Al's|6

377 13 0
                                    

Alis melihat kenderaan yang lalu lalang di luar cafe itu, suasana pagi di kawasan itu agak sibuk walaupun boleh di kategorikan sebagai kawasan separa kampung yang sedang membangun.

Alunan musik dari Ludovico Einaudi yang berjudul Primavera menjadi halwa telinga. Dalam bahasa Itali, Primavera adalah musim bunga. Entah mengapa Primavera dimainkan. Sejujurnya dia cuba untuk melupakan perasaan takutnya untuk berhadapan dengan pensyarah lelaki itu. Mungkin kerana sikap dingin pensyarah itu ataupun kerana kata-kata kasarnya yang mampu mengoyak mental sesiapa sahaja yang mendengarnya. 

Rata-rata pelajar research masing-masing mempunyai tekanan yang mampu menyumbang kepada gangguan mental seperti anxiety dan dipression. Jadi setiap kata-kata atau tingkah laku negatif mampu memberi kesan kepada mental health seseorang tanpa disedari. Cumanya kajian mengenai mental health pelajar postgraduate ini kurang di jalankan. Apa mungkin kerana ianya kurang penting untuk dibahaskan, atau sebaliknya.

Tanpa sedar Alis tenggelam dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan sekeliling. Sehinggalah cermin dinding cafe yang menjadi tatapannya itu diketuk oleh satu tangan.

Badan Alis terdorong ke belakang kerana kaget. Tindakan refleks itu menyebabkan tangan kanannya terpukul kerusi yang diduduki.

Argh! 

Alis bersuara perlahan kerana kesakitan yang dirasakan pada tangan kanannya. Alis pantas mengangkat wajahnya ingin melihat gerangan yang mengetuk cermin itu.

Lelaki tinggi lampai yang memakai serba hitam itu berdiri berdekatannya dengan sebelah tangan dimasukkan kedalam saku. Jeans Hitam, sweat-shirt hitam, Aviator hitam keluaran Marc Jacobs dan kasut lofer berwarna senada. 

'Alpha male mana pulak ni? Dah kenapa berdiri kat sini?' Alis bermonolog di dalam hati. Dia melihat pergerakkan mulut lelaki itu seperti bertanyakan sesuatu tetapi kenapa dia tidak mengerti. Alis terus merenungnya tanpa memberi sebarang respon.

Tangan lelaki itu pantas menghampiri telefon pintar Alis yang di letakkan di atas meja, dan menarik earphone yang disambung pada Iphonenya. Tindakan yang pantas dan dia hanya mampu melihat.

"Dah boleh dengar apa saya cakap?"

"Oh, haah." Baru Alis tersedar mengapa dia hanya melihat pergerakkan mulut lelaki itu tetapi tidak memahami. Ya Allah, malunya perangai macam ni. Mesti nanti kena kecam.

"Tangan awak ok tak?"

"Ok." Ringkas Alis menjawab. Entah mengapa dia merasa awkward.

"Boleh saya duduk ke."

Alis serba salah. Adakah ini individu yang mempunyai temujanji dengannya hari ini. Baru semalam jumpa, kenapa hari ni macam lain sangat rupanya.

"Awak tau basic manner berhadapan dengan lecturer awak kan. Setahu saya, tenung lecturer tu boleh consider sebagai unmannered behaviour."

Pap!

Alis menundukkan badan dan membetulkan duduknya. Rasa macam kena penampar dekat pipi pedihnya. Yang paling aku takut dah jadi ye, free kena sound setempek. Tenung dia tak ada manner, ketuk cermin depan aku tu terlebih manner ke? 

Lelaki itu  mengambil tempat berhadapan dengannya.

"Hot americano?" Cup kertas di depannya itu di tebak.

"Ya."

"Your second cup for this week?"

"Haah."

"Sampai pukul berapa tadi?"

"7.45."

"15 minutes early. Good." 

Perlahan tetapi masih bisa didengari oleh Alis.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now