21. My wife, Alicia

547 15 2
                                    

Lepas dengar Alicia mengandung, Ali sangat gembira, selepas beberapa bulan perkahwinan diorang, akhirnya Ali dan Alicia dikurniakan zuriat hasil perkahwinan diorang.

3 Bulan Kemudian.

Cepat sungguh masa berlalu, kandungan Alicia dah masuk 3 bulan, perut dia makin membesar, dan Alhamdulillah baby dalam kandungan dah membesar dengan baik.

Kini Alicia berada di dapur, dia baru selesai menyediakan sarapan untuk suami dan bapa mertuanya.

Alicia : siap pun!

Ali : Alicia.

Nampak Ali yang berpakaian dah kemas masuk kat dapur sambil tersenyum dan mula menghampiri isterinya, dia memberikan kucupan ringan tepat kat bibir mungil Alicia, selepas tu Ali mula mengusap perut isterinya perlahan-lahan.

Ali : dia dah besar cepat ya? Tak sabar nak tengok dia! Hehe!

Alicia : hehe! Aku pun, dan sekarang makan, aku dah sediakan makanan kegemaran kau.

Ali : okay, oh! Hampir terlupa, aku dapat mesej dari Rudy bahawa dia menjemput kita kat majlis perkahwinannya.

Alicia : eh?! Rudy? Kahwin? Dengan siapa?

Ali : katanya dengan Iman.

Alicia : wah! Akhirnya Iman kahwin juga! Kita mesti bagi dia hadiah istimewa! Sebab nak balas budi dia bagi baju pengantin yang cantik.

Ali : hehe! Berkenaan majlis malam ni, kita boleh cari hadiah lepas aku balik kerja okay?

Alicia : hehe! Okay!

Entah apa yang Ali dan Alicia nak hadiahkan untuk Rudy dan Iman, yang penting diorang nak hadiahkan sesuatu yang istimewa, sebab bukan Rudy dan Iman, Ali dan Alicia takkan bersatu.

Rudy pernah tolong Ali dapatkan Alicia balik masa Alicia jadi Wanita Bertopeng, manakala Iman pernah menghadiahkan gaun pengantin yang cantik kepada Alicia.

Ali dan Alicia nak balas budi diorang berdua.

Dan pada tengah hari, Ali masih bekerja kat pejabat, manakala Alicia sendiri berada kat rumah membersihkan bilik dia dan Ali.

Sebelum kat pejabat, Ali menasihati isterinya supaya tak membuat kerja berat, takut sesuatu terjadi pada anak dalam kandungan Alicia, semasa sedang membersihkan bilik dia dan Ali, Alicia melihat dirinya kat cermin, dia nampak rambut dia dah panjang sangat ke belakang.

Alicia : panjang juga rupanya rambut aku ya? Hm?

Berhampiran meja kat sebelahnya, Alicia ternampak bingkai dengan gambar semasa dia masih kat SRT.

Alicia ambil frame tu untuk tengok sekejap, dia mula tersenyum melihat dirinya masih bersekolah dulu, memang dia dengan Ali dah rapat sangat, bila nampak gambar tu, Alicia ada idea nak potong rambut saja.

Alicia : macam mana kalau aku potong rambut je? Gaya rambut macam zaman sekolah dulu? Hehe! Terkejut Ali nanti!

Dengan mengambil gunting dalam laci meja, Alicia dah siap potong rambut.

Alicia : ok, semoga baik.

Dia mula potong rambut perlahan-lahan, dia harap Ali suka nanti.

Beberapa jam kemudian, dah petang, nampak Ali baru balik dari kerja.

Ali : Assalamualaikum Alicia!

Alicia yang baru turun dari tingkat atas segera menghampiri suaminya.

Alicia : Waalaikumsalam.

Terbeliak mata Ali tengok penampilan baru isterinya, penampilan yang membuatkan dia teringat zaman sekolah dulu.

Ali : Alicia? Ni betul-betul kau ke?

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now