𝟚𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.5K 156 36
                                    

Setelah 6 bulan Haura menyembunyikan dirinya kini dia muncul sebagai Haura Medina yang baru. Dia tekad untuk berjumpa dengan semua orang dan berterus terang tentang yang berlaku pada dirinya 5 tahun lalu. Bukan mudah tetapi dia harus kuat menempuhnya. Ya! Dia salah dalam menilai sahabatnya namun emosi menguasai dirinya tanpa dia sedar.

Restoran itu ditempah khas oleh Ayden untuk perjumpaannya bersama Ryqal. Nampak pelik tetapi itulah permintaan Haura sebelum dia bertemu dengan ibu bapa dan sahabat karibnya, Elaine Dahlia dan Haura Medina.

"Ehem, ada orang tak kerusi ni?" Sapa si gadis cantik itu.

"A... Ada. Sini ada orang duduk. Cuba awak tengok dekat sana." Panjang tangan Ryqal menunjukkan ke arah bertentangannya. Matanya langsung tidak berkalih dari melihat skrin telefon bimbitnya.

"Jauhnnya. Kalau saya nak ambil kerusi ni jugak?" Degil sungguh gadis ini.

"Tak boleh! Saya tengah tunggu kawan saya ni. Nanti kawan saya datang nak duduk mana? Bersila dekat lantai?" Balas Ryqal dengan selamba.

"Hey bro! Sorry aku lambat sikit." Celah Ayden. Ryqal membetulkan kedudukannya.

"Engkau kan kalau staff kau lambat bukan main lagi macam singa lapar. Kau lambat buat macam tak apa yang berlaku je kan." Bidas Ryqal.

Ayden memandang belakang Ryqal dengan wajah yang pelik. Dia terdiam lalu mencuit tangan Ryqal untuk mendapatkan jawapan tentang gadis yang masih berdiri dibelakang sahabatnya.

"Ehem! Cik adik manis. Awak kerja sini ke? Kami belum buat pesanan lagi." Beritahu Ayden.

"Tak! Saya nak kerusi ni. Tapi kawan encik suruh saya ambil di sana tu jauh kot. Harap muka je handsome tapi tak ada otak." Kata-kata itu mengubah seratus peratus mood Ryqal ketika itu. DI bingkas bangun dari tempat duduknya berpaling ke arah gadis itu.

"Engkau ni apa lagi masalah ek? Aku dah....." Terngaga terus mulut Ryqal melihat gadis di hadapannya sekarang. Ia seolah-olah mimpi buruk yang selama ini menghantuinya hilang sekelip mata.

"H.... Haura? You ke ni? Bro lempang aku weh." Adakah ini mimpi? Permintaan Ryqal ditunaikan.

'PANG!!!'

"Sakit bodoh!"

"Lah kau yang minta, aku ni jarang tak tunaikan permintaan orang." Sengih Ayden.

"Hey abang Ryqal!!!!" Suara ceria Haura Medina memecah kesunyian restoran itu. Senyuman Haura tidak tumpah seperti mummy mereka siapa lagi kalau bukan Puan Safiya.

"Adik!!!! Ni adik aku ke Ayden?" Teruja sungguh Ryqal. Sejak kehilangan Haura beberapa tahun yang lalu hidup Ryqal berubah tiga ratus enam puluh darjah. Sunyi sepi rumah banglo itu kerana tiada lagi riuh rendah suara ceria Haura Medina.

Haura sudah mula buat muka comel.

"Betul la ni adik aku. Besar dah dia. Comel dia ni." Sempat dia menarik hidung mancung Haura.

"Ish!!! Sakit lah abang. I miss you so much abang Ryqal. Mummy dan daddy sihat?" Soal Haura. Ryqal masih memeluk erat tubuh adiknya.

Mereka berpelukan satu sama lain. Ayden disisi turut mengalirkan air mata bahagia. Akhirnya dia dapat menyatukan Ryqal dan Haura kembali. Berkali-kali Ryqal mencium dahi adiknya.

"Thanks bro. Mana kau jumpa adik aku? Kenapa adik tak call abang langsung?" Bertubi-tubi soalan di ajukan pada Haura dan Ayden.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now