~🌷Lima🌷~

1.8K 61 1
                                    

🌷

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♀️

"Aku terima nikahnya Amanda Alya binti Razak dengan mas kahwin tiga ratus lima puluh ringgit dibayar tunai!"

"Sign dan kau bebas. Bebas menyundal dengan jantan lain!"

Aku terbangun dalam keadaan yang berpeluh-peluh. Sekian lama aku dah melupakan dua ayat keramat itu tapi kini ia seakan bergema kembali dalam telingaku. Ya Allah.

Semalam selepas Rahul meminta cuti kecemasan, Puan Rosie mengarahkan aku untuk menghantar tempahan baju Nur Natasya. Bukan kerja aku sebenarnya nak hantar-hantar bagai tapi sebab Rahul tak ada dan Puan Rosie kata tempahan tu urgent, maka aku gagahkan juga kaki mencari alamat yang diberi.

Tapi aku tak sangka. Aku tak pernah tahu yang bangunan gah itu sebenarnya milik bekas suami aku. Ya Allah. Aku tak mahu terlibat lagi dengan apa-apa kerumitan disebabkan lelaki berhati batu itu. Cukuplah sekali dia campak aku macam sampah.

Aku dengar lelaki itu memanggil nama yang bagi aku dah lama mati. Alya! Tiga kali dia panggil tapi aku memilih untuk lari. Itu yang dia nak dulu. 4 tahun lepas dia halau aku. Menghina aku dengan melemparkan cek di atas muka aku seolah aku ini bagai pelacur murahan. Allah!

Tapi aku redha. Sudah tertulis nasib aku begini dan alhamdulillah aku masih bernyawa dalam tempoh 4 tahun ini.

Hari ini subuh gajah sebab aku kembali termimpi yang pahit-pahit. Terkecoh menyiapkan diri. Merapikan ala kadar sebelum bertolak ke butik milik Puan Rosie, tempat kerjaku. Aku bukan designer. Aku hanya seorang tukang jahit dengan sedikit pengalaman.

"Elly, breakfast!" Laung seseorang di ruangan pantry sebaik kaki aku menapak ke dalam butik. Aku bawa langkah ke situ.

Ada Amira dan Josh duduk bertentangan menikmati nasi lemak. Rahul juga ada, duduk di sudut sana sambil menyengih. "Thank you Elly sebab tolong I hantar tempahan cik Natasya." Katanya kemudian menyisip mug yang aku kira kopi pekat kegemarannya.

Aku menguntum senyum. Kalaulah dia tahu, disebabkan dialah aku terserempak dengan manusia yang sangat aku elak dalam kehidupan ini. Tapi aku tak nak drama. "Small matter." Kataku melabuhkan duduk di sebelah Amira.

"Makan." Josh tolak sebungkus nasi lemak di hadapanku. "Rahul belanja sebab wife dia dah bersalin semalam." Ujarnya lagi dengan mulut penuh nasi lemak. Amira di sebelahku mencerlung perangai tak sopan Josh.

"Wah, tahniah Rahul." Aku tayang wajah gembira tapi benar, aku tumpang gembira dengan kebahagiaan kawan-kawan aku. Hanya mereka yang aku ada sekarang ini.

"Ya thank you. Makan~makan." Balasnya dengan senyum tak lekang dari bibir. Itu firstborn setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga. Aku turut senang mendengar pertama kali Rahul begitu teruja mengkhabarkan kehamilan isterinya.

Boss kami Puan Rosie adalah designer manakala aku, Amira dan Josh adalah tukang jahit. Rahul pula banyak melakukan tugasan am. Despatch khususnya.

Selesai sarapan, kami menuju ke ruangan masing-masing. Amira banyak menjahit tempahan yang berupa goodies macam beg kecil atau sulaman tuala atau yang seangkatan dengannya. Josh pula lebih banyak menjahit tempahan baju-baju formal seperti baju kurung, cheongsam manakala aku lebih menghadap outfit yang lebih mencabar iaitu pakaian untuk majlis khas.

Hari ini aku ada satu lagi tugasan berat. Menjahit outfit milik Datin Sahora untuk majlis makan malam. Design sendiri dan diolah oleh Puan Rosie sebelum dihantar ke aku untuk final touch.

