ke Alis?" Aldrey menoleh kerana terkejut dengan kenyataan tersebut. Untuk kamar begitu dengan harga sedemikian agak kurang berbaloi memandangkan mereka di Indonesia.

"Bilik ni ada aircond, selesa dan dalam kemampuan saya." Alis meringkaskan kesemua maklumat dengan harapan soal jawab itu segera berakhir.

"Did you even consider the security for this area?" Dari mula masuk pagar hingga ke dalam, Aldrey meragui keselamatan kawasan itu. Penghuninya juga bercampur lelaki, perempuan. Ada juga yang berkeluarga. Mengikut anggarannya, di dalam kawasan itu terdapat lebih kurang 10 buah bilik, jadi pasti ramai yang tinggal di dalamnya. 

"Consider selamat sebab yang ada kunci je boleh masuk." Alis menjawab malas. 

"What about me, Saya tak ada kunci tapi saya boleh masuk. Dalam ni pon ada lelaki tinggal, jangan kata tunggu penjahat dari luar Alis, dalam ni pon ada." Aldrey bengang dengan jawapan bersahaja dari Alis itu.

"Ada." Tanpa bersalah jawapan diberi. Apakah dia tidak sedar dirinya sendiri pon kalah penyagak main redah je masuk.

"What?." Aldrey menyoal kuat mendengar jawapan tersebut.

"Ada, ni." Alis mengunjuk ke arah lelaki itu dengan jari telunjuknya. Ya, lelaki itu penyagak yang terlepas buat masa sekarang.

"Jangan nak main-main Alis, saya serious." Tanpa amaran Aldrey memaut pinggang Alis dan menariknya rapat. Hanya dalam keadaan begitu dia mampu menguasai jawapan dan tindakkan Alis seterusnya.

Alis yang terkejut menahan kedua-dua tangannya di dada lelaki itu mengelakkan hadapan badan mereka sepenuhnya bersentuhan.

"Banyak salah awak buat dengan saya Alis, terlalu banyak. Hukuman apa yang saya patut bagi awak?" Aldrey merenung wajah yang berpaling darinya itu, kelihatan pipi gadis itu memerah dengan bulu halus menghiasi wajah. Liurnya di telan.

"Saya buat apa?" Alis menyoal dengan suara yang tertahan.

"Datang Surabaya tak bagi tahu saya. Tahu-tahu dah sampai. Lepastu, awak block number saya Alis. Then, tempat tinggal awak ni pon menaikkan darah saya. Terlalu banyak Alis, sangat banyak, tapi saya tahan marah saya sebab saya takut saya buat tindakkan gila." Setiap patah perkataan dikeluarkan, pelukkan semakin dikuatkan menarik gadis itu rapat kepadanya. Bukannya dia tidak sedar bagaimana gadis itu berusaha meletakkan jarak antara mereka menggunakan telapak tangannya. Aldrey merapatkan wajahnya di telinga kanan Alis yang memalingkan wajah darinya itu.

"I love your smell and I love this position, Alis. Would you like to continue to be in this position." Tipu jika dia katakan nafsu lelakinya tidak melonjak saat mereka bersentuhan begitu namun sedaya upaya ditahan. Dia masih punya akal walaupun ada yang tersasar.

"No."  Pantas Alis menjawab kuat. Mengerikan apabila melihat jarak mereka dengan katil hanya beberapa langkah. 

"Then, promise me you will move out." Mudah kerjanya kalau Alis menurut.

"Saya nak pergi mana, kosan sekarang penuh dengan student, then mahal." Alis geram dengan permintaan tak masuk akal tersebut. Ke mana dia mahu pergi? Ini pun puas dia mencari, jarak dengan kampus hampir 50 minit. Kalau dekat mesti lagi mahal, bukan senang nak dapat yang selesa.

"Saya handle semuanya. Just be a good girl and follow my instruction, ok?" Sebelah tangannya membelai wajah Alis. Seronok rasanya apabila Alis tidak meronta begitu.

