Al's|21

312 11 4
                                    

Alis naik ke aras 4 fakulti yang meletakkan bilik supervisornya. Entah mengapa Dr. Sham tiba-tiba memanggilnya ke ofis. Untung saja dia tidak pulang tadi jika tidak pasti dia harus berpatah balik ke kampus. Dari jauh dia terdengar suara Dr. Sham bercakap dengan seseorang dan pastinya tetamu berlainan jantina kerana itu Dr.Sham membuka pintu ofis. Dan kerana itu juga dia dapat mendengar suara supervisornya itu.

"Assalammualaikum." Alis membuka kasut sandalnya memandangkan ofis Dr.Sham dipasang dengan carpet untuk dia sembahyang.

"Waalaikummussalam, haa masuk-masuk. " Dr.Sham menjemputnya.

Alis tersenyum melihat Dr.Sham yang memerhatikannya membuka sandal dan dia tergamam apabila terpandang akan tetamu yang satunya.

"Haaa, masuk la, hang keras kat luaq awat?" Dr.Sham memanggil lagi apabila Alis masih tiada tanda untuk masuk.

Perlahan Alis melangkah. Terasa setiap langkahnya itu berat sekali. Dan dapat dibayangkan senyuman sinis individu itu yang sedang memerhatikannya.

"Busy ka Alis?" Dr.Sham berbasi apabila Alis sudah mengambil tempat di hadapannya bersebelahan dengan Dr. Aldrey.

"Tak sangat pon Dr, okay je. Ada apa tu Dr?" Alis tidak menyapa atau menoleh kepada Dr. Aldrey.

"Tak la, Dr. Aldrey kata dia call hang tapi hang tak jawab. Saya call, hang jawab pulak." Dr.Sham memberi penjelasan.

'Aduh! Asal aku jawab aku tak busy. Patutnya aku acah-acah busy.' Alis memejamkan matanya sebentar sambil menggigit bibir mencari idea untuk memberi alasan. Kantoi!

'Gigit bibir tu sampai belubang sebab kalau aku yang gigit lagi parah, silap-silap kena buat plastik surgery.' Aldrey tersenyum sinis di dalam hati.

"Tadi saya busy, sekarang saya datang jumpa Dr, jadi saya berhenti sekejap jadi busy. Nanti saya balik bilik saya, saya busy semula." Kedengaran bodoh alasan tersebut tapi itu saja yang mampu difikirkannya.

Pftt!

Alis menoleh ke sebelah apabila terdengar bunyi suara. Ternyata pensyarahnya itu mentertawakannya cuma dia cepat-cepat menyembunyikan dengan berpura-pura menyapu hidung seperti ingin bersin. 

'Lantak kau la nak gelak ke nak bersin ke, tak ada kaitan.' Alis melepaskan amarahnya di dalam hati. 

"Banyak betoi jawapan hang kan." Dr.Sham hanya menggelengkan kepala dengan akal panjang Alis dan Alis hanya tersengih seperti kerang busuk. 

"Kenapa Dr, perlukan apa-apa ke?" Jika dia di panggil ke situ pasti ada perlunya. Cuma nasib sedikit malang apabila Dr.Aldrey juga di situ.

"Dak, esok saya ada hal, tapi saya takmau cancel kelas PJJ saya sebab esok saya ada satu kelas ja. Boleh ja nak cancel tapi saya malaih nak ganti nanti. Jadi saya mintak Dr. Aldrey ganti saya esok. Saya nak buat test ja. Kebetulan kelas Dr.Aldrey habis pukul 12 tengah hari, kelas saya mula pukul 11 pagi. Sementara nak tunggu Dr. Aldrey take over, saya nak mintak la hang masuk sat jaga test tu. Boleh dak?"

Alis mendengar penjelasan Dr.Sham itu dengan teliti. Selalu saja dia membantu menggantikan supervisornya itu tapi hanya di kelas tutor pelajar full time dan ini kali pertama di kuliah pelajar partime. Dengan kata lain, dia akan berselisih dengan Dr. Aldrey esok. 

'Alah selisih je, kau selisih cepat-cepat, buat-buat tak nampak dia, settle.'

"Inshaa Allah boleh." Alis memberikan persetujuannya.

"Tapi hang jangan bagi jawapan pulak kat depa." Dr.Sham memberi peringatan terlebih dahulu, bukannya dia tidak tahu bagaimana bermurah hatinya pelajarnya yang seorang ini.

Aldrey's eyesWhere stories live. Discover now