10. Will You Marry Me?

563 24 28
                                    

Selepas mengetahui kebenaran, Alicia betul-betul rasa bersalah dengan segala perbuatannya, dan mujur semua Ejen dapat memaafkannya, kepulangan Alicia membuatkan Ali sangat gembira, dan dia mempunyai idea untuk gadis tu tinggal bersamanya.

Selepas melihat bilik barunya, Alicia segera turun kat bawah kerana bosan.

Alicia : bosannya, mana Ali ya? Dia keluar dengan Ayah kot? Kalau macam tu, aku nak masak untuk dioranglah, hehe!

Dia segera masuk kat dapur untuk memasak sesuatu untuk Ghazali dan Ali dengan penuh semangat, selepas beberapa minit, Alicia sah selesai memasak, dia memasak hidangan kegemaran Ali iaitu Tempoyak Udang.

Alicia : hehe! Diorang mesti suka, hm?

Tepat pada masanya, dia mendengar Ali dan Ghazali baru balik.

Alicia : diorang dah balik!

Ali dan Ghazali yang baru saja balik mencium bau sedap.

Ghazali : wah! Bau sedap apa ni? Kamu masak ke tadi Ali?

Ali : tak, Ali tak memasak apapun.

Kerana nak tahu Ali dan Ghazali segera pergi kat dapur, terkejut diorang ternyata Alicia yang memasak.

Ali : Alicia?

Alicia : Korang dah balik, Jom makan! Hehe!

Ghazali : kamu masak semua ni, Alicia?

Alicia : ya Ayah, Alicia bosan tak buat apa-apa, jadi Alicia memasak untuk Ayah dan Ali.

Ali mula tersenyum melihat Alicia betul-betul macam yang dia harapkan, ideanya dan Ayahnya akan dapat menjadikan masa depan Alicia lagi baik.

Alicia : Ali, Ayah, Jom makan!

Ali : oh, ok, Jom.

Diorang mula makan bersama, dan idea yang Ali rancang selama ni dia mahu mulakan esok.

Dan keesokan harinya, Ali yang sedang off kolej duduk kat sofa sambil menonton televisyen tengok Alicia baru keluar dari bilik air.

Alicia : Ali, kau off ke?

Ali : ya, memandangkan aku off, macam mana kalau malam ni kita jalan-jalan, nak?

Alicia : jalan-jalan? Ayah tahu ke kalau kita nak keluar?

Ali : hehe! Jangan risau, Ayah tahu, jadi, kau nak ke tak?

Alicia : hehe! Mestilah nak! Bila lagi aku boleh keluar berdua dengan kau kan?

Ali : hahahaha! Yelah, baru aku teringat yang kita berdua keluar bersama semasa masih belajar kat SRT kan?

Alicia : ya, aku ingat tu, ok, aku nak pergi kat dapur untuk memasak.

Ali : ok.

Apabila Alicia dah pergi kat dapur, Ali mula tersenyum sebab tak sabar nak melakukan rancangannya.

Ali : tunggu malam ni okay?

Dan pada waktu malam, Ali membawa Alicia kat taman dengan berjalan kaki, memandangkan taman tu dekat, jadi diorang berjalan kakilah.

Ali yang tengok Alicia kelihatan cantik berbaju kuning membuatkan dia tersenyum gembira.

Ali : hehe! Alicia?

Alicia : hm? Ya Ali?

Ali : aku masih tak percaya kita dah hampir dewasa ya? Aku masih ingat, dulu aku selalu gagal kat semua subjek, dan kau selalu denda aku bersihkan tandas, masa berlalu begitu pantas ya?

Alicia mula terfikir kembali ketika diorang berdua masih belajar kat SRT, betul kata Ali, masa berlalu begitu pantas, memikirkan semua tu membuatkan Alicia turut tersenyum.

Alicia : hehe! Ya aku tahu tu, dan kau ingat masa kau mula-mula jadi Ejen?

