13. Wedding Day

481 12 6
                                    

Dengan dah membeli baju pengantin untuk Alicia dan kongsikan kad jemputan kahwin kepada kawan-kawan diorang, semua persiapan perkahwinan Ali dan Alicia dah lengkap.

Keesokan Harinya.

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga, hari perkahwinan Ali dan Alicia.

Semua tetamu seorang demi seorang mula datang, Ghazali yang berada kat sana menyambut baik diorang semua.

Ghazali : sila masuk, selamat menikmati majlis perkahwinan ni ya?

Dr. Tong : Dr. Ghazali.

Ketika sibuk menerima tetamu, Ghazali nampak Dr. Tong dan Dr. Mala datang.

Ghazali : oh, Dr. Tong, Dr. Mala, selamat datang.

Dr. Tong : mana menantu kamu? Mesti dia bertuah dapat Ali.

Ghazali : Ali pun bertuah dapat perempuan macam dia, dan bercakap pasal mereka berdua, tak lama lagi mereka akan keluar.

Sementara tu kat rumah Ghazali, lebih tepat dalam bilik Alicia, dia sudah bersolek dan memakai baju pengantin, gadis tu kelihatan sangat cantik, sekarang dia duduk depan cermin mekap sebab nervous.

Alicia : betulkah aku layak untuk dia?

Mia : Alicia?

Dari luar bilik dia nampak Mia masuk.

Alicia : Mia?

Mia : kenapa kau nampak sedih?

Nampak kawan baiknya sedih Mia segera menghampirinya.

Mia : hari ni hari istimewa kau, kau patut gembira.

Alicia : aku tahu, tetapi aku berfikir sama ada aku layak untuk Ali ke tak?

Sebelum bercakap, Mia mula tersenyum.

Mia : Alicia, kau layak, Ali memang bertuah dapat jadikan kau sebagai isteri, sejujurnya aku cemburu tengok kau kahwin dengan lelaki sekacak Ali, hehe! Kalau kau tak nak, aku boleh gantikan kau.

Mendengar Mia nak merampas Ali daripadanya membuatkan mata Alicia terbeliak.

Dia segera berpusing menghadap Mia.

Alicia : eh! Tak boleh! Tak boleh! Ali milik aku!

Mia : hahahaha! Aku gurau je, sekarang jangan bersedih lagi okay? Tak lama lagi kita akan keluar, jangan hampakan Ali tau.

Alicia : hehe! Okay.

Sementara kat luar rumah, Ali dah tunggu Alicia agak lama dengan penghulu.

Ali : mana dia ni? Lama sangat, ke dia ada masalah nak pakai baju pengantin ya? Hm?

Dari dalam rumah Alicia keluar dengan Mia sebagai peneman kepada Ali.

Semua nampak kagum dengan kecantikan Alicia, dan khas untuk Ali sebagai bakal suaminya, dia sangat kagum.

Ali : wow! Dia sangat cantik!

Alicia perlahan-lahan duduk kat sebelah Ali.

Alicia : maaf buat kau tertunggu-tunggu.

Ali : takpe, sekarang mari kita mulakan penghulu.

Penghulu : pengantin dah sampai, kita boleh mula, ok, bismillah!

Selepas beberapa minit, akhirnya Ali dan Alicia sah bergelar suami isteri, kini diorang berdua duduk bersanding sambil tengok semua orang menikmati majlis perkahwinan tu.

Dan dari orang-orang tu, Ali nampak Ghazali menghampirinya sambil membawa sepinggan makanan.

Ghazali : Ali, nah, makan dulu okay?

Ali : untuk Ali je? Alicia?

Ghazali : untuk lagi romantik, kamu suapkan isteri kamu ya? Semoga berjaya!

Dengan muka yang merah padam Ali dan Alicia nampak Ghazali pergi.

Untuk beberapa saat mereka berdua senyap, tapi lepas tu Alicia nampak Ali mula mengarahkan sudu tu kat mulut dia.

Alicia : huh?

Dengan muka yang masih merah padam Ali mula tersenyum.

Ali : buka mulut kau, jangan segan silu, kita suami isteri sekarang, ni tak salah pun.

Alicia : Mm? Okay.

Alicia dengan gembira menerima sesuap nasi dari Ali, orang yang tengok tu cemburu dengan sifat romantik Ali.

Ali : macam mana? Sedap tak?

Sambil mengunyah makanan dalam mulutnya, Alicia mula tersenyum sambil mengangguk.

Ali : hehe! Bagus kalau macam tu.

Khai : Ali!

Dan akhirnya kawan-kawan dari MATA datang bersama Mentor.

Jet : wey, tahniah atas perkahwinan korang!

Moon : tak sangka korang pun akhirnya kahwin juga ya?

Roza : betul tu, padahal dulu asyik bergaduh je.

Bakar : kan Uncle dah cakap, jangan bergaduh je, nanti kahwin baru tahu, sekarang tengok.

Ali : hehe! Kalau kita dah jodoh, apa lagi yang kita boleh buat, kan?

Bakar : hahahaha! Betul tu.

Ali : dan Iman, baju pengantin dari kau memang sesuai untuk Alicia.

Alicia : betul, aku sangat suka baju ni, terima kasih ya.

Iman : sama-sama, dah rasa, pasti sesuai dengan awak Alicia.

Alicia : hehe!

Leon : Ali, Alicia, saya nak ucapkan tahniah atas perkahwinan kamu berdua.

Karya : kamu berdua adalah pasangan yang sempurna, tahniah.

Geetha : kini kamu berdua akan menempuh hidup baru, buat yang terbaik untuk menjalani kehidupan rumah tangga okay?

Ali : ya, terima kasih semua.

Leon : sama-sama Ali.

Khai : ok, semua dah berkumpul, sekarang jom selfie!

Dengan telefon bimbitnya, Khai mula berselfie dengan semua orang, sambil selfie, Ali genggam erat tangan Alicia, tak sangka diorang sekarang dah bergelar suami isteri.

Dan pada waktu malam, Alicia berada kat dalam biliknya dan Ali sedang duduk kat atas katil sambil nampak gambar-gambar perkahwinannya tadi Kat telefon bimbitnya.

Alicia : hehe!

Dia masih tak sangka yang sekarang dia dah jadi isteri Ali, tu membuatnya gembira.

Dan dari bilik air, Ali yang baru selesai mandi segera menghampiri Alicia sambil tersenyum.

Ali : wah! Apa yang kau tengok sampai kau senyum sendiri tu?

Alicia : oh, Ali, aku sedang tengok gambar perkahwinan kita tadi je.

Ali : oh, macam tu, Alicia, aku ada kejutan untuk kau.

Alicia : kejutan?

Ali : betul, kau mandi dulu, nanti aku bagitahu okay?

Alicia : okay.

Tanpa sedikit pun rasa curiga Alicia lantas masuk kat dalam bilik air.

Lepas Alicia masuk bilik air, nampaknya Ali dah mula tersenyum sinis sebab dia ada plan untuk Alicia.

Ali : hehe! Dia mesti akan terkejut.
.
.
.
.
.
.
CONTINUED!

Don't Forget Vote, Comment and Share 👍.

Hai semua! Saya harap Korang semua suka cerita ini, okay? Pasti Korang semua ingin tahu apa yang berlaku seterusnya kan?

Jadi jangan lupa baca episod seterusnya okay? Kerana di sana korang semua akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya 👍.

My Friend : alilicia4U2C , duoronpixel and aina_artzz

Ejen Ali : The Masked Girl R13+ (The End)Where stories live. Discover now