Waktu untuk berlepas berbaki 20 minit lagi. Elaine dan Emir bergegas masuk untuk mencari tempat duduk masing-masing namun apa yang berlaku saat mereka tiba di tempat duduk itu, nombor yang tertera di situ ternyata bersebelahan dengan tempat duduk Ayden. Ini bermakna Elaine duduk di hujung iaitu tempat duduk 26A dan Ayden di sebelahnya 26B manakala Adlene pula berada di sebelah kanan Ayden.
"Ehem, Wina kalau awak duduk tengah sini boleh ke?" Beritahu Elaine perlahan.
"Mana-mana pergi mesti jumpa budak bendul ni. Huh! Semak! Memang dia je ke yang hidup sekarang ni?" Omel Ayden sendirian saat dia melihat Elaine di hadapannya.
Tangan nya laju menarik tali hoody kegemarannya lalu menutup seluruh wajah daripada melihat gadis disebelahnya.
"Tak mahu, Wina tak suka duduk dalam, sempit." Ujar Adlene.
"Kau apa hal tak nak duduk sebelah aku? Takut? Takut tidur dekat bahu aku?" Mulut pakcik Oyen ni kan sabar jela. Elaine hanya membalas dengan jelingan tajam.
"Pakcik Oyen tu bukan betul. Ingat saya nak sangat ke duduk sebelah pakcik Oyen! Sikit pun saya tak takut, entah-entah pakcik yang tidur dekat bahu saya nanti." Apabila mulutnya sudah mula bercakap agak sukar untuk diberhentikan.
"Saya ni bingung pakcik ni orang ke bukan." Sambung Elaine lagi.
Perjalanan mengambil masa selama 7 jam untuk tiba ke Abu Dhabi terasa seperti 20 tahun. Lama sungguh!
"Ehem! Kau nak makan apa? Ni acik ni tanya kau." Siku Ayden menolak tangan Elaine.
Acik???
Macam dia muda sangat kan. Lama dia tenung wajah ayu pramugari itu.
"S.... Saya nak ayam. Pastu saya nak air mineral dan coke." Banyak pula permintaan budak ni.
"Kau ingat ni warung ke? Banyak nya minta.Huh!" Dia mendengus kasar.
Selesai makan, Elaine merenung pemandangan diluar langit biru dan awan yang pelbagai bentuk.
Tanpa dia sedar, kepalanya sudah terlentok di bahu tegap milik Ayden. Entah kenapa Ayden langsung tidak marah mahupun menolak Aik! Dah suka ke pakcik Oyen? Atau pakcik Oyen ada muslihat lain??
7 jam perjalanan akhirnya mereka tiba dilapangan terbang Abu Dhabi. Terdengar pengumuman juruterbang membuatkan Elaine tersedar dari tidur yang lena. Terasa lenguh leher apabila kepalanya sudah terhempap dengan kepala Ayden.
Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya namun tangan Ayden lebih pantas menahan supaya kekal di bahunya.
"P... Pakcik Oyen, tepi lah sikit leher saya lenguh." Beritahu Elaine.
"Diam la aku nak tidur." Tanganya menahan kepala Elaine daripada bergerak.
"Pakcik nak tidur tu pakcik punya pasal lah. Sekarang ni pakcik Oyen atas kepala saya. Tepi la sikit." Dia cuba menolak tubuh Ayden ke tepi.
"Kau yang sibuk nak tidur atas bahu kan, Jadi kena tahan la aku hempap kepala kau." Jahat betul la orang tua ini.
Tidak lama kemudian, pramugari datang menegur Ayden supaya betulkan kedudukan kerana kapal terbang sudah sedia untuk mendarat. Akhirnya, kepala Elaine dilepaskan.
"Seronok lah tuh." Jelingan maut di hadiahkan pada gadis itu.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
RomanceKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...