Al's|18

225 9 1
                                    

Kamar tidurnya terasa jauh. Dia sudah tidak sabar untuk mandi dan rebahan sebelum menunaikan solat zohor. Alis membuka pintu dan memboloskan dirinya ke dalam kamar. Namun, belum sempat pintu di tutup, ada individu lain yang memboloskan diri ke dalamnya dan mengunci pintu tersebut dari dalam. Alis yang kaget menoleh ke arah individu di belakangnya itu.

"Terkejut." Wajahnya tegang.

"You're not supposed to be here. Keluar, kita cakap dekat luar." Alis maju ke arah pintu cuba untuk membukanya namun tindakannya pantas di halang dan kini dia berhadapan dengan pensyarahnya itu.

"where did you go this morning?" Aldrey tidak menghiraukan permintaan tersebut.

"Keluar dengan kawan saya." Alis cuba sedaya upaya untuk tenang. Dia mencuba nasib untuk bergerak ke arah pintu.

"Tak bagi tau saya apa-apa pon." Aldrey meluahkan rasa tidak puas hatinya sambil menghalang langkah gadis itu.

Alis menelan liur. Benar salah dirinya kerana tidak memaklumkan kepada pensyarahnya itu terlebih dahulu memandangkan itu adalah tetamunya. Pasti dia merasa kekok dan segan seorang diri di rumah tanpa orang yang dikenali.

"Are you sure you went outside to meet your friend?" Aldrey menyoal lagi apabila meneliti penampilan gadis itu yang mengenakan alat solekan di wajahnya. Hatinya tiba-tiba panas apabila memikirkan kemungkinan yang Alis benar-benar keluar untuk bertemu dengan Dylan.

"Ya saya keluar dengan kawan saya." Alis merasa semakin takut apabila melihat urat-urat yang timbul di sekitar lengan dan leher. Wajahnya juga tegang dan merah. Adakah pensyarahnya itu benar-benar marah kerana di tinggalkan?

"Jangan tipu saya." Aldrey melangkah selangkah merapatkan jarak mereka.

"Betul, saya keluar dengan Nab." Alis turut mengundur selangkah setiap kali jarak mereka di dekatkan.

"Then, why do you wear makeup? Did you go out to meet him?" Aldrey pantas menyambar pergelangan tangan kanan Alis dan mengenggamnya mengelakkan gadis itu untuk terus melarikan diri.

"Bila masa saya pakai makeup? Dr ni kenapa?" Alis meronta cuba melepaskan pegangan tangan pensyarahnya itu.

"Then bibir you ni apa? Cat ke?" Sinis Aldrey kembali menyoal. Apabila bersamanya tidak pernah gadis itu memakai lipstick tapi bila bersama yang lain boleh pula. Wajah gadis itu didongakkan menggunakan tangan kiri  supaya dia dapat melihat dengan lebih jelas. 

"Saya pakai sebab bibir saya pucat tu je dan saya tak mintak pon untuk jumpa dengan Dylan." Alis memejam mata menahan sakit dan takut.

"Dr, please lepas. Sakit." Suara Alis sedikit merayu, kolam matanya mula bertakung.

Aldrey sedikit tersentak apabila melihat mata Alis yang sedikit berkaca apabila dibuka. Dia melonggarkan genggaman tangannya.

"Sorry." Aldrey mula gelabah apabila menyedari yang dia sudah mengasari gadis itu. Tangan kirinya menyentuh lembut bahu gadis itu cuba memujuk.

"Keluar." Tegas Alis bersuara sambil menarik tangannya dari genggaman pensyarahnya itu.

"Listen, saya tak boleh terima bila dia pegang tangan awak. Saya..." Kata-kata Aldrey termati apabila Alis memintas.

"Then, apa bezanya dengan Dr? Dr rasa saya boleh terima ke bila Dr masuk bilik saya, buat saya macam ni?" Alis gagal menahan air matanya dari jatuh. Sungguh dia rasa ingin menjerit saat itu.

"I have the right to protect you." Aldrey menekan setiap perkataan yang keluar. Dia mula merasa tercabar apabila Alis menyoal tindakkannya.

"You have no right to do this. Your right is only applicable when we are on campus and please respect me as your student." Alis menentang mata pensyarahnya itu. Hak atok dia. Dia ingat aku anak ayam nak di genggam-genggam suka-suka hati.

"I do. Papa told me to take care of you. And tomorrow we're going back. No objections, or else I can do worse than this." Aldrey tersenyum sinis mencabar. 'Kau berani kau lawan kalau kau nak tengok apa aku boleh buat Alis'.

"Keluar." Alis sedaya upaya menolak tubuh lelaki itu untuk keluar namun apalah sangat tenaganya hendak dibandingkan dengan lelaki itu.

Setelah mengeluarkan pensyarahnya itu dari kamar, pantas dia menutup pintu. Tubuhnya di sandar pada pintu. Air matanya jatuh lagi mengenangkan nasib yang harus berhadapan dengan semua itu. Mula-mula Dylan dengan mak long, dan sekarang Dr. Aldrey. Entah apa yang mereka mahukan darinya.


Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now