𝟚𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.6K 164 67
                                    

Tercengang Elaine dan Emir melihat tetamu yang berada di halaman rumah mereka. Apa tujuan mereka ke mari? Trademark Elaine 'mana pergi otak dia masa tu?' Dia sendiri bingung dengan kehadiran bekas majikannya itu.

Sejak dia diberhentikan dari syarikat ternama itu, tidak pernah sekali pun dia mendengar khabar tentang pasangan ini. Tahu-tahu sudah ada depan rumahnya.

"Tuan Zack Fakri? Puan Sofea Hana? Ma.. Maaf tapi apa hajat Tuan dan Puan ke mari?"

"Dahlia tak sudi ke jemput kami masuk ke rumah dulu?" Sapa Puan Sofea.

"Sa... Saya ada buat salah ke? Setahu saya, saya tidak mengganggu keluarga Tuan Zack dan Puan Sofea." Jawabnya sinis.

"Kak Yaya tujuan kami datang ni untuk meminta maaf atas apa yang berlaku pada akak dan kehadiran kami yang kedua sebenarnya ada hajat." Adlene mencelah.

"Err... Ma.. Masuk?? Oh kejap saya panggil umi saya." Dia berlari mendapat kan Julia di dapur manakala Emir masih lagi berdiri di pintu masuk. Lagaknya seperti tidak menyukai pasangan itu.

Apa yang dilalui oleh Elaine sewaktu bekerja di syarikat mereka membuatkan dia mula membenci keluarga itu. Seorang ketua atau lebih mesra sebagai majikan tidak seharusnya membuang pekerja dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Itu sama sahaja seperti berat sebelah.

"Umi... Umi.. Ada tetamu. Lia bagi mereka masuk eh?" Terkocoh-kocoh Elaine berlari mendapatkan uminya.

"Siapa tu sayang?"

"Adlene satu family. Boleh ke umi?" Bisik Elaine perlahan takut pula perbualan mereka di dengar.

"Tetamu datang tu kan rezeki. Jemput mereka masuk nanti buat kan air dan keluarkan kuih yang umi buat ni ya."

"Baik..." Elaine hanya menurut perintah.

"Tuan Zack jemput masuk. Maaf la rumah saya ni biasa saja takut tuan dan puan tidak selesa pula." Sejak peristiwa lalu Elaine sentiasa meletakkan dirinya ditempat selayaknya seperti yang Ayden gelarkan dia sebagai gadis malang. Mulutnya tidak pernah berhenti menyedarkan dirinya supaya berpijak di bumi yang nyata.

Riak wajah mereka sekeluarga berubah mana tidaknya kata-kata Elaine begitu menusuk ke kalbu. Puan Sofea sedar bahwa kelakuan anak bujangnya sudah keterlaluan.

"Haish apa cakap macam tu Dahlia. Kami pun pernah susah dulu kan darling." Tuan Zack mengangguk tanda setuju dengan isterinya.

Tidak lama kemudian Julia muncul dari dapur terus melulu ke arah Puan Sofea untuk bersalaman. Tampak mereka mesra seperti sudah mengenali satu sama lain sebelum ini.

"Boleh saya tahu ada urusan apa uncle datang ke rumah kami secara tiba-tiba?" Celah Emir sambil memeluk tubuh di sebelah Elaine.

"Ish! Emir kenapa cakap macam tu dekat tetamu kita. Umi tak ajar kamu untuk biadap dengan tetamu ya." Tegur Julia dengan nada perlahan. Emir mengambil tempat di sisi Elaine.

"It's okay Julia, kami pun datang mengejut sangat ni." Jelas Puan Sofea Hana

"Maaf lah kami sempat buat kuih saja. Kalau bagitahu awal boleh saya siapkan makan malam sekali." Tutur Julia dengan penuh santun.

"Eh tak perlu susah-susah, sebenarnya saya dan suami datang untuk minta maaf pada Dahlia di atas ketidakadilan kami sewaktu Dahlia melakukan latihan praktikal di syarikat kami. Kami tahu jauh di sudut hati masih bencikan kami berdua termasuk Ayden. Tapi percayalah kami menyesal buang kamu sewaktu itu. Puan Safiya yang datang pada kami dan jelaskan bahawa etika kerja kamu sangat baik di syarikatnya." Panjang lebar Puan Sofea menjelaskan segalanya.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now