8. Ali Vs Alicia

582 32 62
                                    

Apabila mereka mendapat tahu bahawa wanita bertopeng tu adalah Alicia, semua Ejen Muda sangat terkejut, mereka betul-betul tak menyangka, tetapi kini, setelah mengetahui Alicia masih berada kat bandar Cyberaya, mereka berhasrat untuk membawanya balik.

Kini semua Ejen Muda sedang menuju kat tempat Alicia berada, dan sepanjang perjalanan, Ali sempat mengingati kata-kata Rudy sebelum perjalanan dimulakan.

(Flashback)

Rudy : Ali, aku tahu kau betul-betul nak bawa Alicia balik, tetapi kau kena berhati-hati, dia begitu kuat.

Ali : aku tahu, tetapi siapa lagi yang boleh menghalang Alicia jika bukan aku? Biar aku lawan dia nanti!

Rudy : aku tak ada niat nak halang kau, tetapi gunakan ni.

Rudy memberikan objek yang berguna apabila Ali melawan Alicia nanti.

Ali : apa ni?

Rudy : untuk berjaga-jaga.

(Flashback End)

Ali dah membawa barang yang Rudy berikan tadi, kalau benar tu boleh membawa Alicia balik, dia tak akan teragak-agak untuk menggunakannya.

Ali : tunggu kitorang, Alicia!

Beberapa minit kemudian, diorang tiba di pelabuhan Cyberaya, kini diorang semua berdiri betul-betul kat hadapan sebuah gudang yang agak besar, menurut maklumat Rudy, GPS mengatakan Alicia ada kat dalam sana.

Mika : jadi, Alicia ada kat dalam sana?

Rudy : ya.

Jet : lebih baik kita masuk.

Baru sahaja Jet melangkah, tiba-tiba Rudy menarik tangannya.

Jet : ada apa?

Rudy : kau nak kaki kau hilang? Tengok ni.

Rudy segera mengambil seketul batu dan membalingnya beberapa meter kat hadapannya.

Dan betul, apabila batu tu mencecah tanah, tiba-tiba terdapat beberapa letupan yang cukup kuat kat sekeliling gudang tu sampai menghamburkan tanah kat merata tempat, tu membuatkan Jet sangat terkejut, dia hampir cedera.

Jet : wow!

Rudy : seperti yang dijangka, kini-... Huh?!

Belum sempat Rudy menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba dari sebalik kepulan asap tebal kat hadapan diorang, beberapa pisau kecil ditembak kat arah diorang semua.

Ali : korang, mengelak!

Ali pantas mengelak setiap pisau yang diacukan kat arahnya, walaupun tak terkena pisau kecil tu, tetapi malangnya, dia tengok kawan-kawannya terbaring kat atas tanah dengan sebelah bahu dan sebelah kaki tersangkut pisau kecil.

Ali : korang!

Mika : argh! Menyakitkan!

Roza : aarrrgghhh!

Jet : tak guna! Aku mula membenci pisau kecil ni!

Rudy : Ali! Teruskan! Aku rasa perangkap tu sahaja, sasarannya kat hadapan kau!

Ali : tapi, luka korang?

Rudy : bertenang, jangan risau pasal kitorang, buat macam yang dirancang, bawa Alicia balik!

Walaupun Ali tak sanggup tengok kawan-kawannya terluka dan nak membantunya, dia terpaksa mengikut rancangan tu, sebab kawan-kawannya sangat berharap agar dia dapat membawa Alicia balik.

Ali : ok, apabila aku berjaya, aku akan kembali dan membantu korang semua!

Kawan-kawannya hanya mampu mengangguk, Ali segera bergerak kat arah asap tebal akibat letupan tadi.

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now