🌻
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♂️
Aku berusaha bangun. Umi masih memekik dan marah-marah di ambang pintu. Manakala Natasya statik di atas tangga. Aku gagahkan kaki melangkah ke dapur, berpaut pada apa-apa yang boleh mengampu tubuh aku. Susah payah mencapai painkiller di dalam kabinet sebelum menelannya. Kepalaku berdenyut. Sakitnya mencucuk seolah mahu pecah kepala aku dibuatnya. Akhirnya aku melurut duduk di kaki kitchen island.
"Apa nak jadi dengan kamu berdua ni? Duduk berdua-duaan di dalam rumah. Berpesta arak. Kau orang ni tak malu ke? Allah, umi kecewa dengan kamu Iyad! Kecewa sangat!"
Umi dah hamburkan kemarahan dengan tangisannya memecah suasana rumah.
"Iyad! Isteri kamu semalaman tak makan sebab nak tunggu kamu balik. Padahal kamu, seronok mabuk-mabukan di sini. Kamu ni tak ada rasa bersalah ke walaupun sikit. Ya Allah... Umi rasa jijik nak pijak kaki kat lantai rumah kamu ni. Jijik!" Umi marah lagi tapi aku tak tahu macam mana nak tenangkan dia.
"Dan kamu perempuan! Tak ada rasa malu sikitpun dalam diri ke sampai laki orang pun kamu nak menempel? Kamu rendahkan maruah kamu sendiri dengan berperangai macam ni." Umi makin teresak berat.
"Umi, Iyad tak tahu apa yang dah jadi... Natasya, please explain to her." Aku kembali berusaha bangun. Cuba merapat umi yang masih berdiri di ambang pintu.
Haruman nasi lemak memenuhi rongga hidung aku dan serta merta perutku berbunyi nyaring. Lapar.
"Ini!" Satu plastik di campak di depan aku. "Isteri kamu yang belikan sebab dia ingat suami dia bekerja keras membanting tulang dan memerah otak semalaman sehingga keletihan. Dalam banyak perkara, dia fikir Iyad dulu, tahu?! Makan!" Kali ini lantang suara umi dan aku tak dapat menahan sebak bila mengenangkan Alya. Tentu dia dah fikir macam-macam bila melihat keadaan aku.
"Umi... Sumpah, Iyad tak tahu apa yang berlaku. Umi..." Aku hampir meraung bila saja air mata aku jatuh mencurah dari tubir mata.
"Let's me explain. Semalam Ziyad cari I and then dia bawa I balik sini. Memang kami ada minum..."
"Natasya..!" Aku memekik. Walau kaki aku masih lemah untuk bergerak, aku masih ada suara yang lantang untuk menidakkan kenyataan nya. Kenapa Natasya tipu?
"Kau jangan bohong, Natasya. Kau yang buat semua ni kan?" Aku memekik lagi dan aku lihat senyumannya mengherot.
Sumpah kalau aku gagah sekarang ini, dah lama aku rembat kepala dia. Baru kini aku rasa menyesal memanggilnya sebagai kawan selama ini.
"You minum banyak semalam Ziyad, sebab tu you lupa. You sendiri yang heret I masuk ke dalam rumah you, ke dalam bilik tidur you..."
"Cukup! Cukup!" Umi pula memekik. Dia menyentuh dadanya sendiri. "Umi tak mahu tahu pasal kamu berdua. Umi kecewa. Kamu tak kasihan ke dekat Alya. Ya Allah..." Tangisannya bergema lagi. "Hey Natasya, walaupun Iyad tak ada jodoh dengan Alya, umi tak akan pernah terima kamu sebagai menantu. Perempuan macam kamu ni tiada nilai langsung!" Umi mengurut dada lagi. Menarik dan menghembus nafas. "Dan kamu Iyad, tahniah! Lepasni umi bukan saja hilang menantu yang baik tapi bakal hilang cucu juga. Kamu puas hati? Tahniah Syed Ziyad Akhtar!"
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...