9. You're Home, Alicia

711 32 50
                                    

Pertempuran dengan Alicia sememangnya amat sukar bagi Ali, sehinggakan Ali terpaksa mendapat kecederaan yang cukup teruk kat seluruh badan, tetapi nasib baik, dengan keazaman yang kuat lelaki tu, Ali dapat menewaskan Alicia dan dia berjaya mengotakan janjinya kat kawan-kawannya.

Beberapa jam kemudian, pada waktu malam, Alicia yang sedang berbaring kat atas katil perubatan mula tersedar, dia merasakan kepalanya sangat sakit.

Alicia : argh! Kat mana aku?

Ali : Alicia, kau kat Akademi MATA.

Betapa terkejutnya Alicia dah kat Akademi MATA, lebih tepat lagi kat bilik rawatan Akademi MATA, gadis tu kemudiannya berdiri dan mula menjauhkan diri diorang sambil mengancam semua Ejen kat situ dengan pisau kecilnya.

Alicia : kalau ada yang datang dekat, aku tak akan teragak-agak untuk membunuh korang!

Bakar : Alicia, bertenang, kitorang tak nak menyakiti kau.

Alicia : oh ya? mengarut!

Jet yang mula marah segera menghampiri Alicia dan cuba memukulnya, namun Ali menghalangnya dengan menarik bahu lelaki tu.

Jet : ketepi Ali! Dia dah melampau!

Ali : Jet, serahkan dia pada aku, biar aku tenangkan dia.

Jet : cih, okay.

Ali : terima kasih, lagipun tak baik berdendam sesama sendiri.

Dia perlahan-lahan berjalan kat hadapan Alicia sambil berwaspada dengan gadis tu yang tiba-tiba menyerangnya.

Alicia : jangan dekat!

Ali : tak, aku tak akan pergi.

Alicia : kau ingat kau kalahkan aku jadi aku takut kau? Takkan!

Ali segera berhenti, dia dapat tengok Alicia cuba menahan air matanya, jelas gadis tu tak mampu atau tak nak melawan lagi.

Ali : masih belum terlambat untuk kembali, jom Alicia.

Alicia : k-kau!

Ali : OK, biar aku ringkaskan, Rudy?

Rudy melemparkan pisau kecilnya yang segera ditangkap oleh Ali, nampaknya Ali ada rancangan.

Ali : kau nak bunuh aku kan?

Dia segera melemparkan pisau kecil yang dibawanya kat Alicia.

Ali : kau kini mempunyai dua, kau boleh bunuh aku dengan mudah sekarang.

Alicia perlahan-lahan ambik pisau kecil yang berada kat atas lantai, dia dapat dengan jelas tengok Ali merentangkan tangannya sambil tersenyum sehingga lelaki tu boleh menjadi sasaran empuk bagi Alicia.

Ali : tikam aku, jangan risau, aku takkan lari, buatlah.

Tangan Alicia mula menggigil, dia teragak-agak untuk melakukannya.

Ali : apa tunggu lagi, Alicia? Kau tak pernah teragak-agak untuk melakukan sesuatu, buatlah demi General, jom Alicia!

Bukannya tikam Ali, Alicia mula menjatuhkan dua pisau kecilnya kat atas lantai sambil menitiskan air mata.

Alicia : kenapa? Kenapa kau sanggup buat semua ni? Kenapa?

Melihat Alicia mula menangis, Ali bergerak semula kat arah gadis tu.

Ali : kerana kau ialah salah satu pasukan aku, dan kau-...

Apabila dia berada kat hadapan Alicia, dia segera memeluknya dengan erat.

Ali : kau belahan jiwa aku, aku tak sanggup kehilangan kau, aku tak nak kau terluka, aku cuma nak kau ok.

terharu dengan kata-kata Ali, Alicia mula membalas pelukan sambil menangis, dia berasa sangat bersalah dengan apa yang telah dia lakukan selama ni.

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now