Al's | 2

418 13 0
                                    


Meskipun sudah dua hari, sakit di tangan yang disertakan dengan pakej lebam itu masih terasa. Pergerakkan Alis terbatas, ingin membawa gelas air juga tak mampu, mungkin kerana lokasi yang digengam juga. Jadi kesannya sedikit parah. Nampak seperti tidak sopan apabila semuanya dilakukan dengan tangan kiri tapi apa kan daya, merasalah dia menjadi orang yang kekurangan buat seketika.

Air di dalam botol di tuang ke dalam gelas. Ini kerana tangan kirinya tidak mampu mengangkat botol mineral dengan isipadu 1500ml itu. Jika mampu sudah ditonggang saja botolnya.

"Boleh tak tu?" Sara menegur.

Untung saja housemate nya merupakan teman-teman baiknya. Semenjak pergerakkannya menjadi terbatas, segala keperluan dan kehendaknya akan disediakan oleh kak ros, kak syima dan sara. Tapi dia tidak boleh memanjakan dirinya.

"Boleh je, tuang air je pon."

"Haah, tu yang tumpah-tumpah tu." Sara mengerling.

Alis mencebirkan wajahnya. Dia tahu sara tidak memarahinya tapi dia saja ingin mengada.

"Bising apa hampa dua ni, ada ja benda nak bercekau." Kak ros menegur.

Kak ros berasal dari sungai petani jadi loghat utaranya memang padu sama seperti sara. Kak syima berasal dari Perak tetapi tinggalnya di Lunas, Kedah, secara tidak langsung dia juga boleh bercakap dengan loghat utara.

"Alis ni kak, bukan nak habaq dia nak ayaq." Sara mula membebel.

"Alah kak, ambik air je pun, boleh je tuang dengan tangan kiri. Sara ni sayang sangat sampai tak nak bagi saya gerak langsung."

"Lambat lagi aku nak sayang hang, perasan ja."

"Eleh, malu-malu pulak nak mengaku." Alis masih tidak mahu beralah. Dia tahu kawan-kawannya itu menyayanginya walaupun mereka tidak pernah menyatakannya.

"Pasai pi kat hang la." Sara menjeling dan berlalu.

"Koyak ke tu, marah pon cantik." Alis masih menyakat sambil ketawa jahat.

"Hang ni pon degil, satgi tak baik tangan tu baru tau." Kak Ros mula membebel.

Aduh kena jugak rupanya. Ingatkan terlepas. Alis tersengih apabila ditegur kak Ros. Bukannya dia tidak tahu perwatakkan kak Ros. Jika sesuatu itu membahayakan kesihatan atau memudaratkan memang akan ditegurnya.

"Inshaa Allah dah nak ok dah kak."

"Ok hang, esok nak drive pi meeting macam mana."

"Haah la esok meeting." Alis terlupa akan pertemuan dengan advisor yang diaturkan supervisornya untuk membina model tesisnya itu.

"Hang ni, macam aku pulak yang meeting." Kak Ros meninggikan suaranya.

"Lupa kak, tak check planner tadi." Sekali lagi Alis menayang wajah tidak bersalahnya.

"Habis tu esok rasa-rasa boleh drive dak?"

"Boleh kot kak, kalau taleh esok saya kacau awak la suruh hantarkan." Alis menayang wajah tidak bersalahnya. Lagi pula Kak Ros memang akan masuk ke kampus setiap hari memandangkan dia mempunyai kontrak tutor bersama universiti. Jadi dia harus hadir ke kampus untuk menyiapkan tesisnya. Untungnya, tamat sahaja PHD, dia sudah mempunyai posisi sebagai pensyarah di kampus rimba hijau itu.

"Dua puloh ringgit." 

"Ok cun, masuk buku 55." Alis menguatkan suaranya apabila kak Ros sudah membelakangkannya. sudah biasa dia dengan gurauan itu. Jika benar diminta sudah pasti hutangnya sudah beribu. alis tersenyum sendiri.




Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now