Tiba di Kelantan, tanpa membuang waktu dia terus mencari isterinya dan akhirnya mereka bertemu di lobi hotel.
"Dahlia?" Panggil Ayden seraya Elaine terhenti langkahnya mendengar suara seakan suaminya.
'Ish tak mungkin panggil aku kot. Suara sama macam Ayden. Kau ni kenapa Lia, kot ya pun rindu agak-agak lah orang tu pun bukan layan kau baik pun.' Dia berbalah dengan hatinya.
"My little bunny! Yes! It's me! Ayden Darhwish." Ucapnya sambil menyusun langkah ke arah isterinya.
"Bu... Buat apa dekat sini?" Soalnya pelik.
"Tengok wife aku kerja. Kesian dia tolong aku cari rezeki." Dia mendekati Elaine tetapi isterinya malah mundur selangkah ke belakang.
"Bunny, aku... Aku minta maaf atas kesilapan aku. Aku terlalu ikutkan emosi. Aku jahat dengan kau." Dia semakin menghampiri Elaine.
Elaine diam.
"Salah je minta maaf. Minta maaf bila buat salah. Nanti buat lagi. Ingat saya arnab macam pakcik Oyen panggil saya tu ke?" Jeling Elaine.
"Sorry lah bunny. A... Aku menyesal sebab tak jaga kau elok-elok sampai kau sakit." Pujuk Ayden lembut.
"Tak payah menyesal lah. Tunggu tubuh ni kaku depan pakcik Oyen la baru menyesal." Perli Elaine, mata nya mengerling ke arah Ayden yang kaku di hadapanya.
"Alah kau ni. Aku datang jauh-jauh nak pujuk isteri aku balik. Aku betul-betul menyesal dengan perbuatan aku pada kau. Aku tak... Tak nak kehilangan kau lagi sekali Dahlia." Terangkat sebelah kening Elaine mendengar pengakuan itu.
"Sekali lagi? Pakcik Oyen, kita baru kenal lepas tu kita bernikah. Sejak bila saya pernah berurusan dengan pakcik Oyen pula?"
"Aku.... Aku terjumpa nota kecil yang aku pernah bagi pada kau 8 tahun lalu. Kau ingat lagi dekat panggung wayang." Tanya Ayden, Elaine angguk kepala laju.
"Aku dah lama cari kau. Tak sangka kau makin cantik dari dulu sampai aku tak perasan yang bergaduh dengan aku selama ini adalah wanita yang aku cari." Komen Ayden. Dia memandang tepat anka mata Elaine sehingga gadis itu mengalihkan pandangannya ke laut nun jauh di hadapannya.
"Hati saya dah cukup keras untuk menerima orang baru dalam hati ni." Balas Elaine mendatar.
"Tapi... Berilah aku peluang jadi bahu untuk kau menangis, meluahkan rasa sakit di hati tu. Beri aku peluang untuk perbaiki sikap aku terhadap kau. Beri aku peluang untuk jadi suami yang terbaik untuk kau dan ayah untuk anak kita."
"Peluang? Perbaiki? HA HA HA ! Bodoh ke Ayden Darhwish? Betul ke Ayden Darhwish depan saya ni?" Sinis Elaine membalas permintaan tidak masuk akal suaminya.
"Aku serius ni."
"CUKUP!! CUKUP PAKCIK OYEN. Tak perlu nak berbaik dengan saya. Baru sekarang nak menyesal? Hah! Baru sekarang? Eh orang tua, dah terlambat! TER... LAMBAT...! Ingat sampai mati, memaafkan tu mudah tetapi tidak untuk melupakan. Datanglah apa cara sekali pun belum tentu dapat ubat luka yang sudah lama berdarah ni. Melain kan Allah yang balik kan hati saya untuk terima pakcik Oyen semula dalam hidup saya. FULL STOP!"
"Tapi aku..."
"Balik sebelum aku panggil security. Kau dengan keluarga kau boleh berambus dalam hidup aku. Lupa ke kau kata aku perempuan malang? Balik!! Aku kan semak dalam hidup kau." Elaine terus masuk ke dalam tanpa menoleh ke belakang.
Kali ini dia nekad untuk membuang semua rasa yang pernah dia rasa pada lelaki itu. Semua itu palsu. Mana mungkin dia jatuh cinta pada lelaki yang pernah menghinanya di khalayak ramai.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
Lãng mạnKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...