𝟛𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.5K 136 59
                                    

Suasana pagi itu sungguh indah. Hari yang di tunggu kini sudah tiba. Kebahagiaan atau sebaliknya akan memihak kepada Elaine Dahlia selepas ini? Majlis pernikahannya akan berlangsung pada sebelah malam selepas maghrib. Siapakah gerangan jejaka yang di pilih oleh Julia Fendi.

"Umi, Lia nak tanya umi ada jemput keluarga Puan Sofea untuk majlis Lia ke?" Elaine ingin kan kepastian.

Dia tidak mahu kejadian lepas berulang kembali. Mana tidaknya Ayden hadir dan mengganggu majlis pernikahan abangnya.

"Majlis Lia, umi tak jemput mereka." Elaine menarik nafas lega.

"Lia tak nak tahu kenapa umi tak jemput?" Julia Fendi menyoal kembali.

"Malas Lia nak ambil tahu. Bukan urusan Lia pun." Begitu tenang dia menjawab.

"Tak nak tahu. Betul ke ni? Tak apa lah biar umi terus terang je. Umi tak jemput mereka sebab hari ini pun hari pernikahan Ayden bersama pasangan pilihan hatinya. Puan Sofea beritahu umi yang dia sedih bila Lia menolak lamaran Ayden untuk menggantikan tempat Hazran. Jadi Ayden minta Puan Sofea untuk carikan calon untuknya." Penjelasan Julia membuatkan Elaine hilang kata-kata.

"Kenapa diam? Lia tak tahu ke dia betul-betul ikhlas nak kahwin dengan Lia masa tu?" Elaine menggeleng kepalanya.

"Kalau Lia tahu, Lia nak kahwin dengan dia tak?" Elaine menggeleng lagi.

"Jodoh dia dah sampai dan Lia pun sama. Jadi umi harap jika kamu berdua bertemu jangan la bergaduh lagi. Masing-masing sudah ada kehidupan masing-masing. Jangan pernah simpan dendam dan benci pada manusia, hidup kita tak akan tenang selagi kita tak maafkan dia. Begitu juga hubungan Lia dan Haura. Okay?" Pesan Julia pada putrinya.

Elaine hanya membalas dengan senyuman hambar. Tidak lama kemudian dia menerima satu pesanan ringkas daripada seseorang.

Ting!

-Pakcik Tua Oyen-

'Tahniah untuk pernikahan kau hari ni. Aku doakan kau bahagia bersama pilihan hati kau. Aku minta maaf atas salah silap aku pada kau. Aku harap masih ada ruang untuk aku jadi kawan kau.'

Lama dia merenung skrin telefon itu sebelum membalas pesanan daripada pakcik Oyen.

'Tahniah juga untuk pakcik Oyen. Saya dengar kejap lagi pakcik bakal bernikah dengan pilihan hati pakcik Oyen. BE THE BEST HUSBAND! Saya minta maaf salah silap saya. Kosong-kosong eh pakcik.'

Tersenyum Ayden melihat mesej yang diterima itu.

'Haih!Petir, kau ni lucu lah. Tapi sayang aku tak boleh memiliki kau. Semoga kau bahagia dengan lelaki pilihan kau.' Bisik hati kecil Ayden.

Malam indah yang dihiasi dengan bunga putih di atas pelamin dan alunan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam indah yang dihiasi dengan bunga putih di atas pelamin dan alunan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Begitu indah sekali majlis pernikahan Elaine dan pasangannya.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now