Dalam kesibukan itulah tiba-tiba wajah itu muncul dalam kepala. Tersentak aku dibuatnya. Tak sangka pula aku yang menjahit tuxedonya. Rupanya dia adalah tunangan Cik Natasya. Sahabat baik boss aku.

Aku cuma mampu berdoa yang terbaik saja. Aku terkilan dengan apa yang pernah berlaku antara kami tapi aku tak membencinya. Bagi aku, manusia ini khilaf. Seperti juga aku tapi kalau boleh aku tak nak lagi terserempak dengannya di mana-mana dalam hayat ini. Bagi aku, kami dah berakhir walaupun bukan pengakhiran yang baik. Aku redha.

Syed Ziyad layak mendapat bahagianya. 3 bulan waktu yang singkat tapi banyak kenangan manis yang aku dapat selama menjadi isteri Syed Ziyad. Lelaki itu mungkin baik hanya dia seorang yang cepat melenting. Bagi aku, salah faham yang timbul antara kami adalah hikmah yang Tuhan bagi untuk aku dan dia mencari bahagia masing-masing.

"Kenapa rambut ikat macam tu?"

"Arr... Tadi nak cepat."

"Sini abang buat."

Rambut aku digumpalnya dalam genggaman sebelum diikat dengan getah rambut. "Ini namanya messy bun. Macam ni baru abang suka. Tak adalah macam Mak Lampir sangat."

"Abang!"

Dan dia akan tergelak besar. Dia suka mengusik dan mungkin kerana itu aku mulai berperasaan dengannya. Makin hari makin aku sayang tapi tak ada kata cinta antara kami. Dia juga tak pernah menyentuh ku sebagai isterinya kerana kami hormat situasi masing-masing.

Ikatan yang diatur keluarga. Aku tak membantah sebab pernah terjadi dekat abang Am dulu sehinga dia keluar dari rumah tanpa jejak.

Seminggu selepas kemalangan yang meragut nyawa papa dan mama, aku dikejutkan dengan kehadirannya suatu hari. Lama lah juga kami bertekak tapi itu semua cerita dulu. Tak perlu lagi dikenang-kenang yang pahit-pahit. Cukup di ambil sebagai iktibar.

"Elly...!"

Aku angkat muka bila namaku diseru. Lama sangat kah aku mengelamun tadi? "Ya Rahul?" Solaku dengan kening terangkat bila terpacul kepalanya di muka pintu workstation aku.

"Ada parcel nak hantar?" Soalnya dengan sengihan. "Tiga kali I panggil tapi you termenung saja. Ingat boyfriend?" Kemudian dia mengekeh ketawa.

"Mana adalah." Kataku sengaja cemberutkan muka. Makin dia tergelak. "Tu ambil..." Aku tunjuk beberapa kotak bertindihan di tepi mesin jahit, berdekatan dengan pintu.

Tangannya mencapai kotak tadi. "Ok. I nak keluar dah ni. Mungkin balik lepas lunch. Ada apa nak pesan?" Soalnya lagi.

"Kirim salam kat your wife. Nanti ada masa I datang tengok baby." Balasku seraya menguntum senyum.

Rahul angkat tangan dengan simbol 'ok' sebelum balikkan tubuh beredar.

Keluhanku terlepas lagi. Bukan mudah untuk aku capai apa yang aku ada sekarang. Aku pernah kerja di restoren, pernah kerja di supermarket. Letih itu memang tapi aku sedar aku tak ada sesiapa.

Aku baru habis diploma dalam rekaan ketika arwah papa kahwinkan aku dulu dan lepastu aku hanya menjahit berbekalkan mesin mini yang aku ada. Langsung tak ada pengalaman bekerja.

Tapi alhamdulillah, keperitan itu mengajar aku jadi lebih bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih ada tulang empat kerat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Untuk bekas suami, aku dah maafkan dia cuma kalau boleh aku tak nak terjumpa atau ada kaitan lagi dengan dia.

Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang dan aku doa semoga dia juga berbahagia. Terutamanya umi.

.
.
.
.
.
🌷

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now