𝟚𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.2K 127 23
                                    

Sepanjang Ayden berada di hotel itu, tidak sekali pun dia melihat Elaine bersiar-siar di seluruh kawasan resort. Dia cuba mencari gadis itu namun tidak berjaya sehingga dia terjumpa satu kawasan yang begitu asing baginya. Tempat rahsia itu tidak seharusnya disembunyikan atau dirahsiakan oleh para pelancong yang menginap di sana kerana permandangannya begitu indah sekali.

Kawasan yang agak tenang dan nyaman. Dia berjalan ke seluruh kawasan lapang yang penuh bunga terutama bunga tulip.

'Bukan kah ini bunga kegemaran Elaine?'

'Cantik. Cantik seperti tuannya.' Dalam diam dia tersenyum kecil melihat bunga-bunga itu.

Dia berjalan sehingga ke hujung kawasan itu terdapat satu pondok kecil dan di situlah dia melihat Elaine Dahlia bersendirian. Ayden cuba mendekati gadis itu tetapi langkah nya terhenti kerana dia terdengar perbualan Elaine dan Hazran di telefon.

"Babe. Kau tahu tak Ayden datang hotel aku."

"What for?" Hazran tidak terkejut dengan pengakuan itu. Ayden sendiri sudah memberitahunya sebelum itu.

"Dia ada projek di sini dan sepatutnya dia berurusan dengan abang Emir tetapi abang Emir outstation. So aku lah yang menguruskan."

"Kau okay ke bekerja dengan dia?"

"Sejujurnya tidak. Entah lah Hazran. Sejak pertama kali kami bertemu aku tak pernah rasa selamat bila dia ada disisi aku. Dia hina aku. Bahasa dia kasar bila bercakap dengan aku."

"Lia, listen! Kau kena buang semua tu. Dia baik. Dengar cakap aku yang Ayden tak sejahat itu. Buka hati kau untuk terima dia sekurang-kurangnya sebagai kawan."

Mendengar keluhan hati Elaine membuatkan Ayden tekad untuk pergi buat selamanya. Mungkin inilah takdir Allah buat dirinya. Hatinya hancur apabila kata-kata itu keluar dari mulut Elaine. Sungguh dia tidak menyangka bahwa sebegitunya besar Elaine membenci dirinya. Walau apa pun dia harus terima kerana mulut badan binasa.

'Tsk... Tsk..'

"Ish bunyi apa tu?"

"Kenapa Lia?"

"Haz, we talk later. Aku rasa ada orang masuk taman aku. See you." Dia matikan talian di telefon dan segera keluar dari taman itu. Saat dia keluar tiada seorang pun yang berada di sekitar kawasan itu.

'Siapa yang berani masuk? Tak mungkin Ayden. Buat apa dia masuk ke sini? Apa tujuannya?' Tak mungkin dia tahu tempat ini?' Elaine berteka teki sendirian.

 Buat apa dia masuk ke sini? Apa tujuannya?' Tak mungkin dia tahu tempat ini?' Elaine berteka teki sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elaine mendail nombor telefon pembantu Ayden namun talian nya terputus. Dia cuba berkali-kali tetapi masih sama. Akhirnya dia akur dan terus mendail nombor telefon Ayden.

"Assalamualaikum Tuan Ayden. Maaf ganggu. Pekerja saya bagitahu yang Tuan dah balik betul ke? Bukankah Tuan Ayden nak sambung lagi 2 malam di sini?" Tanya Elaine.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now