Dengan bantuan Rudy, bukti pasal Alicia mula muncul, dari kecil hingga besar, tetapi malangnya dia tak mahu memberitahunya kepada Ali.
Bukan tanpa sebab dia melakukan itu, dia tak mahu membuatkan Ali risau, kerana sejak kehilangan Alicia, Ali tak berhenti merisaukan gadis tu setiap saat.
7 tahun kemudian.
Tak sangka, masa berlalu begitu pantas, beberapa tahun telah berlalu, semuanya telah banyak berubah, terutamanya semua Ejen Muda.
Di sebuah kolej di bandar Cyberaya, terdapat seorang lelaki berbadan sasa dan kelihatan kacak sedang duduk santai kat kantin sambil melihat telefon bimbitnya, dan lelaki itu ialah Ali, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Ali telah banyak berubah, dia menjadi seorang Ejen yang sangat baik, tak macam dulu.
Walaupun dah beberapa tahun, dia masih sangat merindui Alicia, jelas kelihatan di telefon bimbitnya yang memaparkan gambar Alicia.
Ali : Alicia, Kat mana kau? Beberapa tahun dah berlalu, tetapi aku masih belum jumpa kau, Kat mana kau Alicia?
Khai : jangan risau.
Dari jauh dia nampak Khai, Iman dan Moon yang juga sedang menuntut ilmu kat situ mula menghampirinya sambil tersenyum.
Bukan mereka bertiga sahaja, tetapi semua Ejen Muda juga belajar kat sana
Khai : aku pasti suatu hari nanti kau akan jumpa Alicia.
Moon : ya Ali, aku juga percaya hari tu akan tiba.
Iman : awak cuma perlu bersabar okay?
Mendengar kawan-kawannya berkata begitu membuatkan Ali mula tersenyum semula.
Ali : hehe! Terima kasih kawan-kawan.
Tak jauh dari tempat Ali berada, Rudy terus memerhatinya dengan penuh kasihan, dia betul-betul nak membantu Ali mencari Alicia, tetapi malangnya dia tak tahu kat mana gadis itu berada.
Rudy : Kat mana kau Alicia? Kembalilah, Ali sangat merindui kau.
Dari poketnya dia mengeluarkan pisau kecil yang dibelinya kat kedai tempat Alicia kali terakhir dilihat.
Rudy : aku nak tolong kau, Ali, tetapi aku tak tahu kat mana dia berada.
Jet : kau pasti dia masih kat Bandar Cyberaya?
Rudy tengok Jet mula menghampirinya.
Jet : tapi dah 7 tahun kejadian tu, kau pasti Alicia masih berada kat bandar Cyberaya?
Rudy : tak kira berapa lama, aku masih percaya dia masih berada kat bandar Cyberaya dan sedang bersiap sedia untuk melaksanakan rancangannya, walaupun rancangannya tu akan berlaku, tugas kita adalah untuk menghentikannya!
Dia segera memasukkan semula pisau kecilnya ke dalam poketnya, Rudy seolah-olah tahu apa yang akan berlaku seterusnya, tak tahu apa yang Alicia rancangkan, kat mana dia berada, kawan-kawannya sentiasa menunggu kepulangannya, walaupun kini dia mungkin berubah 180° dari dirinya dahulu.
Selepas beberapa jam, tak sangka dah hampir malam, Ali bersama Khai, Iman dan Moon sedang berdiri di persimpangan-T berhampiran sebuah lorong, mereka selalu berbual ringkas di sana sebelum berpisah untuk pulang.
Khai : Ali, kalau ada apa-apa, kau bagi tahu kitorang okay? Kitorang akan sentiasa membantu kau.
Iman : ya Ali, kitorang sedia membantu awak, awak bertenang okay?
Ali : hehe! Ya kawan-kawan, aku pasti akan bagi tahu korang, sekarang saya perlu balik, bye!
Khai : bye!
YOU ARE READING
Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)
FanfictionWARNING 13+ : BLOODY, FIGHTING, ALILICIA, ROMANCE! Ali benar-benar berasa kehilangan apabila mendapat tahu Alicia pergi tanpa khabar berita entah ke mana, kerana peristiwa gelap telah berlaku, Alicia pergi dan melupakan segala-galanya, begitu juga M...