Ali : ya, aku masih ingat, tu momen yang tak dapat dilupakan, ketika pertama kali bertemu dengan IRIS, dan memasuki Akademi MATA, aku tak akan lupa saat tu.

Dalam perjalanan kat taman diorang berbual-bual dan ketawa mengenangkan masa lalu, sehinggalah akhirnya diorang berdua tiba kat sebuah taman yang sangat cantik.

Ali : hah! Akhirnya sampai pun.

Alicia : jadi, kita nak pergi mana dulu?

Ali : aku akan bagitahu kau, tapi pakai kain ni dulu okay?

Dia memberikan sehelai kain merah kepada Alicia, Alicia hanya menerimanya dengan rasa hairan.

Alicia : kain ni untuk apa?

Ali : guna untuk tutup mata, jangan risau, aku akan guide kau.

Alicia : ok.

Tanpa sedikit pun rasa curiga Alicia menggunakan kain tu untuk menutup matanya.

Alicia : aku dah memakainya, sekarang macam mana?

Ali : pegang tangan aku.

Dan apabila dia memegang tangan Ali, wajah Alicia serta-merta merah padam.

Ali : ok, ikut aku perlahan-lahan.

Ali perlahan-lahan membawa Alicia masuk kat dalam taman, sehingga diorang akhirnya tiba Kat tempat yang sangat indah.

Ali : ok, kita dah sampai, kau boleh buka tutup mata kau.

Alicia perlahan-lahan menanggalkan penutup matanya, dan dia kagum melihat kat mana dia sekarang.

Alicia : wah!

Ali membawanya ke tepi kolam yang dah dihiasi dengan lampu berbentuk hati, dan pokok-pokok di sekeliling mereka juga telah dihiasi dengan candelier dan beberapa belon hati.

Ali : macam mana, cantik tak?

Alicia : cantiknya! Kau buat semua ni?

Ali : mestilah! Dan bukan ni je.

Alicia : bukan ni je?

Ali mula memegang tangan gadis tu dan nak bercakap dengannya pasal sesuatu.

Ali : Alicia, aku dah lama menunggu saat ni, kau tahu tak? Dulu semasa kau dikhabarkan hilang, aku rasa bumi berhenti berputar, dunia tak lengkap tanpa kau, aku tak nak kehilangan kau lagi, jadi-...

Ali perlahan-lahan melutut sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya, ternyata yang dia keluarkan adalah sebuah kotak kecil yang apabila dibuka, terdapat cincin perkahwinan.

Ali : sudikah kau berkahwin dengan aku, Alicia Kheng?

Mendengar tu membuatkan Alicia terharu sehingga dia tak dapat menahan air matanya.

Dia mula tersenyum sambil mengangguk tanda setuju, Ali mula menyarungkan cincin kat jari manis Alicia, selepas tu dia berdiri dan segera memeluk gadis tu.

Ali : terima kasih Alicia, terima kasih kerana menerima aku.

Alicia yang masih menangis hanya mampu mengangguk dalam pelukan Ali.

Dan dari sekitar taman datang semua Ejen Muda dan Ghazali sambil bertepuk tangan atas kejayaan lamaran Ali.

Khai : naisu!

Moon : hebatnya Ali!

Jet : wow!

Roza : akhirnya hajatnya tercapai.

Mika : betul tu.

Tak jauh dari diorang, Rudy yang sedang bersandar kat pokok mula tersenyum tengok Ali berjaya.

Rudy : tahniah.
.
.
.
.
.
.
CONTINUED!

Don't Forget Vote, Comment and Share 👍.

Hai semua! Saya harap Korang semua suka cerita ini, okay? Pasti Korang semua ingin tahu apa yang berlaku seterusnya kan?

Jadi jangan lupa baca episod seterusnya okay? Kerana di sana korang semua akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya 👍.

My Friend : alilicia4U2C and duoronpixel

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now