𝟝𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.2K 117 45
                                    

3 bulan kemudian.....

"Abang! Sini lah kejap sayang nak tunjuk sesuatu pada abang." Panggil Elaine dengan nada riang sekali.

"Apa dia sayang." Sahut Ayden lembut.

"Abang tengok gajah ni kan. Dia besarkan?" Ayden angguk laju.

"Sayang ada teka teki. Kenapa 5 ekor gajah naik sampan tak tenggelam." Terangkat kedua-dua kening Elaine sambil merangkul batang leher Ayden.

"Sayang agak-agak lah gajah kot naik sampan. Bukan tenggelam je tau. Sampan terus pecah macam kapal titanic." Ayden garu kepala dengan soalan teka-teki daripada isterinya.

"Abang ni tak bijak lah. Nanti little bunny keluar sayang suruh dia masuk team sayang sebab umi dia bijak tak macam babah dia." Perli Elaine

"Kejap bagi abang fikir, main anak eh. Fine kenapa sampan tak tenggelam sebab sampan tu di perbuat daripada besi tahan lasak ke." Amboi Ayden agak-agak la jawapannya pun.

"Salah cukcam aye." Elaine kenyit sebelah mata.

"SAYANG BAIK BAGITAHU JAWAPAN KALAU TIDAK MALAM NI SAYANG TIDUR DEKAT SOFA." Ayden merajuk kerana semua jawapan yang diberikan tidak tepat.

"Alololo sayang pula yang tidur dekat sofa eh? Okay lah cukcam saya, jawapan dia tak tenggelam sebab dia masukkan ekor je bukan badan pun. Apa lah cukcam Oyen saya ni." Dia menggomol pipi Ayden.

"Macam tu je sayang gula-gula kan abang eh." Kekura tangannya cepat menarik hujung hidung isterinya.

Ayden begitu senang dengan keadaan sekarang, bahagia apabila emosi isteri tidak terganggu oleh hal yang tidak berfaedah. Dia akan berusaha sehabisnya untuk membahagiakan Elaine.

Hari demi hari Ayden lebih banyak menghabiskan waktu yang terluang di rumah bersama isterinya. Memandangkan Elaine sedang menunggu hari untuk melahirkan zuriat mereka yang sulung, segala persiapan sudah dipersiapkan oleh umi dan ibu mertuanya.

Awal pagi Ayden sudah bersiap untuk berangkat ke pejabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal pagi Ayden sudah bersiap untuk berangkat ke pejabat. Berat hatinya untuk meninggalkan isteri tercinta. Maklumla sudah dapat lampu hijau kan. Dia sudah merancang untuk membuat kejutan untuk Elaine di hari ualng tahun perkahwinan mereka tidak lama lagi. Semuanya sudah di atur cantik.

"Sayang, abang pergi kerja dulu ya. Jangan tidur pula lepas subuh ni." Pamit encik suami.

"Err... Abang kalau sayang nak keluar boleh tak?" Tanya Elaine penuh sopan.

"Sekarang ni musim hujan, sayang jangan la keluar sendiri takut hanyut pula dekat hati abang.." Ucap Ayden selamba.

"Arkk... Apa benda kau ni. Kau ni apa? Kau duduk sini ke? Washo washo ustaz Adam." Yang isteri pun entah bila nak normal.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now