Al's|14

322 14 1
                                    

Perjalanan ke Taiping terasa sangat panjang. Hati Alis berdebar menunggu berita dari ahli keluarganya. Kalau tak disebabkan teman baiknya Nab bekerja di farmasi milik keluarganya, hingga sekarang dia tidak tahu yang baba terlibat dalam kemalangan. 

"Are you okay?" Aldrey risau apabila Alis hanya diam membisu. Nasib baik dia berkeras untuk menghantar Alis pulang, jika tidak entah bagaimana keadaan gadis itu menaiki kenderaan awam dengan keadaannya begini.

"Okay Dr." Alis langsung tidak menoleh melihat pemandu di sebelahnya yang menjadi fokusnya sekarang adalah jalan ke rumahnya.

Kereta membelok ke perumahan Lake View, 5 minit perjalanan akhirnya Audi Q8 itu berhenti di hadapan sebuah pagar banglo dua tingkat.

Alis keanehan. 'Dia ni nujum ke apa, tak perlu tanya kat mana location tiba-tiba sampai je, dahsyat.' 

Namun itu bukan fokus utamanya, fokus utamanya adalah baba. Alis turun dari kereta untuk menekan bell. Seketika kemudian pagar terbuka. Laju Alis berjalan meninggalkan pensyarahnya itu.

"Mashaa Allah cinta." Alan terkejut apabila melihat Alis berada di muka pintu. Di peluk adik perempuannya itu dan satu ciuman di hadiahkan ke dahi.

Wajah Alis masam mencuka.

"Siapa ni cinta, boyfriend ke?" Alan cuba menebak lelaki yang berdiri di belakang adiknya itu. Kacak. Tidak mungkin kawan, Alis tidak pernah membawa kawan lelaki ke rumah.

"Pembelot." Alis menumbuk perut Alan kuat sebelum berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menjawab soalan yang diajukan.

Senak! Muka Alan berkerut menahan sakit hingga tertunduk-tunduk.

"Nama kau pembelot ke?" Alan sempat berseloroh apabila melihat Aldrey yang terkejut dengan situasi itu.

"Alan, boyfriend number dua dia. Boyfriend number satu dekat dalam." Alan menyuakan tangan bersalaman.

"Aldrey." Aldrey tersenyum dengan kelakuan Alan. Terhibur. Jika dia tidak membuat research dulu tentang Alis, pasti dia sudah melatah dengan penyataan tersebut. Malangnya, semua tentang Alis dalam poketnya.

"Jemput masuk." 

Aldrey anggukkan kepala sebelum berlalu masuk. Santapan matanya saat menjejakkan kaki ke dalam rumah itu adalah Alis yang sedang memeluk seorang lelaki yang sedikit berusia di sofa yang memuatkan dua individu. Aldrey yakin itu Muhammad Halqi atau lebih tepat bapanya.

"Adik tak bagi tau baba pon adik nak balik harini." Menjadi kebiasaan baba untuk mengusap belakang anak-anak setiap kali dipeluk.

"Baba ada apa-apa tak nak bagi tau adik?" Alis melonggarkan pelukan dan membalas soalan baba dengan soalan.

"Tak ada." 

Alis merenung wajahnya dengan wajah tidak berpuas hati. 'Tanpa rasa bersalah ya baba menjawab. Memang nak kena.'

Baba yang mengerti dengan renungan itu pantas menarik Alis kembali ke pelukannya semula sambil mengosok belakang cuba menenangkan anaknya itu.

"Baba ok adik, jangan la risau." Dia tahu anak perempuannya itu sudah tahu kerana itu tiba-tiba saja muncul di muka pintu.

"Baba ada luka tak." Suara Alis mula sebak. Air matanya mula gugur.

"Tak ada, kereta je rosak sikit." Pelukan di longgarkan. Air mata anaknya yang mengalir itu disapu dengan jari.

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki." Seperti penyiasat tidak berbayar lagaknya.

"Dia buta ke, kereta punya besar pon tak nampak." Alis panas hingga suaranya sedikit meninggi.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now