🌷
🔻
🔻
🔻
🔻
🔻♀️
Seminggu berlalu, semuanya berjalan dengan lancar. Aku, pergi balik kerja seperti biasa. Kadang-kadang pergi beli grocery bersama Amira. Seolah hal tuxedo terkoyak itu macam tak pernah berlaku.
Aku ingatkan hal itu dah senyap sehinggalah kemunculan Cik Tasya dan pembantunya ke butik Puan Rosie.
Selepas waktu lunch itu, kami berempat dipanggil masuk ke pejabat boss. Masing-masing diam bila kelihatan cik Tasya duduk bersilang kaki di atas sofa tetamu milik boss aku. Boss kelihatan tenang, duduk di mejanya sambil tangan bermain dengan pencil.
"Who's responsible?" High-pitch Natasya bergema dan serentak itu satu sut terkoyak di bahagian belakang dilempar ke arah kami. Darahku seakan berhenti mengalir. Rasa macan nak pitam pun ada.
"Tasya, kan I dah cakap. Kalau you nak gantirugi, I bersedia bayar. Tak perlu you ambush kita-orang macam ni." Suara Puan Rosie kedengaran tenang.
"No! Ini bukan soal gantirugi, Rosie. You tahu tak, disebabkan staff you yang tak bertanggungjawab, majlis pertunangan I tak jadi!" Suara gadis cantik itu boleh gegar satu bangunan. "Now tell me, mana satu tailor you yang buat?" Matanya mencerlung ke arah kami yang statik berdiri di tepi pintu.
Aku gagahkan kaki melangkah setapak ke depan. "Saya." Kataku perlahan. "Saya dah offer untuk ganti yang baru tapi Tuan Syed..."
"Enough!" High-pitch bergema lagi. Rasa berdengung telinga jadinya. "This, the very kampung girl, Rosie? I can't believe this!"
"Tasya..."
"No! I yang angkat reputasi butik you. I yang buatkan butik you terkenal di kalangan kenamaan. I, Rosie. And what did you do in return? Ini...?" Telunjuknya terarah pada tuxedo yang tersadai kaku di atas karpet lantai.
"Saya yang buat. Kalau nak cari orang yang bertanggungjawab pasal kerosakan tu, saya orangnya. Bukan Puan Rosie." Aku mara lagi setapak ke hadapan.
"Yeah, just great! You ni jenis pekerja yang tak sedar diri. Kalau I minta gantirugi pun belum tentu you boleh bayar. Sekarang ni I tak kira, Rosie. You nak I buat bad review or you fired this rude girl?" Matanya menikam ke arahku. Kalau pisau, lama dah aku tembus dengan pandangan tu.
"Tasya..." Puan Rosie bangkit dari tempat duduknya. Cuba mendekat ke arah Natasya sebelum Natasya mengangkat tangan. Menghentikan langkah Puan Rosie.
"Tak apa, boss. Saya berhenti. Memang salah saya." Aku kemudian balikkan tubuh dan mendekat ke pintu.
"You ruined my engagement!" Jeritannya kuat kali ini. Mungkin Natasya sedang melepaskan kemarahan. Langkah aku terhenti sebelum tangan mencapai tombol pintu.
"Saya minta maaf." Ucapku dengan wajah yang tunduk. Bukan niat aku nak merosakkan majlis orang lain. Tak terlintas langsung nak aniaya sesiapa.
"Lah, baru nak bertunang? Ingatkan dah nak nikah hari tu... Kemain canang Tuan Syed tu tunangan dia..." Tiba-tiba Amira terlepas gelaknya. Josh dan Rahul juga kelihatan sedang menahan diri dari tertawa.
YOU ARE READING
Alya Untuk Ziyad ©️
General Fiction[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan hati yang utuh. Ia bukan selalu ada tapi yang pasti ia selalu muncul setelah hujan reda. Dual POV's �...