Al's|33

213 17 2
                                    

Percikkan air terjun yang jatuh terasa sejuk menampar wajah. Alis memejamkan mata cuba menenangkan fikiran. Dia terlupa akan marahnya saat melihat keindahan ciptaan yang maha Esa di depan matanya itu.

Tanpa sedar mereka sudah sampai di Air Terjun Coban Rondo yang terletak di Batu, Malang itu. Sungguh Alis merasakan perjalanan mereka itu adalah perjalanan yang sangat memenatkan memandangkan mereka terus-terusan bergelut. Lelaki itu gila sekali menyentuh tangannya, pipinya, hidungnya manakala Alis sibuk menepis. Pantang dihiraukan, pasti dia akan diganggu. Alis tidak selesa diperlakukan begitu dan lebih malu apabila ada supir mobil bersama mereka.

"You like it."

Bisikkan di telinga itu membuatkan Alis terkejut dan hampir-hampir saja terjatuh ke dalam air terjun di hadapannya. Air terjun tersebut tidak dalam tapi cukup untuk membasahkan seluar. Untung saja lengannya pantas di tarik lelaki itu. Alis segera menepis tangan lelaki itu dari terus-terusan memegang lengannya.

"Jatuh nanti." Aldrey menolak perlahan lengan itu mengugut mendorong gadis itu terjatuh ke dalam air.

"Awak." Alis menjerit perlahan memarahi lelaki itu apabila dia hampir saja terjatuh.

"Awak?" Aldrey mengangkat keningnya. Kali pertama dalam hidupnya Alis memanggilnya dengan gelaran selain dari Dr. Aneh tapi membuatkan perutnya seperti mempunyai kupu-kupu yang berterbangan.

"Dr." Pantas Alis membetulkan panggilannya. Wajah lelaki itu ditatap sebentar sebelum mengubah pandang ke arah air terjun.

Aldrey tersenyum melihat Alis yang seperti gelabah itu. Mungkin ini permulaan yang baik untuk dia dan juga Alis.

"Suka tak datang sini?" Aldrey kembali menyoal apabila melihat Alis yang mula menghilang dalam dunianya sendiri.

"How do you know?" Aneh sekali apabila lelaki itu seperti mengetahui keinginannya ke situ. Mengikut plan asal, dia akan ke situ bersama Miss Zahidah.

"Saya dengar awak bersembang dengan Ibu Zahidah last night dan saya berminat untuk datang, rehatkan fikiran. Banyak benda yang saya kena fikir Alis, saya penat, jadi saya nak rehat sekejap lupakan semua." Aldrey tersenyum ringkas kepada gadis yang sedang keanehan menatap wajahnya itu sebelum mengubah pandangannya menghadap air yang jatuh. Sungguh kepalanya kusut memikirkan banyak perkara. Saat ini dia tidak mempunyai jalan keluar. Ingin mengikut nafsu liarnya, dia tidak sanggup kerana dia tidak mahu menyakiti sesiapa. 

Suara lelaki itu lemah pada pendengarannya. Apakah lelaki itu mempunyai masalah? Atau adakah lelaki itu sedang bersedih? Adakah lelaki ini bersikap liar, kasar kerana dia menghadapi tekanan yang mengubahnya menjadi sedemikian? Air muka lelaki itu juga kelihatan sedih, tidak tegang atau sinis seperti selalu. Alis jatuh kasihan kepada lelaki itu. 

Alis merungkai pegangan tangan lelaki itu di lengan kanannya. Dia pantas mengeluarkan Iphonenya dari bag galas dan menghalakan kamera ke arah lelaki itu.

"Dr, pose." Alis fokus pada skrin Iphone mencari angle yang cantik.

"Awak buat apa?" Aldrey tergamam melihat tindakkan Alis itu. Senyuman yang ditayangkan gadis itu tidak pernah di lihat sebelumnya. Selalunya apa yang dilihat hanyalah wajah tegang yang penuh kebencian, jelingan dan senyuman yang di buat-buat.

"When you come to a place you have never visited, you should record it as a memory. Meh saya ambikkan gambar Dr." Apa pon lelaki itu masih pensyarahnya. Tidak salah jika dia berbaik sebentar dengan lelaki itu. Sedikit sebanyak Alis mengerti bagaimana tekanan mampu mengubah diri seseorang menjadi selain dirinya yang asal kerana dia juga menghadapinya.

"No." Aldrey menahan kamera itu dengan telapak tangan sambil wajahnya di paling ke arah lain.

