Al's|3

391 16 1
                                    

Pagi itu suasana di kampus sedikit sunyi memandangkan pelajar degree sedang bercuti. Yang ada di kampus saat ini cuma pelajar pascasiswazah, itu pon tidak ramai. Yang hadir di kampus cuma pelajar pascasiswazah mode coursework. Mode research seperti dia dan teman-temannya kadangkala sahaja akan hadir ke kampus terutamanya apabila ada meeting. Manakala, Kak Ros exceptional kerana dia harus thumb print dan terikat dengan office hour memandangkan dia di taja oleh universiti mereka.

Sewaktu merentsi kawasan parkir, alis terpandang sebuah Mazda hitam CX5. Kejadian beberapa hari lepas kembali berlayar di kotak fikirannya. 

"Tak pasal-pasal aku jadi OKU sekejap berbalut gini. Masalah betul kalau jumpa dengan orang yang emosi jalan dulu sebelum otak." Alis bermonolog sendiri. Sudah pasti sesiapa yang melihatnya akan kata dia gila.

Alis meloloskan diri ke dalam lif dan menekan punat ke aras 4 bilik pascasiswazah. Dia ingin duduk di bilik yang di berikan kepada pelajar research itu terlebih dahulu sebelum ke ruangan meeting.

Sebelum pintu lif tertutup Alis terpandang akan kelibat lelaki yang berjalan ke arah lif dinaiki nya. Pantas Alis menekan semula punat untuk membuka pintu tersebut. Tepat jangkaannya, lelaki yang berpakaian formal serba hitam itu berada di depan lif tersebut. 

Alis menganggukkan sedikit kepalanya tanda hormat sebelum membetulkan bag galas di bahunya yang terlurut jatuh akibat tindakan pantasnya tadi. Tidak langsung Alis melihat wajah lelaki itu. Yang pasti lelaki itu tinggi orangnya.

Lelaki itu meloloskan diri nya ke dalam lif dan berdiri di belakangnya. Sempat dia memanjangkan tangannya menekan punat ke aras tiga.

Melihat aras yang ditekan itu, Alis pasti lelaki itu seorang pensyarah. Di aras itu hanya meletakkan ruangan pensyarah dan separuh lagi di aras ruangan pascasiswazah. Alis membatukan diri dan pastinya menjaga tingkah laku. Wangian yang dipakai pensyarah lelaki itu hinggap di hidungnya. Sungguh bau wangian ini familiar pada derianya. Manly sekali. Berdebar.

Ting!

Bunyi pintu lif yang terbuka itu mematikan lamunan Alis. Lelaki itu meloloskan diri keluar. Belakang badan lelaki itu menjadi santapan Alis. Baju kemeja hitam berlengan panjang, slack hitam, kasut kulit berwarna coklat gelap dan tas tangan berwarna senada menaikkan aura kekuasaan, elegan, karisma dan evil lelaki itu pada masa yang sama.

"Not bad." Alis memuji sambil menganggukkan kepalanya. Tidak dia sangka di fakultinya terdapat pensyarah yang muda dan bergaya. Jarang bertemu barangkali. Almaklumlah, student research seperti mereka hanya mengadap laptop 24jam, jarang mereka mempunyai masa untuk bersosial.

***********************************************************************

Alis tiba 10minit lebih awal ke ruangan meeting. Dia tidak suka supervisornya menunggu. Baginya lebih beradab jika pelajar menunggu gurunya. Ini menunjukkan kesungguhan dan disiplin pelajar itu dalam menuntut ilmu.

Tok! Tok! Pintu bilik tersebut terbuka.

"Assalammualaikum." Lembut salam itu di berikan.

"Waalaikummussalam Dr." Manis Alis tersenyum kepada pensyarahnya. Alis selesa bersama pensyarahnya yang bisa menjadi ibu, kakak, dan teman pada masa yang sama. Pensyarahnya ini tahu kapan masa yang sesuai untuk berkarakter seperti pensyarah dan teman.

"Hang sarapan lagi Alis?" Pensyarah anak jati Kodiang itu selesa menyapa dengan loghat Kedahnya.

"Dah Dr., saya datang awal tadi."

"Makan mana? Cafe ka? Ada ka makanan? Cuti semester pelajar degree selalunya banyak cafe yang akan ditutup."

"Taklah, saya bawak susu kotak tadi. Minum tu je."

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now