19. Viktor and Mia's wedding 15+

475 15 4
                                    

Selepas beberapa hari pergi Honeymoon, akhirnya Ali dan Alicia balik kat Malaysia, diorang berdua disambut oleh Ghazali kat airport dan dimaklumkan Viktor dan Mia akan berkahwin, Ali dan Alicia berniat untuk balik dahulu untuk bersiap.

Sampai rumah, Ali meletakkan shopping bag yang berisi cenderahati dari Paris kat atas meja, lepas tu dia terus duduk atas sofa, nampak Ali memanjangkan badan sebab penat lepas baru balik dari luar negara.

Ali : Mmmmm! Penatnya!

Alicia yang nampak suaminya kelihatan penat segera duduk kat sebelahnya dan mula mengurut bahunya Ali.

Alicia : aku tahu kau penat, lebih baik kau berehat je dan lain kali kita boleh datang kat Viktor dan Mia.

Ali : memang aku penat, tapi rasa tak selesa kalau tak datang wedding diorang, diorang kawan baik kita dari sekolah dulu, kita kena datang.

Alicia : tapi-... Uummmppphhh!

Belum habis kata dia, tiba-tiba Ali berpusing menghadap Alicia, dan segera mengucup bibir mungil isterinya, Alicia hanya memejamkan mata sambil membiarkan suaminya menciumnya.

Selepas beberapa saat bercium, Ali melepaskan ciuman dan memandang isterinya dengan senyuman menggoda, Merah padam muka Alicia bila Ali tengok dia macam tu.

Ali : aku tahu kau risaukan aku, jangan risau, aku ok, sekarang pergi bilik dan bersiap dulu ya? Saya nak balut cenderahati yang kita beli untuk Viktor dan Mia.

Dengan muka yang masih merah, Alicia mula mengangguk.

Selepas itu dia segera berdiri dan menuju kat bilik, bila dah sampai bilik, Alicia menutup pintu bilik dan segera menutup muka merahnya dengan tangan, dia masih memikirkan wajah kacak Ali tadi.

Alicia : muka Ali sangat kacak tadi! Aaaaa!

Bila dia jerit, Ali yang sedang sibuk membungkus cenderahati untuk Viktor dan Mia terkejut mendengar isterinya tiba-tiba menjerit.

Ali : hm? Apahal dia jerit macam tu? Mungkin dia nampak lipas kot?

Dan pada waktu petang, Ali yang berpakaian kemas berdiri kat sebelah kereta dia menunggu Alicia yang masih sibuk bersolek, dah hampir 30 minit dia tunggu bini dia bersolek, tapi masih belum habis lagi.

Ali : haih! Lama betul dia ni, hm?

Dan dari dalam rumah dia, keluar seorang wanita cantik yang membuatkan Ali terpegun memandangnya, wanita tu tak lain tak bukan Alicia, bibirnya yang berlipstick membuatkan dia lebih cantik, Alicia menunduk dengan muka memerah apabila Ali memandangnya macam tu.

Alicia : Mm? Aku dah siap, boleh kita pergi sekarang?

Bila Alicia cakap, Ali mula menyedari bahawa isterinya sedang bercakap dengannya.

Ali : eh? Oh! Ya, kita pergi sekarang, maaf aku mengelamun tadi.

Alicia : mengelamun? Mengelamun apa?

Sebelum menjawab soalan isteri dia tu, Ali membuat Alicia memandangnya dengan memegang dagu isterinya, senyuman manis Ali membuatkan Alicia semakin merah muka.

Ali : aku tengok kau makin cantik, kau nampak lebih cantik bila pakai lipstick sayang~

Sebab dah tak tahan dan takut pitam sebab pujian romantik suami dia, Alicia cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan menutupnya.

Ali yang melihat gelagat isterinya mula tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.

Ali : hehe! Alicia, Alicia.

Selepas itu dia segera masuk kat dalam kereta dan segera memandu kat majlis perkahwinan Viktor dan Mia.

Tiba kat majlis perkahwinan Viktor dan Mia, Ali dan Alicia menyambut pasangan yang baru berkahwin tu dengan gembira.

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now