~🌷Tiga-Puluh-Tiga🌷~

1.4K 52 0
                                    

🌷

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♀️

Hampir 3 bulan aku duduk dengan Abang Am dan Kak May di rumah keluarga Liam. Alhamdulillah, aku diterima dan dilayan selayaknya walaupun dalam keadaan mood aku yang berubah-ubah.

Dah seminggu sejak aku menonton rakaman cctv yang Abang Am tunjuk padaku dan dalam tempoh itu juga Abang Am tak jemu memujuk aku supaya berjumpa dengan Ziyad.

Entah kenapa hati ini, walau aku tahu Ziyad sengaja dijebak oleh Natasya tapi aku masih tak ingin bersemuka dengan Ziyad. Sakit pada hati itu masih berbekas walaupun hakikatnya aku menanggung rindu yang sarat. Aku rindukan Ziyad. Isteri mana yang mahu berjauhan dengan suami lagi-lagi suami itu dibebani fitnah yang dasyat.

Tapi satu hal yang aku tak boleh terima, Ziyad pergi cari Natasya hari tu. Entah kenapa aku tak boleh hadap perkara yang satu tu. Asal terkenang, pasti kemarahan aku pada Ziyad memuncak dan keinginan untuk bersemuka itu hilang serta merta.

"Dia biarkan saya hidup seorang diri 4 tahun lamanya, abang. Saya elok saja masih hidup. Ni belum 3 bulan pun saya tinggalkan dia, tak kan dah tak boleh nak bernafas!" Dah banyak sebenarnya aku mencemuh Ziyad di hadapan abang Am. Tapi itu semua hanya menyedapkan hati sendiri. Terlalu mengagungkan ego, macam ni lah jadinya. Macam aku yang berkeras tak mahu tengok Ziyad walau berkali-kali Abang Am kata Ziyad mohon untuk bertemu aku.

"Adik tahu kan dia tak bersalah. Kesian dia, dik. Ziyad dah tak macam Ziyad yang dulu. Sedih abang tengok keadaan dia. Dah macam bangkai tapi masih bernyawa. Like an abandoned puppy..." Abang Am mencakup bahu aku. Menatap jauh ke dasar mata aku.

"Adik tahu tak abang belasah dia separuh mati hari tu? Tapi Ziyad tetap peluk kaki abang, merayu nak tengok adik. Sikit pun dia tak elak kena pukul."

Tapi hati aku tetap berkeras tak mahu tengok bayang Ziyad pun. "Abang pun dah bosan dengan saya? Nak halau saya juga? Abang nak sebelahkan Ziyad dah sekarang?" Aku jadi marah dengan Abang Am. Aku tepis tangan dia sebelum mengensot menjarakkan diri di atas sofa.

"Ya Allah... Abang tak ada niat pun nak halau adik." Keluhan berat dari hembusan nafas Abang Am memberat. Mungkin tak tahu lagi cara nak memujuk aku.

"Kalau adik tak nak jumpa suami adik, Abang pun tak boleh nak buat apa. Tunggulah sampai dia jadi mayat, baru adik pergi jenguk dia."

Aku menangis dengan ayat itu. Walau aku marah Ziyad sekali pun, aku tak nak apa-apa jadi pada dia.

"Yang bersalah pun dah dihukum. Sampai bila adik nak hukum Ziyad dengan kesalahan yang dia tak buat? Mak dia sendiri pun tak terima Ziyad..." Abang Am geleng beberapa kali. Entah geram dengan sikap aku atau terlalu kasihan sebab terkenangkan Ziyad.

"Adik mungkin kuat, boleh hidup tanpa Ziyad tapi lelaki ni berlainan dik. Tak sama macam perempuan. Hilang orang yang mereka cinta, bermaksud dia hilanglah segala-galanya."

Aku menyentuh dada sendiri. Sesak itu masih terasa. Aku marahkan Ziyad dan dalam masa yang sama aku sangat rindukannya. Aku sendiri tak tahu apa aku mahu. Aku nak jumpa Ziyad, nak peluk, nak cium dan nak tenggelam dalam dakapnya tapi dalam masa yang sama aku sakit hati dengan kenyataan yang Ziyad cari Natasya hari tu! Walhal dia dah janji dengan aku nak jemput aku di rumah umi. Aku terasa seperti bukan aku keutamaannya bila dia pergi kepada Natasya terlebih dahulu.

Pintu bilik dikuak seseorang dari luar. Terjengul kepala Asyraf, anak sulung Abang Am. "Papa. Hey Mak Su, mama is call for dinner." Lebar senyumannya mematikan bebelan memanjang Abang Am.

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now