"Lia, bangun sayang. Hari ni hari penting untuk Lia. Nak jadi isteri orang pun susah bangun lagi." Kejut Julia.
"Kenapa pula ni umi? Isteri orang? Siapa?" Terpisat-pisat wajahnya merenung Julia.
"Hari ini hari pertunangan Lia dan Hazran." Jelasnya lagi dengan senyuman orang bahagia.
"What!!!!! Kenapa tiba-tiba? Kenapa Lia tak tahu pun hal ni." Tersentak dibuatnya. Patutlah Hazran pulang ke Malaysia secara tiba-tiba.
"Dah pergi siap. Pihak Hazran akan sampai lepas zohor. Jangan lari pula ya." Ugut Julia. Dia cukup kenal anak gadisnya yang suka buat perkara di luar kotak.
Sepantas kilat Elaine bersiap, selesai mandi lama dia merenung baju yang kemas tergantung. Hazran tidak pernah tahu tentang baju ini. Bagaimana bisa baju ini boleh siap sekelip mata? Jubah putih yang ringkas hanya bermanik di pergelangan tangan serta di tengah-tengah dari bahagian atas hingga ke bawah cukup manis bila Elaine memakainya.
Dia menarik nafas panjang sebelum menyarung jubah itu. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Kenapa Hazran merahsiakan tentang pertunangan ini? Kenapa majlis ini seperti terburu-buru? Dalam masa yang sama, bagaimana perasaan Haura jika mengetahui tentang ini? Apakah dia sanggup mengkhianati sahabatnya sendiri?
-H.KAIN ALER-
'Babe sampai hati tak beritahu aku tentang kau merisik aku semalam. Dah la orang perempuan yang datang ke rumah pihak lelaki. Ceh!'
'Sayang, aku minta maaf sebab rahsiakan tentang ni daripada kau. Aku nak buat kejutan untuk kau. Kan aku dah janji untuk jaga kau, bahagiakan kau sampai bila-bila.'
'Aku faham maksud kau tetapi sekurang-kurangnya beritahu aku. Persiapan semua ala kadar je. Ini kan majlis kita.'
'Tunang je sayang. Aku memang nak buat ringkas je asalkan kita bertunang. Kau tak suka ke?'
'Suka kalau aku bertunang dengan kau tetapi jangan la macam ni. Banyak hati kita kena jaga Hazran.'
'Betul ke orang cakap kau pernah simpan perasaan pada aku'
'Kalau betul kenapa? Dan kalau salah pun kenapa?'
'Kalau betul maksudnya aku tidak bertepuk sebelah tangan sayang. Dan kalau salah aku tak peduli sebab cinta boleh di pupuk selepas kita nikah nanti.'
Elaine membiarkan perbualan itu tergantung sehingga selesai majlis pertunangan mereka. Dia pelik dengan kelakuan Hazran dua tiga hari kebelakangan ini. Hazran seperti menyembunyikan sesuatu darinya.
TOK!!!
TOK!!!
"Adik dah siap?" Jerit Emir dari luar.
"Masuk lah tak payah jerit-jerit." Dia mendegus perlahan.
"Wah cantik nya adik abang ni. Dah ready?"
"Abang, kenapa Hazran tak bagitahu yang dia nak bertunang dengan Lia?" Soal Elaine.
"Dia nak buat kejutan la kot. Kan adik cakap yang dia akan balik ke sini dan jaga adik. Dia pun sayang adik sampai mati kan?" Telah Emir.
Kini soalan itu mengganggu fikirannya.
"Kenapa??? Adik tak ada perasaan pada Hazran ke?"
"Bukan macam tu cuma semua ni tiba-tiba. Ke Hazran ada agenda lain?" Tekaan Elaine membuatkan Emir terfikir sesuatu.
"Agenda? Kenapa pula adik terfikir macam tu. Dia betul-betul dah move on daripada Haura la tu. Sekarang dia cuba buka hatinya untuk adik. Tak salahkan? It's your day. Jangan sedih lagi." Emir cuma menyakinkan adiknya daripada terus bersangka buruk terhadap Hazran.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
RomantikKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...