Eliane Dahlia nama yang cukup manis maknanya. Seorang gadis yang berwajah polos dan lurus bendul. Ayahnya, Jebat Iskandar meninggal dunia ketika dia berumur 25 tahun kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lelaki sehebat Jebat telah meninggalkan seorang balu iaitu Julia Fendi dan seorang puteri tunggal Elaine Dahlia dan seorang anak lelaki, Emir Dzihan. Walaupun hidup mereka bersederhana, Elaine cukup bahagia tinggal bersama ibu dan abangnya. Niat utamanya tidak pernah berubah sejak dia mula menuntut ilmu di menara gading. Walaupun hidupnya semakin hari semakin sukar untuk dilalui namun dia tetap dengan matlamat dan impiannya untuk merangkul skrol di hari graduasinya. Itu juga salah satu impian arwah walidnya sebelum dia menutup mata buat selamanya.
Emir Dzihan yang selama ini menjadi tulang belakang Elaine Dahlia untuk berjaya di menara gading. Dia sanggup mengetepikan impiannya hanya untuk adik perempuannya. Jarak umur antara Emir dan Elaine tidak jauh beza dan di sebabkan itu mereka berdua sering berkongsi cerita bersama.
"Umi, Elaine minta maaf kerana telah mengecewakan umi." Dia rasa bersalah kerana pertunangannya terpaksa di batalkan kerana pihak lelaki tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
"It's okay sayang. Jodoh, ajal dan maut semua itu kan dari Allah. Umi redha sayang." Ucap Julia Fendi perlahan.
Elaine membalas dengan senyuman tawar. Remuk hati ini, habis impian uminya hancur berkecai. Dia harus kuatkan semangatnya untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang wanita yang berjaya dan berdikari. Sekurang-kurangnya dapat membanggakan umi dan arwah walidnya.
"Tamam, tamam!(Baiklah, baiklah)" Dia mengangguk laju.
"Cukup la tengok drama Turkey tu. Mana adik belajar semua ni? Bila suruh belajar asyik main-main je. Belajar bahasa asing pandai pula dia fokus." Mula sudah abangnya menekan butang membebel.
'Sebelum abang Emir mulakan peluru berpandu lebih baik kita chaw dulu.'
"Ish abang Emir ni relax la. Itu cara Lia nak hilang kan stress belajar. Nak tahu tak Lia belajar dekat novel online tu. Ada seorang penulis ni Lia memang ikut dia sejak dia mula menulis tau. Dia suka masukkan bahasa Turkey." Balas Elaine.
'Kena cuba, kalau tak cuba kita tak tahu apa yang abang Emir kita boleh sponsor kan!'
"Enough sweetie! Naik atas dan sambung ulang kaji. Bulan depan awak tu dah mula final exam dan practical training. Jangan banyak main dan berdrama. Fokus sikit!" Tegas Emir pada adiknya. Elaine masih lagi tidak berganjak.
"Look abang Emir! What if you sponsor my trip to Turkey if I got a Dean List for this semester and best student during my graduation day? What's say you?" Dia memberi cadangan pada Emir sambil memeluk tubuh dan menjongketkan sedikit keningnya.
"We will think about it! Show me your effort first!" Ucap Emir tiba-tiba dia terfikir sesuatu yang boleh menutup mulut adiknya.
"Ehem! I think I wanted to add some rules for you. If you can prove that you'll be the best student on your graduation day, I will sponsor your trip but it depends if you willing to go with your future husband." Jelasnya.
Terbuntang mata Elaine. Like what! Emir sudah gila ke? Mana dia nak cari lelaki secepat itu untuk di jadikan suami. Sudah la zaman sekarang ni ramai lelaki tidak boleh di percayai. Bukan semua tetapi segelintir.
Shopee? Ada ke?
Ayden Darhwish nama yang cukup gah dan berpengaruh di dalam kalangan pemegang saham di negara ini. Keluarganya juga orang berpengaruh terutama daddy dan mummy Ayden iaitu Tuan Zack Fakri dan Puan Sofea Hana. Mereka mempunyai pengaruh yang hebat sehingga ramai musuh cuba untuk menjatuhkan AD Pacific Sdn Bhd.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
RomanceKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...