Ayden melangkah masuk ke rumah banglo itu dengan langkah yang lemah. Dia menyesal dengan perbuatanya terhadap Elaine Dahlia. Pasti selepas kejadian ini gadis itu akan membencinya sepenuh hati.
"Woi bro! Lemah semacam aku tengok kau ni. Semakin hari nampak semakin tua lah. Kahwin lah cepat sekurang-kurangnya ada orang boleh jaga pakcik tua ni. Keh keh!" Selamba sahaja suara petir Hazran menyapa di pintu utama.
"Pakcik tua kau panggil aku?" Dia mengangkat sebelah keningnya.
"Ayden, aku nak tanya sikit lah. Kau ada masalah ke dengan Elaine?" Suara Hazran kembali serius.
"Ma.. Mana ada masalah apa-apa dengan dia. If there anything wrong about the task given. I'll let her know. That it! Why?" Ayden mengelak untuk berterus terang.
"Kalau tak ada masalah kenapa perlu menengking dia di bilik meeting tadi? Hampir semua pekerja kau tengok perbalahan kau dan dia. Mana dia nak letak air muka dia. 5 bulan tahu! Ni hobi baru kau ke malukan orang depan khalayak ramai?" Herdik Hazran. Dia sudah lama menahan sabar.
"Eh relax lah. Benda dah selesai kot. Yang kau nak mengamuk dengan aku ni kenapa?" Ayden menjawab acuh tak acuh sahaja.
"Cuba Adlene Darwina di tempat Elaine? What do you feel when people talking shit about your sister? They assult her but Wina doesn't do anything wrong. How do you feel Adyen Darhwish?" Hazran tidak dapat mengawal emosinya.
Ikutkan hati mahu sahaja buku lima ini mendarat di wajah Ayden. Riak muka Ayden masih bersahaja. Ayden terus berlalu pergi meninggalkan Hazran di bawah sendirian.
"Tak guna kau bising-bising. Ayden Darhwish, tak kan kau tak kenal siapa jejaka paling egois dalam dunia." Satu suara menyinggah kesunyian ruang tamu itu. Hazran menoleh ke arah suara itu.
"Wina kau dari mana? Semalam kau tak balik kan?" Dia menyoal seraya Adlene melangkah masuk ke dalam.
"Hazran, Wina mak Munah dah masak kalau nak makan panggil ya. Mak Munah nak masuk solat kejap." Mereka angguk mengerti perminta pembantu rumah nya.
Sejak kecil lagi Adlene Darwina memang jarang bersama mummy dan daddy nya. Dia lebih banyak habiskan masa bersama Hazran dan pembantu rumahnya, Mak Munah dan pak Jabit. Sejak Ayden memalukan Elaine di khalayak ramai tempoh hari dia mula berperang dingin dengan abangnya. Adlene memberontak sehingga sanggup menggadaikan maruahnya.
"Wina kau jangan macam ni boleh tak. Cukup la tak kan sebab Ayden kau sanggup gadai maruah kau?" Pujuk Hazran.
"Aku tak jual diri lah. Cuma aku bengang abang aku sanggup berkasar dengan wanita." Dia bentak tanda protes.
"Babe, listen here. Your friends is a nice person please take a good care of her. Jangan biarkan abang Ayden hancurkan dia. Kau perlu lindungi dia. Siapa nama kakak comel tu. Ell... Allien. Eh silap.." Ujar nya lagi. Lupa pula nama kakak cantik itu.
"Elaine Dahlia lah Darwina!!" Hazran menyampuk membetulkan nama sebenar Elaine.
"Haaa kak Elaine Dahlia. Sudah cantik dengan mata coklat nya, mukanya manis sekali walaupun awalnya aku tengok dia macam kakak kawasan tetapi aku tahu dia seorang yang sangat baik." Hujah Adlene.
Sepertinya Adlene Darwina menyukai Elaine Dahlia. Mungkin sahabatnya boleh membantu Adlene Darwina dan bawa ke jalan yang benar.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
RomanceKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...