"Dr tengok ni, cantik tak?" Alis menghalakan skrin iphone kepada pensyarahnya itu.

Aldrey tergamam seketika melihat gambar itu. Tidak menyangka gambar tersebut cantik walaupun dengan gaya yang tidak rela.

"Awak pandai ambik gambar?" Aldrey menyoal tidak percaya dengan hasil tersebut.

"Tak pandai pon, saya ambik je." Alis tersenyum tanpa bersalah dengan jawapannya.

Aldrey yang melihat turut tersenyum. Entah mengapa hatinya gembira. Matanya kembali terbeliak apabila melihat Alis yang mengelilinginya cuba mengambil gambar dari sudut lain.

"Dr jangan la buat muka macam nampak hantu. Buat la muka biasa." Alis masih fokus kepada skrin iphonenya.

Aldrey tersenyum lagi dan lagi melihat gelagat gadis itu. Rasa kasihnya kepada gadis itu makin kuat.

Kali Alis yang terkaku melihat skrin iphonenya. Matanya beralih melihat jasad yang sedang tersenyum dihadapannya dan mata mereka saling bertatapan.

"Done?" Aldrey menyoal apabila melihat Alis yang hanya diam memerhatikannya.

"Done." Alis gelabah memberikan jawapan apabila tindakkannya merenung lelaki itu ketahuan. Dia segera beralih ingin meninggalkan lelaki itu namun tindakkannya terbantut apabila tangannya kembali di tarik.

"Your turn, jangan lari." Aldrey segera mengeluarkan Iphonenya dan mencari sudut yang sesuai.

"Eh tak apa Dr." Alis kekok apabila lelaki itu mula mengambil gambarnya. Mana mungkin dia membiarkan pensyarahnya itu mengambil gambar. Mereka juga tidak begitu rapat untuk dia merasa selesa dalam keadaan begitu.

"Alis, please. Lupakan yang saya pensyarah awak, lupakan masalah antara kita, just be yourself." Tegas Aldrey mengeluarkan kata-kata itu, dia hanya mahu menikmati masa bersama dengan gadis itu.

"I cannot be myself." Alis membalas pandangan mata lelaki itu. Mana mungkin dia bisa melakukannya, situasi ini saja sudah buatkan dia merasa awkward.

"Why?" Aldrey menyoal lagi. Apakah kerana tunangannya? Aldrey cuba menyabarkan diri sambil menunggu jawapan.

"Sebab Dr lelaki." Perlahan Alis menjawab.

Aldrey menyorok senyuman. Alis segan kerana dia adalah lelaki? Bukan kerana lelaki lain yang bergelar tunang itu? Petanda baik. Aldrey ketawa kuat di dalam hati.

"Then lupakan, harini anggap saya travel guide awak. Enjoy je." Aldrey mula merakam gambar candid gadis itu menggunakan Iphonenya. Cantik, itu yang mampu dikatakannya.

Alis mengendahkan lelaki itu. Dia menyibukkan dirinya dengan merakam suasana di kawasan air terjun tersebut. Indah sekali dengan cuaca yang sejuk. Apa yang dia tahu orang-orang disitu tidak memerlukan kipas atau aircond dan harus berbaju tebal walaupun di siang hari. Tidak perlu ke korea kalau begini.

"Lepas ni kita singgah Labirin nak tak?" Aldrey memberi cadangan memandangkan ianya sehaluan dengan air terjun tersebut.

"Taman sesat ke?" Alis menyoal lagi. Jika tidak salah Labirin juga dikenali sebagai taman sesat yang terletak sebelum air terjun tersebut.

"Yes." 

Alis termangu seketika memikir. Ingin dikatakan tidak, mereka sudah dekat dengan tempat tersebut. Melihat kesungguhan lelaki itu membuatkan Alis sendiri tidak tahu jawapan seperti apa yang harus diberikan.

"I'll take it as a yes, ok?" Melihat gadis itu yang berdiam diri maka Aldrey memberi kata putus.

"Ikut Dr lah." Alis segera mengalihkan pandangan kembali ke arah air terjun sambil merakam pemandangan menggunakan iphonenya.

Aldrey yang mendengar jawapan tersebut tersenyum makin lebar. Pemandangannya saat ini terasa indah. Aldrey kembali merakam saat itu menggunakan iphonenya sebelum berangkat ke Labirin. 

'Semoga saat ini berkekalan.' Aldrey berdoa dengan penuh harapan di dalam hatinya.





Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now