𝟛𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.4K 145 29
                                    

Keputusan telah di buat. Kini Elaine sudah bebas daripada ikatan pertunangannya dengan Hazran. Walau bagaimana pun, Julia dan Emir khuatir jika Elaine mengalami tekanan perasaan dan trauma untuk berkenalan dengan seseorang selepas ini. Mereka cuba mencari jalan penyelesaian supaya putrinya kembali ceria seperti dulu.

"Lia, tak nak buka hati untuk terima orang baru ke?" Julia menyapa putrinya yang masih mengelamun sendirian.

"Kenapa? Umi nak kenal kan seseorang dengan Lia ke?" Keningnya terjongkit seakan terhidu sesuatu yang aneh pada uminya.

"Kalau umi ada calon, Lia sudi ke?" Soalan Julia membuatkan Elaine terdiam seketika.

"Umi, buat masa sekarang Lia tak perlu kan pasangan dan Lia masih perlukan masa untuk terima semua ini. Luka di hati pun belum sembuh lagi." Balasnya mendatar.

"Umi tak suka tengok kamu bersedih macam ni. Kamu bukan orang yang lemah macam ni Dahlia. Walid kan selalu cakap princess dia kuat. Lia sanggup ke buat kami semua sedih melihat keadaan Lia macam ni?" Julia menggunakan Jebat untuk melihat anaknya kembali kuat seperti dulu.

"Macam ni la umi. Dulu Lia pilih sendiri tetapi terhenti di tengah jalan. Jadi kali ini, siapa pun pilihan umi Lia akan terima. Tapi Lia tak mahu ta'aruf dengan dia sehingga hari pernikahan itu nanti. Umi jangan cakap orang tu Hazran ya. Lia lari rumah nanti. Lia percaya dengan pilihan umi." Ugut Elaine.

"Lia betul ke ni? Umi tak paksa Lia untuk nikah. Cuma umi tak mahu lihat anak umi bersedih macam ni. Lia kena redha dengan takdir Allah untuk Lia. Pasti ada kemanisan di akhir nanti." Jelas Julia yang sudah tersenyum bahagia dengan keputusan putrinya.

"Betul umi. Lia yakin semua ini pasti ada hikmahnya. Lia sayang kan umi dengan abang Emir. Kali ini Lia serahkan semua pada umi." Ucapnya.

"Jangan risau. Umi pun nak buat majlis nikah sedarhana sahaja. Tak perlu glam sangat pun. Kalau anak umi setuju, keluarga pihak lelaki akan datang dalam waktu terdekat ni." Jelas Julia lagi. Elaine mengangguk perlahan.

Seperti yang dijanjikan, hari ini adalah hari terakhir dia akan bertemu Hazran sebelum mereka membuat haluan masing-masing.

"Lia, thanks sebab sudi jumpa aku."

"Ada urusan apa kau nak jumpa ni?" Elaine mengambil tempat di hadapan jejaka itu.

"Aku nak minta maaf atas apa yang berlaku antara kita. Ya aku masih cintakan Haura sehingga la hari di mana dia hilang. Dan sejak ketiadaan Haura aku dapat rasakan yang aku sudah mula sayang pada kau. Ya la kita buat semua benda bersama. Segala masalah kita kongsi bersama. Bukan niat aku nak buang dia dari hidup aku cuma 5 tahun bukan jangka masa pendek. Lama aku tutup hati aku dari mencintai orang lain selain dia." Dia menjelaskan satu persatu.

"Teruskan.."

"Selepas 5 tahun, hari di mana aku ingin melamar kau untuk menjadi suri hati aku tiba-tiba Haura muncul depan kita, hati aku mula berbolak balik. Aku keliru dengan perasaan aku waktu itu. Aku minta maaf Lia. Hati aku kembali terubat dengan kehadiran dia tetapi semua itu berubah apabila dia fitnah kita berdua ada hubungan." Hazran begitu tulus menjelaskan segalanya.

"Ada lagi?"

"Bila semua terbongkar tentang kehilangan Haura berpunca daripada Emma Kay memfitnah kita berdua, hati aku jadi marah dan benci pada dia. Aku nak buktikan pada dia apa yang dia fitnah tentang kau dan aku menjadi realiti. Itu lah punca aku nekad untuk memperisterikan kau sebab aku nak buktikan pada dia yang kau layak untuk bahagia. Aku nak jaga kau. Aku tak mahu kau kecewa dan sedih lagi."

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now