18. Last Day Honeymoon And Go Home

452 15 3
                                    

Selepas berkahwin dengan Ali, Alicia sangat gembira, kebahagiaan yang tak pernah dia rasa sebelum ni, sebab sejak General meninggal, beberapa tahun ni dia keseorangan tanpa seseorang yang memberinya kasih sayang, tapi akhirnya selepas sekian lama menunggu, Ali datang dalam hidupnya dan memberinya cinta.

Dan sekarang, pada Honeymoon diorang, Ali bersedia melakukan apa je untuk membahagiakan Alicia.

Tak sangka hari ni hari terakhir Ali dan Alicia untuk Honeymoon, dan Ali tak nak membazir hari tu, dia bercadang nak bagi Alicia kejutan istimewa, kini Ali dan Alicia berada kat pusat bandar untuk membeli cenderahati untuk Ghazali, sebab diorang berdua dah beli cenderahati untuk kawan-kawan kat hari pertama.

Ali : Alicia, apa yang kita nak beli untuk Ayah?

Alicia : mungkin pakaian dengan beberapa Snek dari negara ni?

Ali : bagus juga tu, jom beli, lepas tu balik hotel untuk bersiap pulang esok, dan malam ni, jom lepak sikit, sebab aku ada kejutan untuk kau.

Alicia : kejutan? Kejutan apa?

Ali : hehe! Nanti kau tahu, dah, jom beli apa yang patut dibeli.

Alicia : okay.

Diorang mula mencari kedai Snek dulu, selepas beberapa minit, akhirnya diorang berdua jumpa kedai yang menjual Snek yang cukup lengkap, Ali dan Alicia mula memilih makanan ringan yang nak dibeli.

Alicia : Ali, macam mana dengan gula-gula ni?

Alicia menunjukkan kepada Ali gula-gula yang cukup lembut dan mempunyai rasa buah.

Ali : tak apa, ambil setengah kilo je, takut Ayah ketagih gula-gula dan gula dalam darah naik, hahahaha!

Alicia : hehe! Ok, aku order, kau pilih yang lain, pilih je kek, lagi bagus.

Ali : Ok, aku cari kan.

Dia terus pusing-pusing kedai tu untuk mencari kek yang sesuai, banyak kek yang ada, tapi banyak yang tak disukai oleh Ghazali.

Ali : tak, bukan yang ni, Ayah tak suka kek coklat, hm?

Akhirnya dia berhenti kat hadapan kek badam, kek yang biasa Ayah dia beli.

Ali : hehe! Tak sangka jumpa kek ni kat sini, ok, aku ambil.

Beberapa minit kemudian, lepas bayar semua benda nak beli, Ali dan Alicia segera keluar dari kedai Snek tu, masing-masing membawa shopping bag yang berisi Snek kegemaran Ghazali.

Alicia : kau pasti Ayah suka kek badam tu?

Ali : hehe! Mestilah, sebab ayah selalu bawa kek badam bila balik kerja, Ayah suka sangat kek badam.

Alicia : bagus tu, Ayah pasti suka, kini hanya tinggal baju je.

Ali : betul, jom!

Diorang mula mencari kedai menjual baju untuk cenderahati Ghazali, selepas beberapa minit mencari, Ali dan Alicia kini berada kat pusat membeli belah menjual baju yang sesuai untuk cenderahati.

Ali : Alicia pilih 2-3 baju yang sesuai dengan Ayah, aku pilih kasut untuk Ayah okay?

Alicia : okay.

Diorang terus berpecah untuk mencari baju dan sepasang kasut untuk Ghazali, dan ketika di kawasan pakaian, Alicia sedang memilih baju yang sesuai untuk Ghazali, ada banyak baju yang elok-elok, tapi menurut Alicia masih tak bagus.

Alicia : tak, ni tak bagus, ni pun tak bagus.

Sementara tu, Ali berada di kawasan kasut memilih kasut yang sesuai dengan Ayahnya, dia berhasrat untuk membeli kasut kulit yang bagus untuk Ayahnya.

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now