Korang mesti tahu, kalau Alicia pernah hilang beberapa tahun, sebab nak membalas dendam kematian General, papa dia.
Tapi malangnya dia tersilap sangka, dia sangka General dibunuh oleh MATA, sebaliknya General tu dibunuh oleh lelaki bernama Rhodes yang menggunakannya untuk menyerang MATA.
Ali tak berdiam diri dan terus menghalang Alicia daripada membalas dendam pada MATA, selepas pertempuran yang sukar tu, Ali menang dan berjaya membawa Alicia kembali kat jalan yang benar.
Dan akhirnya, selepas sekian tahun berpisah, Ali dan Alicia bersatu semula dan memulakan hubungan yang lebih serius, iaitu perkahwinan.
Perkahwinan diorang berjalan begitu harmoni, dan tak lama lagi, Ali dan Alicia akan mendapat anak kembar hasil perkahwinan diorang.
2 Bulan Kemudian.
Lepas dengar diorang bakal dapat anak kembar, Ali dan Alicia sangat gembira, diorang tak sabar nak jumpa dua anak diorang tu.
Beberapa bulan dah berlalu, sekarang kandungan Alicia dah mencecah 9 bulan, terasa berat sungguh Alicia memikul perut besarnya yang berisi dua anaknya, tapi Ali sentiasa membantu isterinya tu.
Dan sekarang, memandangkan Alicia bakal bersalin tak lama lagi, Ali ambil cuti kerja untuk bersama Alicia.
Kini diorang berdua sibuk tengok tv bersama, tapi, bila dah asyik tengok tv, tiba-tiba Alicia rasa perut dia sakit sangat.
Alicia : argh!
Dia mengerang kuat sambil memegang perut kerana sakit yang amat sangat kat dalam perutnya.
Nampak isterinya dalam kesakitan, Ali yang cemas segera memegang erat tangan Alicia sambil bertanya kepadanya.
Ali : Alicia! Kenapa ni?!
Nampak peluh sejuk mula keluar dari dahi Alicia, dia benar-benar kesakitan sekarang.
Alicia : argh! A-aku pun tak tahu, perut aku sakit sangat!
Dari kaki Alicia mula mengalirkan air, tanda dia akan bersalin tak lama lagi.
Ali : ya Allah! Alicia! Awak dah nak bersalin!
Menggigit bibir bawah, Alicia cuba menahan sakit bersalin, terus Ali angkat Alicia macam bridal style dan bawa isteri dia tu kat hospital menggunakan keretanya.
Sampai je kat hospital, dalam bilik bersalin, Alicia mengerang kuat cuba mengeluarkan bayi dari perutnya dengan arahan doktor.
Doktor : bagus Puan! Teruskan ya? Jangan berhenti!
Alicia : aarrrggghhh!
Ali yang berada kat sebelah Alicia hanya mampu berdoa sambil menggenggam erat tangan isterinya.
Ali : Ya Allah semoga Alicia selamat melahirkan kedua-dua anak kami berdua.
Nampak Alicia masih cuba menolak keluar dua bayi dalam perutnya dengan sekuat hati.
Dalam hati dia, Alicia terus mendoakan semoga kedua anaknya selamat dilahirkan, dia teringin sangat nak tengok muka Ali gembira melihat dua anak diorang selamat lahir.
Selepas beberapa jam mempertaruhkan nyawa untuk bersalin, akhirnya Alicia dapat melahirkan dua orang anak dengan selamat, Ali nampak gembira nampak Alicia berjaya melahirkan dua anak diorang dengan selamat.
Doktor : akhirnya lahir jugak, tahniah tuan puan, anak2 tuan puan lahir dengan sihat.
Ali : Alhamdulillah!
Alicia yang masih tercungap-cungap sebab keletihan bersalin hanya mampu tersenyum dan mengangguk nampak dia dah berjaya.
Alicia : (dalam hati) Alhamdulillah.
YOU ARE READING
Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)
FanfictionWARNING 13+ : BLOODY, FIGHTING, ALILICIA, ROMANCE! Ali benar-benar berasa kehilangan apabila mendapat tahu Alicia pergi tanpa khabar berita entah ke mana, kerana peristiwa gelap telah berlaku, Alicia pergi dan melupakan segala-galanya, begitu juga M...