Al's|8

341 15 0
                                    

Seperti biasa, Alis lebih awal tiba dan menunggu pensyarahnya itu. Cuma hari ini berbeza dengan sebelumnya. Dari membuang masa termenung, Alis memilih untuk mengulangkaji prosedur analisis supaya dia dapat menerangkan dengan jelas kepada pensyarahnya itu. Suretigai yang dinyanyikan oleh penyanyi Jepun bernama Soala menemaninya. 

"Assalammualaikum."

"Assalammualaikum Dr." Spontan Alis memberikan salam kepada pensyarahnya itu dan segera mematikan lagu dari youtube yang dimainkannya. Alis terperasan akan kehadiran pensyarahnya itu apabila dia duduk dikerusi berhadapan dengannya.

"Awak tak dengar eh? Bukak lagu kuat-kuat lagi?" Wajah serius ditayang sambil memandang tepat ke arah gadis itu.

"Haah Dr. saya tak dengar tadi. Maaf." Nada dan riak serius yang ditunjukkan menandakan lelaki itu sudah memberikan salam kepadanya. Aduh!

"Tak takut eh bukak lagu kuat-kuat macam tu sampai tak dengar apa?"

"Saya kat tempat awam bukannya kat tempat sunyi." Dia yakin tidak ada yang bahaya kerana dia berada di tempat yang ramai orang.

"Dekat tempat awam pon banyak je jenayah yang jadi. Bukan dekat tempat sunyi je."

Dush! Tepat mengena. Alis menelan liur.

"Maaf Dr., Inshaa Allah next time saya lebih berjaga." 

Mata lelaki itu teralih kepada dua cawan minuman yang berada di hadapannya. Adakah satu air itu buat dirinya atau kedua-duanya untuk gadis itu.

"Sampai dua cup. Dahsyat."

"Oh tak, ini untuk Dr., saya dah orderkan siap-siap dah." Alis menolak cawan air yang berisi espresso itu kepada pensyarahnya.

Wow! Perubahan yang sangat baik. Well prepared. Hati lelakinya terasa girang dengan persediaan itu walaupun dari pelajar untuk pensyarahnya. Minuman tersebut dicapai dan dibawa ke mulut.

"Espresso?" 

"Haah." Adakah lelaki itu tidak menyukainya. Kali pertama mereka bertemu di cafe itu, dia kelihatan seperti tidak menggemari minuman yang diterima. Kerana itu Alis decide untuk menukarnya.

"I love espresso." Tepat memandang ke mata gadis di depannya itu berharap dia memahami kata-kata disebaliknya.

"Alhamdullillah kalau Dr. suka." Senyuman ringkas diberikan kepada pensyarahnya itu sebelum pandangan di alihkan ke skrin laptopnya.

"Awak dengar lagu apa tadi? Khusyuk semacam je." Dari dalam kereta gadis itu diperhatikannya melalui cermin cafe tersebut, sebelum kaki di jejakkan ke dalamnya.

"Lagu Jepun." Perlahan Alis menjawab, malu untuk memberitahu. Tidak mahu di katakan acah kerana mendengar lagu barat.

"Tajuk apa?" 

"Suretigai." Pandangannya tetap pada skrin laptop.

Skrin Iphone di swipe dan lagu yang dimaksudkan berdendang.

"Hmmm, nice." Senyuman ringkas dilemparkan sambil menyisip minuman miliknya. 

"Crossing path, awak tengah broken ke Alis?" Serius nadanya memandang tepat ke mata gadis itu menagih jawapan.

"Tak?" Alis membalas tatapan tersebut. Wajah blur dihidangkan kerana aneh dengan persoalan tersebut.

"Lagu ni untuk orang broken." Masih serius.

"Dia tak cakap pon orang tak broken tak boleh dengar." Alis menentang pandangan pensyarahnya itu. Lelaki itu hanya mendengar dan tidak melihat terjemahan lagunya, apakah dia bisa berbahasa Jepun.

"Hai Abang Kasya."

Masing-masing tersentak dengan teguran tersebut. Siapa Kasya?

Wanita yang berpakaian singlet sendat berwarna hitam dan skirt berwarna senada paras lutut itu menarik perhatian Alis.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now