𝟞𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.3K 121 51
                                    

Hampir dua minggu Elaine merajuk dengan Ayden. Encik suami sudah menanggung rindu yang teramat bukan sahaja rindu pada isterinya tetapi pada anak nya juga.

Pintu di ketuk berkali-kali namun tidak ada jawapan dari dalam. Dia tekad untuk buka juga. Kali ini, apa nak jadi jadi lah. Hubungan mereka harus di perbaiki sebelum ia melarat lebih jauh.

TOK!!!

TOK!!!

"Sayang, abang masuk ni tau!" Panggil Ayden dari luar bilik.

Tanpa berlengah lagi, Ayden terus meluru masuk ke dalam. Dia sangkakan hati Elaine begitu keras sehingga langsung tidak mahu bersua muka dengannya namun tekaannya meleset kerana ketika Ayden melangkah masuk, beberapa helai baju Ayden berada di atas katil bersama anaknya dan sehelai lagi sedang dipeluk erat oleh Elaine.

Elaine memanggil-manggil suaminya kerana terlalu rindu.

"Abang....."

"Abang....."

"I'm sorry....."

"Ya Allah sayang, what happen?" Dia terus memangku tubuh isterinya di pehanya.

"Panas badan sayang ni. Baby kenapa dengan umi?" Sekilas dia memandang wajah putranya di sebelah Elaine.

Anak kecil itu masih tenang di sisi ibunya.

"Abang.... Lia rindu abang.... Lia minta maaf sebab halau abang.." Ucap Elaine denga suara terketar-ketar.

"Sayang dah makan ke belum ni?" Elaine angguk perlahan.

"Kalau dah makan kenapa sampai badan ni panas?" Soal Ayden dengan nada naik seoktaf.

"Errr.. Lia rindu dekat abang. Lia minta maaf sebab biadap dengan abang." Dia terus memeluk erat tubuh suaminya tanpa segan silu.

Ayden tertawa kecil melihat tindakan isterinya itu. Itu lah berlagak lagi dengan suami.

"Tapi... Abang tak rindu sayang pun." Ayden sengaja mengusik isterinya. Berubah terus riak wajah Elaine saat mendengar kata-kata itu.

"Abang jahat.... Lia rindu abang jadi abang kena la rindu Lia juga." Berkali-kali dia memukul dada bidang suaminya.

TIdak lama kemudian Ayden membalas pelukan isterinya begitu erat sekali.

"Ya sayang!!! Abang rindu dekat isteri abang ni sangat-sangat. Kalau sayang tidur peluk anak dengan baju abang. Abang lagi derita tau peluk baju je.. Hmm..." Dicuit hidung mancung Elaine supaya kembalikan senyuman gadis itu semula.

"Baby bunny, jangan macam umi tau dia kaki drama. Malam ni abang tidur sini boleh?" Elaine angguk laju. Rindu sangat nampak gayanya ni.

"Sayang dengar ni, abang dah lama tak main pantun pickup line dengan sayang."

"Tell me! Mana tahu boleh kebahkan demam sayang ni ke."

"Ada dekat sini, ada dekat sana. Ikan siakap dalam buah kelapa. Orang kata dalam dunia ni tak ada yang sempurna habis tu yang depan abang ni apa?" Elaine terus tersipu malu mendengar pickup line dari suaminya.

"Okay sayang nak balas pulak." Teruja sungguh di bila suami di depan mata. Elaine membetulkan kedudukannya lalu meletakkan anak kecil di sisinya.

"Silakan bunny!"

"Pergi ke pulau di siang hari mencari tembakau, tembakau di kirim oleh Emir dan juga mak ude. Kalau dalam dunia ni abang rasa tak ada siapa yang sayang kan abang, apa kata abang ambil cermin dan lihat. Pasti abang tahu sebenarnya sayang la orangnya." Wajah Ayden mula kemerahan menahan malu.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now