Kehamilan kedua tidak mengganggu aktivitinya di pejabat walaupun kandungannya sudah mencecah lapan bulan. Kondisi tubuh badannya masih dalam keadaan baik dan mampu membuat kerja-kerja di pejabat. Mesyuarat pagi ini terasa begitu lama untuk sampai ke penghujungnya.
Matanya menoleh ke arah jam tangan di tangan kanannya berkali-kali. Seakan masa tidak bergerak walau sedetik pun.
"Huh lamanya nak habis meeting ni." Bisiknya dalam hati.
"Ehem! Are you alright?" Tegur Emir di sebelahnya.
Mesyuarat pagi itu sangat penting buat mereka, mahu atau tidak Elaine dan Emir perlu berada di dalam bilik itu sehingga mesyuarat tamat. Tender yang di tawarkan juga agak lumayan jika mereka terlepas peluang keemasan ini.
"Tekak Lia rasa loya." Jawab adiknya.
Tiba-tiba telefonnya bergetar kerana ada pesanan masuk. Di toleh sejenak melihat siapa geranganya. Siapa lagi kalau bukan cukcam Oyen kesayangan Elaine yang duduk di hujung meja mesyuarat itu.
'Muka sayang pucat? Kenapa ni? Kalau tak selesa sayang keluar lah biar abang dengan Emir handle.'
Elaine hanya melemparkan senyuman nipis ke arah suaminya.
"Adik, pergi tandas dulu ya abang Emir. Anything call me or I guess you can decide everything. I really sorry, tapi tekak adik dah rasa nak muntah ni." Tutur Elaine perlahan. Sekilas dia mengerling ke arah suaminya sebelum dia melangkah keluar.
Semua mata memandang ke arah Elaine yang baru sahaja melangkah keluar dari ruangan itu. Mujurlah semua pemegang saham memahami keadaan Elaine yang sudah sarat dengan kandungannya jika tidak malu juga dia ingin keluar dari bilik menyuarat itu.
Sesi mesyuarat itu akhirnya sampai ke penghujungnya. Elaine menarik nafas lega. Dia terlihat seorang demi seorang keluar dari ruangan itu sehingga la sosok tubuh yang dirinduinya.
"Iyi günler aşkım (Selamat tengah hari sayang)." Ayden menyapa di depan pintu biliknya.
"Abang......" Panggil nya meleret. Bergetar tulang rusuk Ayden. Nasib mengandung. Eh lah tiba sangat pakcik Oyen ni.
"Sayang okay? Tadi kenapa ni muka manja abang ni pucat semacam je." Langkah Aydne di atur sehingga berdiri di hadapan isterinya. Kepala Elaine mendongak sedikit memandang wajah tampan sang suami.
"Perut sayang meragam tadi. Baby lapar kot. Dia asyik tendang je lepas tu tekak rasa loya macam nak makan benda masam." Jelas Elaine tangannya tidak berhenti mengusap perut yang sudah membulat besar.
Mata Ayden turun ke arah perut isterinya, tubuhnya di tundukkan sehingga separa dengan kedudukan Elaine. Tangannya di tindih di atas kekura tangan si isteri lalu mata mereta bertaut setelah seharian berjauhan.
"Anak babah lapar ke? Hari ni baby nak makan apa? Setahu babah lah kan sayang, umi awak ni walaupun tunggu hari nak melahirkan awak umi tetap ada senarai keinginan yang belum tercapai. Kan sayang?" Kepalanya di dongakkan sedikit memandang wajah si isteri yang sudah tersipu malu.
"Sayang nak makan lepat pisang yang Sajat buat la abang. Boleh tak?"
Permintaan Elaine kali ini benar-benar menguji kesabarannya. Kepalanya di geleng berulang kali. Sayang kenapa yang bukan-bukan di mintanya.
"Ka... Kalau abang yang buat sayang nak makan tak?" Soal Ayden dengan nada pasrah.
Dia mengeluh berat mendengar permintaan isterinya.
"Nak si Sajat yang buat. Boleh lah abang. Semalam dia buat live memasak, Lia tengok berselera betul. Mesti sedap kan." Ujar Elaine.
Ayden bangun semula dan mencium dahi luas Elaine sebelum dia melangkah keluar dari pejabat isterinya. Monyok muka Elaine melihat suaminya keluar tanpa sepatah pun.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
Любовные романыKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...