𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2K 110 52
                                    

"Umi....... Oooo Umi...." Jerit Adeena.

"Eh Deena, ada apa sayang?" Elaine menyapa gadis yang sudah meningkat dewasa. Kini umur Aleeya Adeena sudah mencecah sepuluh tahun. Pejam celik pejam celik besar dah junior nenek  lampir itu.

Sejak ketiadaan Adriana dan Harraz, pasangan kembar itu tinggal di rumah Elaine untuk beberapa hari sebelum Hanan Mirza menjemput mereka pulang ke Norway sepanjang cuti persekolahan.

"Umi, kita nak ajak baby Aeeyz main toys, tapi baby tidur je." Monyok muka gadis itu sewaktu menjengahnya di dapur.

"Sayang, baby Areez baru nak tidur la sayang. Deena lapar tak? Apa kata kita makan kek yang umi buat ni jom?" Bila makanan kegemarannya muncul di hadapannya terus lupa tentang Areez. Lebar senyuman Adeena melihat kek coklat yang di buat oleh Elaine. Keluarga Harraz semakin rapat sehinggakan Adeena menggelarkan umi pada Elaine Dahlia.

"Wah!!! Sedap nya. Mummy jangan jealous Deena dapat kek." Sempat mukut becok itu mengomel tentang ibunya.

Baru sahaja mahu menyuap ke dalam mulutnya tiba-tiba kek itu di sambar oleh Ayden.

"Uncle!!!!!!!!! Bagi balik!!!!" Kali ini jeritan Adeena dua kali ganda daripada biasa.

"Ampun... Maaf Deena. Okay. Fine! Take it back. Slow down your voice little boo, baby Areez tengah tidur tu." Ayden mengurut dada Adeena supaya nafasnya kembali teratur.

Turun naik nafas Adeena menahan geram. Ayden dan papa Riz sama sahaja suka mengacau budak itu sampai menjerit seperti nenek lampir.

"Abang... Kenapa kacau budak tu. Ish! Anak awak jaga, malam ni jangan tidur dengan sayang eh. Pergi duduk bilik Areez tidur dengan dia." Ugut si isteri.

"Kalau kita ada anak perempuan mesti dia geng babah." Ringkas ayat itu meniti di bibir Ayden. Elaine hanya senyum.

"Sayang, abang ada teka teki. Dengar eh coklat apa tak boleh lari?" Soal Ayden. Dia harapakan ia membuatkan isterinya tersenyum lagi.

"Coklat cadbury." Jawab Elaine.

"Woi, nak kena tanam ke? Salah lain?"

"Coklat snickers"

"Itu coklat berkasut sukan. Sekarang soalan abang yang tak boleh lari sayang oi."

Elaine mengalah kali ini. Buat pertama kalinya dia kalah dalam soalan teka teki dari suaminya.

"Jawapan nya coklat toblerone (tak boleh run). Kah Kah..." Pecah tawa Ayden melihat wajah Elaine yang masih terpinga-pinga.

Ayden kembali berdiri di sebelah Elaine lalu mengambil sepotong kek yang sudah tersedia untuknya. Dia menyuapkan Elaine sedikit dan selebihnya dia habis kan tanpa memikirkan orang belakang. Sejak tahu isterinya pandai memasak, pelbagai alasan diberikan supaya isterinya terus mengambil alih untuk memasak. Namun Elaine tetap dengan pendiriannya, jika dia yang masak dia tidak akan makan jadinya sekarang Ayden perlu turut serta menolong di dapur supaya Elaine makan bersamanya.

 Namun Elaine tetap dengan pendiriannya, jika dia yang masak dia tidak akan makan jadinya sekarang Ayden perlu turut serta menolong di dapur supaya Elaine makan bersamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now