Al's|29

190 5 0
                                    

Tingkah laku manusia yang sedang ketawa, bergaduh, bermesra dengan orang-orang sekeliling dan yang sedang bekerja menyiapkan pentas untuk event yang akan berlangsung itu mengasyikkan. Alis leka sekaligus menghapuskan semua kekusutan di kepala menikmati angin tasik yang menampar pipi.

Jujur, mahasiswa di negara yang bergelar zamrud khatulistiwa ini kreatif dan pandai memanfaatkan  bakat dan pengetahuan yang mereka punya dengan dana yang sedikit. Kebanyakkan persiapan untuk festival kebudayaan itu disiapkan menggunakan kreativiti mahasiswa dan itu lebih bermakna dari mengupah event manager menyiapkan semuanya.

"Heh, kamu lagi liat apa?"

Suara wanita yang menegur dalam dialek jawa itu menyedarkan Alis dari lamunannya. Senyuman dilemparkan sambil dia beranjak sedikit memberi ruang kepada wanita itu untuk duduk di kerusi tersebut.

"Ndak apa-apa, cuman liat mahasiswanya bekerja for the coming event aja." Kerana bahasa Indonesia Alis kedengaran aneh jadi dia selalunya akan mixed kan bahasanya.

"Oh iya, kan event nya mulai esok, sponsor juga turut serta, jadi ya pasti merekanya all out, buat kariyar masa depan mereka juga."

"Pantas aja persiapannya war biasa, sponsornya turut hadir ternyata." Alis jadi kagum apabila mengetahui akan hal yang satu itu. Sungguh dia merasa kagum apabila rakyat-rakyat Indonesia menyokong golongan muda dalam semua aktiviti yang dijalankan dan sanggup mengeluarkan dana.

"Iya, punya sponsor dari Malay juga."

"Oh, iya?" Alis tidak terkejut kerana dia sedia maklum akan kolaborasi internasional universiti ini dengan negara luar.

"Iya. Kalo pengen kamu bisa ngejoin saya di dinner welcoming sponsor nanti."

"Emangnya sponsornya ke sini ngapain?" Sepertinya selain memberi dana para sponsor ini mempunyai motif lain, tebak Alis.

"Usually for hiring purpose, kan internship mahasiswa itu ketika cuti semester. Bisa cari uang lebih juga."

Alis mengangguk faham. Dia sedia maklum akan prosedur internship di negara itu yang akan dilakukan pada setiap cuti semester. Mahasiswa di negara ini juga rata-ratanya perlu terlibat dengan community service yang turut di panggil KKM yang berupaya membangunkan rasa tanggungjawab dan semangat untuk memajukan diri.

"Kamu pengen terus ni sini ta? Saya mau ke rapat olympiade."

"Ya gapapa, saya disini aja, Miss selesai WA saya ya." Alis lebih selesa memanggil pensyarahnya itu Miss kerana di Malaysia gelaran Ibu itu hanya buat emak dan pastinya orang yang sudah menikah dan mempunyai anak. Entah mengapa, aneh saja untuk memanggil pensyarah itu ibu.

"Yo wes, nanti saya WA kamu. Hati-hati."

Alis menganggukkan kepala sambil tersenyum kepada pensyarahnya itu. Tanpa sedar sudah 7 tahun dia mengenali pensyarahnya yang berumur 34 tahun itu. Mereka berselisih umur 5 tahun dan mempunyai minat yang sama, mungkin kerana ini mereka mudah mesra dan rapat. Alis ke sini lebih awal juga dengan  bantuannya dan dia sedaya upaya cuba membantu Alis untuk mendapatkan biasiswa bagi membiayai pengajian jangka pendeknya itu. 

Alis menghembuskan nafas, hatinya tenang. Mungkin kerana dia di kawasan yang orang-orang tidak mengenalinya dan dia dihormati atas pakej dia pelajar internasional dari Malaysia. Entah mengapa, tapi mahasiswa di sini begitu excited bertemu dengan orang Malaysia. Dia juga tidak tahu apa istimewanya hingga mereka merasa begitu. Hakikatnya mereka masih serumpun.

"Mbak, kamu anak Malaysia ta?"

"Oh ya. Ada apa?" Alis yang kaget dengan teguran mahasiswa disitu mencuba sedaya upaya untuk bertutur dengan bahasa mereka supaya komunikasi mereka difahami dan lancar tidak seperti itik dan ayam.

"Ya, kita punya acara culture, jadi mbak bisa presentasi kaos atau kostum yang presentasi budaya Malaysia."

"Tapi saya malu." Alis ketawa dengan kata-katanya sendiri.

"Loh gapapa dong mbak, mbak cakep, nanti pasti rame ngefans sama mbak. Ayuh ngejoin kita dong mbak."

"Kamu juga cantik." Alis tersenyum ikhlas kepada gadis itu.

"Kapan eventnya?" Entah mengapa Alis berlembut hati dengan pelawaan yang bersungguh itu.

"Selasa malam mbak."

"Kalau saya pengen ngejoin gimana?" Alis menyoal lagi.

"Mbak bisa WA saya di nomor ini." Kertas iklan bertukar tangan, Alis membaca iklan yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin kerana sponsornya banyak yang dari luar.

"Nanti saya WA kamu ya, maturnuwon." Alis menghadiahkan senyuman manis kepada gadis itu.

"Sami-sami. Ditunggu ya mbak."

"Iya." Alis menganggukkan kepala sambil tersenyum lagi kepada gadis itu sebelum gadis itu meminta diri untuk beredar. 

Alis tersenyum lagi, masa luangnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti universiti selain dari travel. Pengalaman mengikuti aktiviti budaya di tempat orang pasti lebih seronok kerana dapat memperkenalkan budaya Malaysia ke negara luar. Berbeza dengan ketika di Malaysia. Jarang sekali mereka mengikuti aktiviti universiti. Majlis perwakilan juga mereka tidak kenal apakan lagi turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan.







Haaa Lurve, Korang belajar sikit bahasa Indonesia and Jawa Tengah ok.

Sorry lambat update, risau TMI sebab most of the information about the study like research and prosedure tu betul. Jadi kalau korang nak buat high level education like master or PHD, boleh la refer, nak tanya saya soalan pon boleh. Nanti saya jawab. Berkongsi ilmu.


War - luar

Ta - sama maksud seperti 'ke' yang selalunya digunakan oleh orang jawa.

Rapat - mesyuarat

Buanyak - sangat banyak

WA (dibaca Wey-ar) - whatsapp

Kaos - baju

Cakep - cantik/kacak/baik paras rupa

Rame - ramai

Maturnuwon - terima kasih (halus)

Sami-sami - sama-sama

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now