𝟜𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.5K 148 21
                                    

Selepas kes tayar kereta Elaine hilang tidak tahu punca di mana, Ayden tidak mahu isterinya bergerak sendirian lagi. Dia mengupah bodyguard untuk menjaga Elaine kemana sahaja tanpa pengetahuan isterinya.

"Pakcik Oyen, hujung minggu ni Wina ajak saya pergi hiking. Boleh tak saya nak pergi?" Tanya Elaine.

Dia berharap Ayden akan izinkan dia pergi bersama Wina. Namun tekaan nya meleset. Ayden tidak membenarkan isterinya keluar tanpa dia bersamanya.

"Siapa lagi yang pergi?" Soal Ayden tanpa memandang wajah si isteri.

"Errr.. Wina ajak Imran dan Ryqal." Mendengar nama Imran, kepala Ayden terus menoleh Elaine yang berada di sebelahnya.

"Imran Kay?" Elaine angguk perlahan.

"Bunny, you kenal kan siapa Imran?" Elaine angguk lagi.

"Then you tak tegur adik kita supaya stop berhubungan dengan Imran?" Elaine tunduk takut ingin bertentang mata dengan Ayden. Garang tapi hot. Aduh!

Ayden berlalu pergi ke bilik Adlene untuk mendapatkan kepastian tentang Imran Kay.

"Apa yang kau cuba sembunyikan dari aku ni Wina?" Sergah Ayden di pintu biliknya.

"WHA-- WHAT'S WRONG?" Adlene memandang pelik melihat abang dan kakak iparnya.

"Pergi hiking dengan Imran Kay? Otak adik dah hilang ke?" Soalnya sinis.

"Lah pasal tu ke? Chill abang Dede, Imran tak sama macam kakak dia lah." Jawab Adlene tenang.

"Listen! Kalau Haura boleh hilang 5 tahun lepas gara-gara Emma, tak mustahil kali ini adik atau Dahlia akan jadi mangsa dia. Stop this activity or don't ever invite him. Full stop!" Arah Ayden.

"Abang Dede, Emma tak akan buat benda tu lagi lah." Cuba untuk menyedapkan hati.

"Why do you think that she would not mess around again after what happen before? I guess you forgot something, remember that I'm the one should be her future husband?" Sindir Ayden pada adiknya.

"I'll protect my wife. If she dare to touch my wife, I'll sent her direct to the hell." Ugut Ayden pada Adlene sebelum Elaine menarik lengan nya supaya bertenang. Ayden terus keluar meninggalkan dua gadis kesayangannya.

"Wina, akak minta maaf. Akak yang salah. Kalau Wina nak pergi, pergi jela. Akak tak ikut ya." Elaine serba salah dengan tindakan Ayden yang terlalu tegas pada adiknya.

"It's my fault. It's okay kak Yaya. Pergi lah pujuk abang Dede tu, dia masih marah pada keluarga Kay Hudson tu. Hiking ni kita tangguh dulu lah." Adlene tidak membalas apa yang di katakan oleh Ayden kerana dia sedar dia tidak sepatutnya berurusan lagi dengan Imran.

Ayden keluar dan duduk di tepi kolam renang sambil menghirup udara segar malam itu. Dia kesal dengan tingkah laku Adlene yang tidak henti-henti menyusahkan orang sekeliling. Adlene langsung tidak serik dengan apa yang telah berlaku padanya beberapa bulan lalu.

"Pakc... Pakcik Oyen.. Awa- Awak marah saya ke? Saya tak ikut pun aktiviti tu sebab awak tak izinkan. Tapi jangan lah marah Wina macam tu. Dia dah dewasa, tak perlu pun awak herdik dia macam awak herdik saya. Habis water face dia." Dalam takut dia tetap berani kan diri untuk memujuk suaminya yang masih tersisa emosi pada tindakan Adlene sebentar tadi.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now