Sejak dengar Alicia mengandung hasil perkahwinan diorang, Ali sungguh gembira, akhirnya selepas lama berkahwin, dia dan Alicia dikurniakan seorang anak yang bakal lahir tak lama lagi.
Ali dan Alicia betul-betul tak sabar nak tengok dia lahir, anak diorang berdua.
2 Bulan Kemudian.
Tak sangka masa berlalu begitu pantas, sekarang kandungan Alicia dah masuk 7 bulan, perut dia makin membesar, tinggal beberapa bulan lagi dia akan bersalin.
Suatu hari, selepas selesai memasak, Alicia duduk kat sofa sambil menonton TV, semasa fokus menonton TV, pandangan Alicia beralih kat perutnya yang besar, sambil tersenyum dia mengusap perutnya lembut.
Alicia : haih! Hehe! Tak percaya dah 7 bulan huh? Tinggal 2 bulan je lagi kamu akan lahir, Mama dan Ayah dah tak sabar nak tengok kamu, sayang~
Sambil mengusap perutnya, Alicia terkejut dapat merasakan anak dalam kandungannya menendang-nendang kecil.
Alicia : wah! Kamu pun tak sabar ya? Hehe!
Selepas puas mengusap perut, Alicia perlahan-lahan mula berdiri sambil tengok jam, ternyata jam menunjukkan pukul 5 petang, sekejap lagi suami dia balik.
Alicia : oh dah pukul 5 dah? Ali akan balik sekejap lagi, aku akan sediakan makan malam untuk dia.
Terus dia kat dapur menyediakan lauk yang dia masak tadi untuk Ali makan nanti.
Selepas beberapa minit, and yes, akhirnya Ali balik dari kerja.
Ali : Assalamualaikum Alicia, hm?
Baru sampai, hidung Ali terhidu bau yang sangat sedap datang dari dapur, dia pun tersenyum gembira tahu siapa yang buat bau sedap tu.
Ali : wow! Sedap sangat baunya! Ni mesti Alicia masak Tempoyak Udang!
Dan kerana baunya yang sangat sedap hingga membuatkan perutnya berkeroncong.
Ali : tepat pada masa aku lapar, hehe!
Terus dia menuju kat dapur sebab tak tahan nak menikmati masakan isteri dia.
Semasa kat dapur, kelihatan Alicia sedang menyusun lauk yang dah dimasak tadi di atas meja, segera Ali mendekati isterinya tu.
Ali : Alicia.
Alicia : eh? Kau dah balik?
Terus dia cium tangan suaminya tu.
Ali : hehe! Ya, baru je sampai, dan baru sampai aku terhidu bau sedap masakan kau!
Ujar Ali sambil menghidu bau sedap masakan Alicia sekali lagi dengan penuh semangat.
Ali : aku suka masakan kau, ni sebab taknak beli makanan kat luar masa kerja, dan lagi suka bawa bekal sendiri, kerana masakan kau tiada tandingannya! Hehe!
Alicia : hahahaha! Terima kasih, aku suka kau suka masakan aku, sebab tu aku selalu masak masakan yang sangat sedap setiap hari untuk kau, sebab aku nak hilangkan penat kau dengan masakan aku, hehe! Dah, duduk, biar aku sediakan untuk kau okay?
Ali : okay.
Ali tersenyum sambil memerhati isterinya menghidangkan makanan, selepas selesai menghidangkan makanan, Alicia duduk menghadap suaminya.
Alicia : sila makan.
Ali : hehe! Terima kasih sayang~
Dia mencubit pipi tembam isterinya dengan lembut, tindakan Ali membuatkan muka Alicia menjadi merah kerana terkejut, tapi lepas tu mula senyum manis kat suami.
Alicia : sama-sama.
Ali : hehe! Dah, jom makan.
Alicia : okay.
YOU ARE READING
Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)
Fiksi PenggemarWARNING 13+ : BLOODY, FIGHTING, ALILICIA, ROMANCE! Ali benar-benar berasa kehilangan apabila mendapat tahu Alicia pergi tanpa khabar berita entah ke mana, kerana peristiwa gelap telah berlaku, Alicia pergi dan melupakan segala-galanya, begitu juga M...