3 bulan kemudian....
Sepanjang tempoh praktikal ini lah kali pertama Elaine mengambil cuti untuk bersama keluarganya. Tidak ada tempat praktikal lain yang buat kebajikan pekerja seperti RQL Pacific Sdn Bhd buat pada para pekerjanya. Elaine bercuti ke luar negara bersama umi dan abangnya untuk beberapa hari.
Takdir menemukan dua kenalan ini di negara jiran setelah bebulan lamanya mereka tidak bersua muka.
'Itu Kak Yaya kan? Yes! Memang dia. Rindunya nak berkongsi cerita dengan dia.' Adlene tekad mengejar gadis itu.
"Kak Yaya!!!!" Jeritan suara gadis itu memecah gegendang telinga Elaine.
'Siapa pula yang menjerit macam orang kena rasuk ni?' Bisik hati kecilnya.
"Kak Yaya!!!"
"Kak Yaya!!!"
"Ya Allah! Wina ke ni? Wina kan ni? W.... Wina buat apa disini?" Mana mungkin dia lupa pada gadis itu.
"Akak pergi mana hah! Penat Wina cari akak merata tempat." Tercungap- cungap nafas Adlene ketika mengejar Elaine yang juga berada di Taksim Square, Turkiye.
Elaine yang khusyuk membeli belah di situ langsung tidak memandang orang sekelilingnya. Punya lah luas tempat di Malaysia, Negara orang juga tempat mereka bertemu kembali setelah beberapa bulan terpisah.
"Saya sibuk menyiapkan thesis final year saya. Ni Wina dengan siapa?" Soal Elaine. Kepalanya mula mencari seseorang.
"Wina dengan abang Dede dan Hazran."
"Abang D... De... Dede?" Berkerut dahi Elaine mendengar nama pelik itu.
"Ish dia ni. Ayden Darhwish lah. Wina panggil dia DE.DE." Mula wajah Adlene mencebik geram. Lurus bendul Elaine tidak pernah hilang.
"Oh. Okay lah saya ada hal ni. Saya pergi dulu ya. Assalamualai.." Langkah terhenti saat seseorang menyapa perbualan mereka berdua.
"Jauh jalan kena buang praktikal lagi ke?" Mamat mana pulak yang menyampuk.
"Eh Pakk..... Pakcik Oyen! Ma.. Maaf saya tak sengaja bercakap dengan adik pakcik. Saya gerak dulu. Bye Wina. Kirim salam Hazran. Assalammualaikum." Elaine bergegas pergi meninggalkan mereka berdua.
'Aduh Elaine kenapa kau bercakap dengan Wina. Memang kubur lah tempat kau ni weh.' Berkali-kali dia menampar mulutnya.
"Woi! Nak pukul sampai bila? Dah berdarah baru nak berhenti ke?" Teguran lelaki itu menghentikan perbuatan Elaine sebentar tadi.
"Pakcik Oyen ni kan kalau tak bawak geng tak sah kan. Lepas tu kata aku la yang malang. Haish." Omel Elaine sendirian.
"Woi!! Dah gila ke cakap sorang-sorang." Tanya jejaka berkaca mata itu lagi.
Tubuh Elaine berpaling menghadap jejaka itu. Alangkah terkejutnyabahwa lelaki dihadapannya saat ini adalah sahabat karib yang pernah bersamanya suatu ketika dahulu. Sejak kejadian Adlene hilang beberapa bulan lalu Elaine tidak lagi bertemu dengan Hazran.
"Weh petir!!!! Weh aku rindu kau sangat-sangat." Dia berlari mendapatkan Hazran. Jejak kasih mereka disaksikan oleh empat pasang mata yang tidak jauh dari situ.
"Lia!!!!!"
"Kain aler!!!" Pelukan kemas Hazran sungguh menyamankan. Terasa semua beban dan sakit yang dilalui hilang seketika.
'DUSH!!!'
"Woi sakit kepala aku setan!" Jerit Hazran. Duo petir yang tidak pernah berubah.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
Любовные романыKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...