Al's|34

276 16 3
                                    

Masing-masing termenung melihat apa yang disajikan di hadapan mata. Ingatkan buat analysis je memeningkan, rupa-rupanya aktiviti di taman sesat ini juga turut memeningkan. Masing-masing cuba mengenal pasti laluan untuk ke air mancur di dalam taman sesat itu dari menara pintu masuk. Google laluan? Sia-sia kerana laluan di taman ini sentiasa di tukar untuk mengelakkan pengunjung kebosanan.

Alis mengeluarkan Iphonenya untuk melihat notifikasi yang diterima.

"Jangan tipu eh?" Aldrey yang melihat Alis mengeluarkan Iphonenya segera menegur.

"Saya tengok notification la." Alis menjeling tajam kepada lelaki disebelahnya itu.

Aldrey melihat orang disebelahnya itu dengan hujung mata khuatir gadis itu mengambil gambar Labirin.

"Dah ke belum?" Alis menyoal sebal apabila menyedari yang lelaki itu mencurigainya apabila terperasan yang dia diperhatikan dengan hujung mata.

"Dah." Aldrey menjawab pantas.

Alis menganggukkan kepala tanda dia juga bersedia, lagi cepat mula lagi cepat habis.

"Within 30 minutes kena keluar dari taman tu, dan make sure tangkap gambar air mancur tu. Orang yang kalah kena tunaikan 3 permintaan orang yang menang." Aldrey memberi cadangan untuk menjadikan aktiviti lebih mencabar.

"I did not say anything dan saya tak kata nak join your challenge." Riak tidak bersalah di pamer dengan kepala yang digelengkan beberapa kali. Taman sesat itu sudah memeningkan, ingin di tambah pula dengan cabaran.

"Awak takut kalah dan kena tunaikan permintaan saya?" Aldrey cuba menebak.

"Motif? Saya nak try Labirin ni je bukan bertarung." Dia tidak terfikir sama sekali untuk ke situ dan bertarung siapa cepat atau siapa lambat dan sebagainya. Dia cuma mahukan pengalaman berada di sana.

"Make it interesting, at least awak ada tujuan datang sini which is bertarung dengan saya dan bukannya try Labirin ni semata-mata, betul tak?" Aldrey cuba menggunakan kemahiran manipulatif yang dimiliki oleh orang statistik. Apakah kemahiran manipulatif ini akan berhasil ke atas gadis itu?

"Ok, fine." Alis malas bertelagah lebih lama, dia hanya ingin segera mulakan pengembaraannya di dalam taman sesat itu. Sesulit apakah taman itu hingga menjadi tarikan ramai orang ke sana.

Sambil berjalan turun dari menara, Ipod di masukkan ke telinga. Langkah kakinya sengaja diperlahankan supaya lelaki itu dapat mendahuluinya namun sia-sia.

" Jalan la dulu." Alis menoleh ke belakang melihat lelaki itu.

"Jalan la." Aldrey tidak beralah.

"Dr nak tiru jalan saya eh?" Alis pantas serkap jarang. Kalau sudah mengekor begitu apa lagi kalau bukan meniru.

"Alis, I wish to be with you along the journey, tapi saya nak menang dan first route hanya satu, second route yang berpecah. Awak dah lupa ke? Ke awak saja nak ikut jalan saya supaya awak dapat tiru jalan saya dan bersama saya along the route sebab tu awak nak saya kat depan kan?" Aldrey kembali memprovok gadis itu. Seronok apabila dia melihat respon Alis yang hanya menjeling meninggalkannya tanpa menjawab lebih.

Jasad yang berjalan meninggalkannya itu diperhatikan. Entah mengapa dia dapat merasakan tingkah laku Alis sedikit berubah. Kalau dulu pasti gadis itu akan bertegang urat dengannya, membalas semua kata-katanya, tapi sekarang sangat berbeza. Gadis itu lebih banyak mengalah, diam dan menjauhkan diri. 

Sedangkan Alis tenggelam dalam dunianya sendiri. Setiap langkahnya diiringi dengan pemikiran seperti apakah sesat dalam keadaan yang sedar dan mempunyai ingatan. Emosi seperti apakah yang dia perlu ada sewaktu sesat? Jalan keluar seperti apakah yang harus dia fikirkan jika ingin keluar dari kesesatan?

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now