25. My Happy Family (Final)

778 13 6
                                    

(sebelum kita sambung cerita, jom flashback episod lepas, tentang kehidupan Alicia sejak kematian General 😌)

Selepas kematian General Rama, Alicia merancang untuk membalas dendam kepada MATA kerana menyebabkan Papanya, General meninggal dunia, dia tak tahu bahawa tu adalah rancangan seseorang yang nak menghasutnya untuk menghancurkan MATA.

Dengan dirinya sebagai Wanita Bertopeng, Alicia mula mencederakan kawan-kawannya seorang demi seorang dengan pisau kecil yang selalu dibawanya, tetapi malangnya, percubaannya untuk membunuh diorang semua gagal, sebab...

Ali : aku akan bawa kau balik, Alicia!

Dengan keazaman yang kuat, Ali hanya menggunakan tangan kosong dalam pertarungan terakhirnya menentang Alicia berjaya menewaskan gadis tu dengan satu tumbukan tepat kat muka.

Selepas dikalahkan dan mendengar penjelasan apa yang sebenarnya berlaku, Alicia mula sedar yang selama ni dia digunakan, dia rasa bersalah sangat dia hampir nak bunuh semua kawan dia yang tak bersalah sebab pentingkan diri dia.

Dan berkat Ali, Alicia dapat kembali kat jalan yang benar, dan boleh hidup semula macam dahulu walaupun tanpa General, memandangkan Alicia kini keseorangan, Ali segera mengahwini gadis tu untuk mengurangkan kesepian selepas kematian General.

Perkahwinan tu sangat menggembirakan Alicia, bukan tanpa sebab, dia akhirnya dapat berkahwin dengan lelaki yang sangat dia cintai selama ni.

Dan akhirnya, selepas sekian lama berkahwin, Ali dan Alicia dikurniakan dua orang anak yang sangat kacak dan cantik, dua budak tu adalah kembar dan diberi nama Alif dan Alifa oleh ibu bapa mereka.

Kini, hidup Ali dan Alicia sangat bahagia sejak dua orang anak diorang dilahirkan.

6 Tahun Kemudian.

Tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas, banyak yang berubah, terutamanya dalam keluarga Ali.

Dan suatu hari, kat sebuah taman kat bandar Cyberraya, terdapat dua orang budak-budak, adik-beradik bermain bersama-sama kat sana dengan gembira, semasa seronok main, diorang tak sedar ada seorang wanita yang tak lain tak bukan ibu diorang datang membawa mereka balik.

Sebab langit dah nak gelap, jadi ibu diorang yang tak lain tak bukan Alicia pun panggil diorang balik.

Alicia : Alif! Alifa! Jom balik rumah dah lewat ni!

Dua budak tu ternyata Alif dan Alifa yang kini berusia 6 tahun, diorang dah besar dan bertukar jadi budak yang kacak dan cantik macam Ali dan Alicia.

Mendengar Alicia, Mama diorang memanggil, Alif dan Alifa terus berhenti bermain.

Alif : Mama dah panggil, jom balik Alifa!

Alifa : jom!

Diorang segera berlari dan memeluk Alicia, sambil tersenyum Alicia membelai lembut rambut anak-anaknya satu persatu yang tengah peluk dia.

Alicia : hehe! Anak-anak Mama ni sangat bersemangat bermain sehingga lupa masa ya?

Alif : maaf Mama, hehe! Seronok sangat!

Alifa : betul Mama, Patutnya Mama ikut main tadi.

Alicia : hehe! Maaf sayang, Mama sibuk tadi, tetapi lain kali, Mama pasti akan bermain bersama kamu berdua!

Alif : Mama! Ayah dah balik ke?

Alicia : hmm? Mama pun tak tahu, tapi sepatutnya dah, sekarang jom kita balik dan semak sama ada Ayah kamu sudah pulang ke tak ya?

Alif dan Alifa : jom!

Terus Alicia membawa kedua anaknya pulang Kat rumah, sementara tu, depan rumah Alilicia, Ali baru pulang kerja naik kereta.

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now