Perubahan drastik Alicia membuatkan semua Ejen Muda sangat terkejut, mereka menyangka Alicia masih hancur dengan kehilangan General, Papanya sendiri, Tak salah mereka berfikiran begitu, tetapi malangnya ada sesuatu yang mereka tidak tahu.
Kerana lelaki bernama Rhodes itu telah mempengaruhi gadis itu untuk melakukan rancangan jahat, kini Alicia telah pergi ke suatu tempat sambil mempunyai rancangan yang sama sekali tidak dijangka.
Dan keesokan harinya tanpa disedari Alicia tiada di dalam rumah, Ali dan Khai berada di hadapan rumah gadis itu, mereka telah mengetuk pintu rumah itu beberapa kali, tetapi malangnya tiada sesiapa yang membukanya kerana Alicia tiada di situ sejak semalam.
Khai : mana Alicia ni?
Ali : aku pun tak tahu, lebih baik kita pergi kat Akademi dan semak sama ada Alicia ada atau tidak.
Mereka berdua segera meluru ke arah Akademi MATA, tetapi selepas beberapa minit tiba dan mencari keberadaan Alicia di setiap bilik, Ali dan Khai tidak menjumpai keberadaan gadis itu, dan itu membuatkan Ali mula risau.
Khai : kita dah mencarinya kat mana-mana, tetapi Alicia tiada di Akademi.
Ali : kat sekolah dia pun tak datang, Kat mana dia berada ni?!
Khai : kau tetap Kat sini, aku akan cuba bertanya kepada semua orang Kat Akademi kat mana Alicia.
Ali : okey.
Khai cuba bertanya kepada semua orang di Akademi jika mereka nampak Alicia, manakala Ali kelihatan risau dengan apa yang berlaku pada Alicia sebenarnya.
Dan selepas beberapa minit, Khai kembali tetapi dengan jawapan yang cukup mengecewakan.
Khai : semua orang tak tahu, mereka juga telah cuba menghubungi Alicia, tetapi tiada jawapan!
Ali : ya Allah! Kat mana dia? apa yang telah berlaku sebenarnya?!
Dia semakin risau setelah mendengar apa yang Khai katakan, dia sudah tiada pilihan lain selain mencari bantuan.
Ali : Khai, aku nak minta tolong pada kau, selepas waktu Akademi tamat, jom cari Alicia dengan semua Ejen Muda! Aku mempunyai firasat buruk pasal keadaan Alicia.
Khai : jangan risau, semua Ejen Muda akan tolong kau cari Alicia.
Ali : terima kasih, aku harap dia okay.
Dan mengikut rancangan Ali, dia dan semua Ejen Muda mencari keberadaan Alicia apabila waktu Akademi telah tamat di sekitar bandar Cyberaya, mereka terus mencari gadis itu di setiap sudut kota, tetapi hasilnya tiada, tiada jejak dari Alicia sama sekali.
dengan usaha terakhir, Ali cuba mencari Alicia di sebuah taman, dia sudah menjerit nama gadis itu berulang kali, tetapi tiada hasil langsung.
Ali : Alicia! Kat mana kau? Alicia! Ya Allah, Kat mana kau Alicia?!
Kerana dia tidak menjumpai Alicia di situ, Ali segera duduk di bangku taman sambil memikirkan Kat mana lagi dia harus mencari Alicia.
Ali : Alicia, Kat mana aku kena cari kau? Kat mana kau!
Dari jauh, datang seorang lelaki yang segera menghampiri Ali yang kelihatan keletihan mencari Alicia.
Rudy : kau nampak penat?
Dan orang itu ternyata Rudy.
Ali : tidak, aku tak penat, aku kena cari Alicia!
Rudy : aku tahu kau sangat risaukan dia, Tapi sekurang-kurangnya kau berehat dulu.
Ali : aku tak peduli dengan keadaan aku! Apa yang aku pentingkan sekarang ialah mencari Alicia!
Rudy : Ali, aku faham perasaan kau, tapi kau perlukan rehat, kau kelihatan sangat letih sudah, lebih baik kau pulang dan biar kami cari Alicia, okay?
YOU ARE READING
Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)
FanficWARNING 13+ : BLOODY, FIGHTING, ALILICIA, ROMANCE! Ali benar-benar berasa kehilangan apabila mendapat tahu Alicia pergi tanpa khabar berita entah ke mana, kerana peristiwa gelap telah berlaku, Alicia pergi dan melupakan segala-galanya, begitu juga M...