𝟝𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

1.9K 98 26
                                    

Berkali-kali Elaine memohon maaf sebelum tawa bergema di dalam kereta itu. Ayden masih melopong dengan tawa Elaine semakin kuat.

'Apahal dengan muka aku ni!' Bisik hati kecil Ayden.

"KAH KAH KAH!!!!!! A.. Ab.. Abang sorry. Sorry sayang ketawa dulu. Meh sini sayang cukcam Oyen kesayangan saya meh." Elaine menarik tangan Ayden supaya mendekati dirinya. Tawanya masih bersisa. Alahai cik suami maaf kan isterimu yang tingtong ini.

"Kenapaaa.. Sayang gelak. Tak baik sayang. Berdosa tau." Ayden sudah mula merungut geram.

"Meh cukcam sayang. Tengok cermin ni. Abang tak rasa apa-apa ke dari kita keluar rumah tadi?" Tanya Elaine.

Terkejut Ayden melihat wajahnya penuh warna hijau. Cidden (Biar betul)!!!

"Abang ni nasib handsome sado kalau abang chubby boleh kawan dengan shrek. Ha ha ha ha." Ejek Elaine selamba. Ketawa Elaine terbahak-bahak melihat wajah lucu suaminya.

"Eiii. Sayang malu abang tahu tak! Dah abang nak merajuk 2 saat. Jangan cakap dengan abang. Huh!" Ayden terus pandang ke hadapan sambil peluk tubuh.

"Tetttt... 2 saat anda sudah tamat. Cepat drive! Sayang lapar nak makan buah anggur hijau shine masked." Elaine memang tak makan saman.

Sebelum bergerak, dia singgah ke stesen minyak untuk membersihkan wajahnya yang penuh mask itu.

Ayden diam membatu tidak menjawab mahupun membalas apa yang di katakan oleh si isteri.

Permintaan Elaine diturutkan. Tiba di Jaya Grocer, tanpa menyuruh isterinya turun dia terus berlalu pergi. Tidak lama selepas itu, Ayden muncul bersama plastik putih berisi buah anggur. Elaine bersorak riang seperti kanak-kanak.

Elaine mendekati suaminya yang sejak pulang petang tadi, Ayden hanya diam membisu.

"Cukcam, abang... Oooo... Abang. Marah sayang ke?" Elaine merangkul lengan sasa suaminya di sisi.

"Sayang dah baca surah?" Kita yang tanya dulu kan. Elaine mengerut dahi.

"Abang tanya sayang dah habis baca surah?" Nada suara Ayden masih lembut. Elaine hanya geleng kepalanya.

"Bangun sekarang ambil wuduk duduk sini dengan abang kita baca sama-sama." Elaine masih diam di sebelah Ayden.

"Tengok tu salah sayang sendiri lepas tu dia nak merajuk dengan abang pula." Ayden meleraikan pelukan Elaine.

"Abang tak sayang Lia kan? Dah la Lia nak duduk dekat peti sejuk." Baru sahaja dia angkat punggungnya untuk berdiri, tangan Ayden sudah menahan langkahnya.

"Ingat batu belah batu bertangkup ke. Come here sayang. Abang tak pernah marah pada sayang. Cuma malu la abang bila orang semua tengok abang tadi. Sebenarnya tercuit juga hati abang masa nak basuh muka tetapi abang sengaja nak merajuk dengan sayang." Di cuit hidung mancung isterinya supaya amarahnya turun.

"Comel kan! Abang je yang tak suka apa yang sayang buat huh!"

"Jangan selalu sangat macam ni Elaine Dahlia. Terkenan dekat anak susah abang dengan sayang nak jaga. Nanti ada little bunny kuasa dua macam Adriana dengan Adeena habis la abang." Pesanan Ayden di terima baik. Elaine bukan seperti dulu lagi. Nak jadi mak orang kena la berubah sikit kan.

Elaine sengih minta di manja. Mengada betul. Si suami pun melayan kerenah isterinya. Dua-dua masuk air.

"Abang, sayang nak tanya ni. Are you Isha'?" Mula lah pickup line dia.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now