Al's|19

232 10 1
                                    

Pintu kamar yang tertutup itu terus-terusan di renung. Sedari petang dia menunggu untuk melihat penghuni kamar itu untuk keluar tapi hampa. Makanan buat penghuninya juga dihantar terus ke kamar. Solat berjemaah juga tidak disertai. Aldrey mengeluh lagi. Rindu, menyesal, marah semuanya bersatu menjadi satu rasa. Sesak dadanya.

"Pintu tu takkan jadi transparent pon even kau tenung lama-lama."

Aldrey terkejut hingga badannya sedikit melonjak dengan bisikkan Alan yang tiba-tiba di tepi telinga kanannya itu.

"Dari petang tadi aku perhati kau Dre, aku tau kau tunggu Alis keluar. Tapi dia takkan keluar sampai dia decide untuk keluar dengan sendirinya." Alan mengambil tempat di sofa single berdekatan dengan Aldrey.

"Dia buat apa dekat dalam tu, menangis ke?" Ya dia khuatir gadis itu kecewa dengan dirinya dan terus menangis. Dia menyesal tapi amaran perlu diberikan untuk pengajaran supaya tidak akan ada kejadian yang seperti ini buat yang kesekian kalinya.

"Nangis?" Alan menyoal sedikit blur. Kepalanya di toleh ke arah Aldrey mendapatkan kepastian.

Aldrey hanya menjawabnya dengan anggukkan.

"Maksud kau, Alis duduk dekat dalam tu menangis atas apa yang jadi harini?" Alan menyoal lagi.

Dan jawapan yang di terima masih sama , hanya anggukkan.

Pfttttttttttttt!

Alan tersembur ketawa ringkas.

"Jujurnya aku pon risau dia menangis dekat dalam tu. Aku risau dia menangis sorang-sorang sebab dia tak nak bagi yang lain risau." Alan termenung seketika. Wajahnya berubah menjadi keruh. Banyak yang berada di dalam kepalanya saat itu tapi dia harus tenang.

"But...." Alan berhenti mengambil nafas sebentar sebelum menyambung kata-kata.

"Bila aku masuk bilik dia cek, dia tak menangis, tapi dia tengah tulis coding." Alan tersenyum lagi. Dia tidak tahu apa yang kelakar.

"Coding? Coding apa?" Aldrey keanehan dan dia juga dapat melihat yang mata Alan mula memerah.

"Java C++ dekat Jgrasp." Alan menoleh melihat wajah Aldrey yang kebingungan sambil tersenyum.

"Aku ingat dia akan menangis...." Kata-kata Aldrey terhenti. Ya, apa yang dia lihat selama hari ini adalah Alis yang mudah menangis apabila dimarahi atau dikasari. Dan hari ini gadis itu bukan setakat dimarahi dan dikasari tapi turut menerima penghinaan. Aldrey seperti tidak percaya.

"Itu la cara Alis menangis dekat rumah ni. Cara dia lepaskan semua yang terbuku dalam hati dia, tapi dia tak nak orang tau. Sebab dia tak nak nampak lemah." Alan merenung lantai. Dia tidak tahu respon seperti apa yang dia perlu berikan. Kadang-kadang dia mahu adiknya menangis dan meluahkan isi hatinya tapi sebahagian lagi dirinya tidak sanggup untuk melihat adiknya menangis.

"Maksud kau?" Otak Aldrey jammed. Fikir nak buat duit pon tak susah macam ni.

"Kau jangan la fikir dia buat coding yang complicated tu." Alan menjeling lelaki yang kebingungan di sebelahnya itu sambil ketawa. Kelakar melihat wajah Aldrey yang blur itu.

"Dah tu, ada ke buat coding yang tak complicated?" Aldrey menyoal tak berpuas hati sambil mengerling ke arah Alan. Kalau ada coding yang senang tak ada la berhari-hari dia kekurangan tidur kerana ingin menyelesaikan masalah di company.

"Basic coding. She wrote her diary, she wrote everything that happened to her." Alan pernah hack laptop adiknya dan dia melihat semua outcome kepada coding yang ditulis adiknya itu. Pada pandangan kasar, ianya akan kelihatan seperti satu coding yang sangat panjang dan berserabut. Pastinya sukar di fahami oleh mereka yang tidak mempunyai background coding. Tapi hasilnya cuma coretan isi hati adiknya saat dia bersedih.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now