22. My Cute Wife

505 13 4
                                    

Memang tiada siapa dapat mengagak jodoh, contohnya Ali dan Alicia, diorang yang dulu banyak bergaduh, tapi lama-kelamaan timbul perasaan suka-suka, sehinggalah diorang akhirnya berkahwin, dan tu membuatkan Ali dan Alicia gembira, lebih-lebih lagi diorang bakal menjadi ibu bapa tak lama lagi, Ali dan Alicia memang gembira dapat anak hasil perkahwinan diorang berdua.

Pada suatu hari, Alicia berada kat pasar untuk membeli beberapa bahan, sebab kat rumah cuma ada sikit bahan masakan, jadi dia pergi pasar beli bahan-bahan yang diperlukan.

Kini Alicia sedang sibuk pilih sayur-sayuran kat sebuah kedai.

Alicia : makcik, Berapa harga sayur bayam ni setandan?

Penjual sayur : 3 Ringgit je puan.

Alicia : 3 Ringgit? Ok, saya beli, nah duitnya!

Sebanyak 3 Ringgit Alicia berikan kepada Penjual Sayur tu.

Penjual sayur : terima kasih puan.

Alicia : sama-sama.

Alicia berkata begitu sambil tersenyum kepada penjual sayur tu.

Lepas bayar belanja, Alicia segera beredar dari kedai tu, dan baru melangkah beberapa langkah, kebetulan dia nampak orang yang dia kenal pun shopping kat pasar tu.

Alicia : eh? Tu kan Mia? Mia!

Mia yang memandang sekeliling, tiba-tiba tengok kat arah suara yang memanggilnya, dia nampak Alicia yang panggil dia sambil melambai-lambaikan tangannya kepadanya.

Mia : Alicia? Hah! Alicia!

Wanita itu segera berlari sambil tersenyum kat arah Alicia, lepas tu dia terus peluk kawan baik dia, macam tak pernah jumpa je, Maklumlah, sejak kahwin, orang pasti akan sibuk dengan keluarga sendiri.

Mia sangat gembira dapat berjumpa dengan kawan baiknya tu, walaupun bertemu kat pasar.

Mia : tak sangka jumpa kat sini!

Alicia : hehe! Aku pun tak sangka, sekarang dah boleh lepaskan pelukan ni? Ramai yang memerhati kita.

Mia : oh! Maaf! Hehe!

Dia segera meleraikan pelukan dari Alicia.

Mia : well, dah lama tak jumpa ya? Apa khabar kau dan Ali?

Alicia : Alhamdulillah kitorang berdua baik, even baby kitorang pun baik.

Ujar Alicia sambil mengusap lembut perutnya yang sedikit buncit tu.

Mia : hehe! Aku bersyukur, dan jangan ingat kau sorang je yang pregnant ya?

Alicia angkat sebelah kening sebab tak faham apa yang Mia maksudkan.

Alicia : eh? Maksud kau?

Mia mula tersenyum manis sambil mengusap lembut perutnya, sehingga akhirnya Alicia mula tersenyum juga kerana dia tahu apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya tu.

Alicia : hah! Betul ke? Kau mengandung sekarang?

Mia : hehe! Ya Alicia, aku mengandung sekarang.

Alicia : wah! Ni berita gembira! Viktor tahu ke tak kau mengandung?

Mia : tentu dia tahu, dia suami aku, selepas aku tahu aku mengandung, aku segera bagitahu Viktor, Viktor sangat gembira mendengar bahawa aku akhirnya mengandung juga.

Alicia : seorang suami pasti gembira bila mendengar isterinya mengandung hasil perkahwinan diorang, sudah tentu Viktor sangat gembira.

Mia : hehe! Ya.

Alicia : and by the way, dah berapa bulan mengandung?

Mia : baru sebulan.

Alicia : nampaknya anak aku akan dapat kawan dari kau, Mia.

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now