Al's|25

234 11 6
                                    

Alis mengeluh lagi dan lagi. Lama-lama bateri Iphonenya itu habis kerana panggilan dari Dr. Aldrey yang tidak berhenti . Sudah 10 missed call. Perlu tak catat the highest record untuk hari ni seperti hari-hari lain? 

Zttttttttttttttttttttttttt!

Notifikasi whatsapp terpamer di skrinnya.

+Keluar sekarang atau awak nak suruh saya masuk dalam rumah awak?

+saya ok je.

+Cuba la cabar saya.

+saya kira sampai 10.

+1.

+2.

+10.

"Jadah dia kira macam ni, macam mana boleh jadi pensyarah statistik aku pon tak tau. Mengira pon fail." 

Alis bangun menyarung kardigan dan tudung. Langkahnya berat berjalan keluar. Lelaki itu bukan orang yang boleh di bawa bincang. Semuanya perlu ikut apa yang dia katakan. Penat nak hadap.

*********************************************************************************

Alis menggosok kedua-dua tangannya cuba menghasilkan haba. Dia mencuri pandang orang disebelah, keras tanpa perasaan. 

'Tak sejuk ke?'

Sudah hampir 10minit dia memasuki kereta tersebut namun lelaki itu hanya berdiam diri memandang ke hadapan. Alis berkira-kira mahu mulakan perbualan ataupun menunggu lelaki itu memulakannya terlebih dahulu. Masalahnya sejuk sangat ni.

Ehem!

Dr.Aldrey hanya mengerling orang disebelah tanpa berkata apa-apa. Sejuk sangat ke? Padanya suhu kereta itu biasa-biasa saja memandangkan cuaca di luar juga sedang panas walaupun sudah jam 5 petang.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Alis menyusun ayat ingin memulakan perbualan. Sesak dadanya duduk disitu dengan DR.Aldrey yang terus-terusan membisukan diri.

"Dr, saya sejuk." Alis menoleh ke sebelah melihat pensyarahnya itu dan mereka berlaga.

"Then, nak saya peluk ke?" senyuman sinis ditayang. Sudah berapa lama tidak berjumpa, ikutkan hati mahu saja dia memeluk dan membelai gadis itu tapi ditahannya. 

Alis pantas menjauhkan diri, badannya tersandar pada pintu kereta walaupun Dr.Aldrey hanya memandangnya tanpa sebarang pergerakkan. Perlahan tangannya bergerak meraba pintu cuba membukanya.

"Kenapa, awak nak cuba keluar ke?" Aldrey memandang Alis tanpa sebarang riak. Perbuatan Alis cuba membuka pintu secara senyap-senyap itu kelihatan lucu tapi secara tidak langsung sedikit menyakitkan hatinya.

"Don't you dare Alis, not until I finish talking with you." Aldrey keras memberi amaran. Dia tidak mahu mengasari gadis itu tapi kelakuan gadis itu kadang kala memaksanya untuk berkasar. 

"Dr cakap la cepat, cepat Dr cakap cepat la saya boleh keluar dari kereta Dr." Badan Alis masih melekat pada pintu kereta tidak berganjak.

"Kenapa awak nak kena lari?" Aldrey menyoal dengan suaranya yang tinggi tidak berniat mahu memarahi gadis itu tapi kesabarannya tercabar.

"Tak perlu pon saya lari, rumah saya dekat situ je, saya cuma perlu berjalan." Alis menjawab pantas sambil memuncung ke arah rumahnya yang hanya beberapa langkah saja untuk dia masuk ke dalam rumah.

'Berani loya buruk. Ada jugak yang kena cium kejap lagi.' Aldrey menyengetkan kepala sambil mengetap bibir menahan rasa. Wajah gadis itu tak lepas dari renungannya.

"Apa tengok-tengok, dekat muka saya ni ada tulis 'sila tenung saya lama-lama ke?" Alis memuncungkan bibirnya sambil mengubah posisi duduknya kepada normal.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now