Dua minggu sebelum bermula latihan industri...
"Kain aler!! Kau pergi mana hah! Aku cari semua tempat tak ada? Oh jumpa crush baru eh?" Suara lantang Elaine memenuhi ruang student lounge itu.
"Shhhh slow sikit Lia, kantoi la gila kalau dia dengar nanti macam mana? Tak pasal-pasal aku kena reject lagi." Hazran Dayler sudah mula cuak mendengar jeritan Elaine.
"Siapa yang malang tu?" Elaine menjongkitkan kan keningnya ingin tahu.
"Kenapa aku tidak layak ke untuk rasa bahagia?" Dia mengerling ke arah Elaine yang sedang membelek helaian buku rujukannya.
"Hmm. Nothing. Kalau kau ada buah hati mesti lepas ni aku lonely!" Ucapnya perlahan.
Hazran menarik tubuh Elaine supaya menghadap dirinya. Dia memandang tepat pada anak mata yang berwarna coklat milik Elaine Dahlia.
"Listen! Whatever happen I'll always with you. No matter what my duo petir" Ucap Hazran dengan penuh perasaan.
Dia mencuit hidung mancung gadis itu lalu menggenggam erat kekura tangan gadis itu. Elaine sudah mula rasa tidak selesa. Dia terpinga-pinga dengan kelakuan sahabatnya itu. Melihat tingkah laku Elaine seperti tidak selesa, Hazran terus melepaskan genggaman itu.
'Mamat ni tengah belajar nak tackle perempuan ke? Sampai aku sekali cair dengan ayat dia.'
Dia cuba mengubah suasana supaya tidak melarat lebih jauh. Ghisau kita!
"Weh kau tahu tak semua orang dah dapat tempat praktikal. Kita bila? Kau ni lembab la buat kerja." Dia menyeloroh ke arah Hazran yang masih fokus dengan komputer ribanya.
Elaine menongkat dagu sambil memandang wajah tampan Hazran.
'Mamat ini kan sebenarnya baik, kacak dan wajahnya cukup tenang apabila melihatnya. Nak pula anak matanya yang berwarna hazel kerana mempunyai darah kacukan mat saleh. Aduh! Cair aku melihatnya. Tetapi kenapa aku tidak pernah rasa berdebar bila bersamanya?' bisik hati nakal Elaine.
"Sudah habis menilik seluruh wajah aku?" Soal Hazran.
"Err.. Ma... Mana ada lah. Perasan lah kau ni!" Dia cuba mengelak dari ketahuan.
"Anyway, tahu lah kawan aku ni sentiasa dekan setiap semester tetapi kau kena sedar Lia, kau pun ada masa lembab juga." Dia membalas tanpa berfikir panjang.
"Macam ni aku ada jumpa satu syarikat ni tetapi dia perlukan seorang je. Jadi di sebabkan aku pandai aku setuju untuk ke sana. Kau? Cari lah sendiri" Elaine bergalak seperti sudah menerima surat tawaran itu.
"Setan kau, Lia. Aku sumpah kau kahwin dengan mana-mana bos yang akan menjadi tempat praktikal nanti. Mulut aku ini masin." Dia geram dengan sahabatnya yang sengaja mencari tanpa pengetahuannya.
"Kau mesti sengaja cakap macam tu kan sebab kau tahu sesuatu daripada abang Emir kan." Muka Elaine sudah mula mencuka. Bila diingat kembali syarat Emir, susah sangat kahwin dengan kain aler ni.
"Err mana ada. Aku main cakap je. Alah kalau sampai hujung semester ni tak jumpa, kahwin dengan aku jela. Aku je yang boleh jaga kau selain abang Emir. Cewah!!" Mamat kain aler ni boleh tahan perasan juga kan.
"Kalau memang tinggal kau seorang je mungkin aku ambil. Tapi kalau bos tu handsome teruk dari kau. Minta maaf beb. Kau orang pertama aku tolak tepi sebab..."
"Iya la aku sedar lah aku ni anak yatim piatu. Siapa la nak kat aku ni kan. Sudah la ada kacukan 'mix coco', perempuan sekarang mana pandang mata hazel macam aku." Dia menunduk lemah. Perempuan sekarang banyak yang selek.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
Любовные романыKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...