"Apa-apa jelah Dr." Alis malas mahu melayan lelaki itu, di iyakan aja semuanya.

"Good girl." Tangan Aldrey masih merayap. Tudung yang dipakai dibetulkan bentuknya, habuk yang ada di sapu manja. Bibir gadis itu disentuh dengan jari telunjuk. Tangan Aldrey menggila.

"Boleh lepas dah kot?" Alis menjeling menyampah dengan sentuhan itu.

"Awak nak pergi mana?" Aldrey kini memeluk pinggang Alis dengan kedua-dua tangannya, wajah tegang itu ditatap sayang.

"Jauh." Ya dia mahu pergi jauh dari lelaki itu. Sungguh kebetulan, dia di sini dan Aldrey punya urusan di sini. Ya benar, bagaimana Aldrey....

"Macam mana Dr boleh tahu saya tinggal dekat sini?" Alis mengangkat wajahnya merenung lelaki itu untuk penjelasan.

"Jojoran 1, Surabaya." Aldrey tersenyum sinis kepada gadis didepannya itu. 

"I know everything about you jadi jangan cuba nak lari jauh-jauh ok sebab saya akan cari awak. Be a good girl, and I'll be a good boy for you." Aldrey mencuit manja hidung Alis sambil mengungkapkan amaran tersebut.

Alis menoleh mengelak dari lelaki itu terus menyentuh wajahnya.

"Awak nak pergi jauh kan tadi. Jom saya bawak. Shopping or a nature view?" Aldrey menyoal lagi sambik menarik tangan gadis itu memimpinnya ke pintu. Ikutkan hati mahu saja dia terus di kamar.

"Kubur." Alis menarik tangannya melepaskan diri untuk memakai kasut yang terpelanting sebentar tadi.

Aldrey membalas jawapan tersebut dengan jelingan. Dia sabar menunggu gadis tersebut memakai kasut dan mengunci pintu. Setelah itu tangan gadis itu dicapai semula supaya mereka dapat berjalan beriringan.

"Tak payahlah." Alis menarik tangannya dari genggaman lelaki itu berang, bagaimana dia ingin menahan perangai lelaki itu seharian. 

'Kenapa dia yang harus bawa lelaki ini keliling Surabaya?' Alis dapat merasakan tenaganya habis tanpa memulakan aktiviti paginya. Alis bangun ingin berlalu tapi langkahnya terhenti apabila tangannya kembali di capai oleh lelaki itu.

"Dr boleh tak kalau kita jalan je." Alis sedaya upaya menarik tangannya dari genggaman Aldrey.

"Ya, kita nak jalan la ni." Aldrey membalas dengan wajah tidak bersalah.

"Ya tau, tapi tak payah nak pegang-pegang saya, saya rimas." Alis meninggikan suaranya. Sejujurnya dia tidak suka diperlakukan seperti boneka.

"Why, reserved it for your fiancee?" Genggaman tangannya tanpa sedar dikuatkan.

Auwwwwwwwwwww!

"Iya, sebab dia bakal suami saya." Jawapan diberikan dalam kesakitan.

"You are mine. Don't try to provoke me, or else that bastard will pay for it." Sepatah-sepatah ayat itu dituturkan. Siapa pon lelaki itu, dia perlu tahu bahawa dia tidak dapat menyentuh apa yang menjadi milik seorang Aldrey.

"Dr sakit." Alis memejamkan matanya menahan.

Aldrey yang tersedar perbuatannya itu segera melonggarkan genggaman. Untuk melepaskan tidak sama sekali. Once you are caught by Aldrey, there is no way out. Tangan itu ditarik supaya mengikut langkahnya keluar dari kawasan tersebut sambil cuba menenangkan hatinya yang terbakar memikirkan pertunangan gadis itu.



Kosan - Bilik/rumah sewa

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now