Duo petir walaupun berpisah dari tempat latihan praktikal tidak bermakna berpisah selamanya. Dia masih lagi berhubungan dengan Hazran. Sahabat selamanya.
Hazran nekad mahu ke rumah gadis itu untuk membuat kejutan. Rindu pula pada sahabatnya.
"Assalamualaikum Elaine!!" Jerit Hazran.
"Waalaikumussalam. Weh!!!! Kain aler. Apa khabar?" Sapa Elaine. Senyuman Hazran melebar hingga ke telinga. Lama juga tidak bertemu dengan sahabatnya sejak kes tempoh hari.
"Baik je. Kau? Macam mana minggu lepas Puan Heyra datang tempat kau kan? Aku dengar dari budak-budak kelas kita kata group kau yang terbaik. Tahniah." Ucap Elaine mendatar.
Jika dia bersama Hazran pasti markahnya juga yang terbaik. Namun semua itu hanya angan-angan. Nasi sudah menjadi bubur. Itu lah orang tua-tua cakap, budi bahasa itu cerminan kita. Dimana pun kita berada itu yang terpaling penting dari yang lain. Jika tidak digunakan dengan betul ini lah padahnya. Diri sendiri yang rugi.
"Eleh kau pun apa kurang nya. Madam Zeyra banyak bantu kau juga kot. Jangan nak tipu aku." Dia memang pandai mengusik Elaine sehingga gadis itu kembali ceria semula.
Madam Zeyra adalah penasihat baru Elaine memandangkan dia mendapat tempat praktikal yang baru.
"Kau kenal aku lagi lama kan. Mesti la aku terbaik. Kau pun tahu kan perkataan mengalah tidak pernah wujud dalam hidup aku." Balasnya dengan sinis.
Hazran dan Elaine berkawan sejak mereka di semester satu sehingga kini namun begitu hati hazran telah dimilik oleh seseorang.
"Macam mana dekat sana sejak aku tak ada? Mesti semua orang bertepuk tangan kan terutama sekali pakcik Oyen, makcik sotong dan kroni bawang sampai hangus." Soalnya.
"Macam biasa sahaja. Aku terdengar perbualan Ryqal tempoh hari yang Ayden menyesal buat kau macam tu. Sekarang Ayden dah berubah. Sering balik lewat semua yang difikirkan hanya kerja. Emma Kay pula hilang macam tu je." Beritahu Hazran ringkas.
"Lia, aku nak minta tolong boleh?" Tanya Hazran.
"Untuk kau semua boleh kain aler." Senyuman Elaine mampu membuatkan hati Hazran tidak keruan. Sabar Haz!
Adlene sedang enak menikmati kopi kegemarannya bersama roti croissant di kafe Kenny Hills. Tanpa dia sedar, sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh. Siapa lagi kalau bukan Imran Kay.
Pada awalnya Imran Kay terpaksa mengikuti rancangan tidak masuk akal oleh Emma Kay tetapi apabila dia melihat Adlene dan dia merasanya semua ini tidak seharusnya berlaku. Takdir Allah sudah tertulis yang mereka bedua tidak ada jodoh tetapi hanya kerana nafsu menguasai diri, Imran mencuba mendapat kan Adlene.
"Hai! Seorang je?" Sapa lelaki itu. Lama Adlene merenung lelaki yang berada di depannya itu.
"You? You bukan Imran Kay ke?"
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
RomanceKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...