Al's|35

153 12 5
                                    

Jam 5 pagi di Batu seakan jam 7 pagi di Malaysia, tapi sejuknya hingga ke tulang kerana suhu di sana mampu mencecah dua puluh lima degree celcius dan ke bawah pada siang hari. Alis masih sabar menunggu Dr.Aldrey sambil berdoa lelaki itu segera datang kerana dia kelaparan. Malam sebelumnya dia tidak makan kerana terlalu penat beraktiviti, jadi dia tertidur lebih awal. Pesanan whatsapp dari Dr.Aldrey juga dibaca ketika bangun subuh. Alis menguap, matanya yang berair disapu dengan hujung jari. Nasib baiklah tiada yang penting, hanya menyoal sama ada dia sudah tidur atau belum.

"Morning."

"Morning Dr." Alis membetulkan duduknya di sofa.

"Feeling better?" Aldrey mengambil tempat di sofa bersebelahan dengan badan di dorongkan dekat dengan gadis itu.

"Okay." Alis menjarakkan diri dengan merapatkan badannya pada sisi sofa apabila merasakan dirinya sedikit rapat dengan lelaki itu apatah lagi wajahnya terus-terusan di tenung lelaki itu. Entah apa yang dilihat Alis juga tidak tahu.

"Selesa tak baju." Aldrey menilik penampilan gadis itu dari atas ke bawah. Padanya gadis itu kelihatan cantik dalam apa saja tapi keselesaan gadis itu lebih penting.

 Padanya gadis itu kelihatan cantik dalam apa saja tapi keselesaan gadis itu lebih penting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Alhamdullillah selesa, nanti Dr. bagi saya receipt ya, saya bayar semula." Kerana ketiduran jadi dia tidak sedar bila lelaki itu pergi membeli pakaian untuknya. Segan, tapi dia tidak mempunyai pilihan apabila mereka harus bermalam di Batu dan dia tidak membawa pakaian ganti yang mencukupi. Untuk memakai pakaian yang sudah berpeluh, tidak selesa pula.

"Tak perlu. Hadiah untuk awak." Aldrey menyandarkan badannya pada sofa. 

Saat ternampak set pakaian itu di salah sebuah mall di China yang dipakaikan pada mannequin, tanpa sengaja Aldrey membayangkan Alis yang memakainya. Mungkin kerana imej santai yang selalu di bawa oleh Alis. Secara keseluruhan, dia berpuas hati dengan pilihan tersebut dan pakaian itu sejujurnya sudah lama di simpan, tidak sangka hari ini dia mampu melihat gadis itu memakainya.

"Tak nak, saya tak selesa." Mana mungkin dia menerima pakaian itu sebagai hadiah begitu saja dan tidak mungkin juga untuk dia pulangkan pakaian yang telah dipakai kepada lelaki itu.

"Semalam awak tak makan kan, jom sarapan." Aldrey pantas menukar topik, dia tidak mahu kedegilan gadis itu untuk membayar memberi kesan kepada moodnya hari itu.

Alis yang menyedari perbuatan tersebut hanya memandang dengan hujung mata. Begitu saja dia menukar topik, jika dibantah mau gunung berapi di kawasan Batu itu meletus.

"Dr nak mengelak ke?" Wajah Alis serius menyoal.

"Fine. Permintaan pertama saya, terima apa saya bagi tanpa banyak soal?" Aldrey merenung tajam ke dalam mata itu. Tak apalah permintaan pertama digunakan untuk perkara remeh seperti itu. Yang pasti bakinya akan digunakan sebaik mungkin.

"Tapi....."

"Breakfast now." Perkataan 'Now' itu di tekan menunjukkan yang dia mahu perbualan sebelumnya segera berhenti.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now